Kepentingan Tidur

5 comments

Kepentingan Tidur | tidur adalah satu rutin penting dalam hidup manusia. menurut kajian J. Christian Gillin, seorang professor dalam bidang psikiatri di University of California, San Diego, manusia mampu hidup tanpa tidur selama 264 jam, kira-kira 11 hari. ini adalah beberapa fakta yang menarik mengenai tidur
  • lebih banyak kes insomnia dilaporkan melibatkan pasangan yang berjauhan atau bercerai, dan duda/janda.
  • orang yang kerap bersenam lebih mudah untuk tidur dan tidur lebih lena manakala orang yang jarang bersenam atau bersenam sebelum tidur akan mengalami kesukaran untuk tidur
  • secara umumnya, seorang dewasa yang sihat memerlukan tidur 8-9 jam, tetapi ada yang mampu menjalani rutin harian tanpa gangguan dengan tidur selama 6 jam sahaja, dan ada juga yang tidak mampu menjalani rutin harian melainkan mereka tidur selama 6 jam.
  • bayi yang baru lahir tidur selama 14-17 jam sehari dengan waktu berjaga selama 1-3 jam. 
  • orang yang tidak cukup tidur mempunyai selera makan yang lebih tinggi kerana kadar leptin (leptin adalah hormon yang mengawal selera makan) mereka berkurangan seterusnya meningkatkan selera makan. 
Tidur adalah sama penting seperti menjaga pemakanan dan bersenam. waktu tidur yang diperlukan adalah berbeza mengikut peringkat umur. klik butang 'show/hide' di bawah untuk rujuk gambar yang disediakan oleh sleepfoundation.org mengenai masa tidur yang diperlukan oleh setiap peringkat umur (jangan risau. ini gambar, bukan butang redirect ke iklan) :

sepertimana entri aku sebelum ni mengenai bina badan, tidur yang cukup juga adalah kunci kepada badan yang cun tip top. disiplin tidur kena jaga. pastikan waktu tidur mencukupi. apa kepentingan tidur yang cukup ni?

1. melancarkan fungsi otak.

tidur membantu melancarkan fungsi otak. semasa kita sedang tidur, otak kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi hari esok. kajian menunjukkan waktu tidur malam yang cukup dapat membantu pembelajaran. ia membantu kita untuk lebih fokus dan memberi perhatian, membuat keputusan serta menjadi lebih kreatif. 

orang yang tidak cukup tidur akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengawal emosi dan tingkahlaku, serta tidak fleksibel untuk sebarang perubahan. kes bunuh diri dan tekanan perasaan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kekurangan waktu tidur yang mencukupi.

2. mengawal emosi

kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah tidur akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. mereka akan selalu dibelenggu perasaan sedih, marah atau tertekan, malah kurang motivasi. mereka akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian di kelas. ini akan menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan membuatkan mereka berasa sedih dan tertekan.

3. kesihatan fizikal

untuk pengetahuan semua, aktiviti tidur adalah terlibat dalam pembaikpulihan jantung dan saluran darah. kekurangan waktu tidur yang berterusan akan meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes dan stroke. kekurangan waktu tidur boleh membawa kepada obesiti. 

tidur juga mempengaruhi tindakbalas badan terhadap insulin, hormon yang mengawal tahap glukosa (gula) dalam darah. kekurangan waktu tidur menyebabkan kadar gula dalam darah lebih tinggi lalu meningkatkan risiko diabetes.

selain itu, tidur juga membantu tumbesaran yang sihat dan perkembangan. tidur yang lena membuatkan badan kita merembeskan hormon yang membantu tumbesaran untuk kanak-kanak dan remaja. tidur menggalakkan perkembangan otot membantu untuk membaikpulih sel dan tisu untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

tidur adalah sangat penting untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita agar lebih efektif untuk melawan penyakit.

4. meningkatkan prestasi dan keselamatan

orang yang kekurangan waktu tidur pada waktu malam akan menjadi kurang produktif di sekolah atau tempat kerja di siang hari. mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan malah lebih banyak membuat kesilapan. 

kesimpulannya, kita mestilah mematuhi waktu tidur yang sepatutnya dicadangkan untuk peringkat umur kita agar kita boleh menjadi lebih produktif malah dapat meningkatkan kesihatan diri serta emosi kita. jangan ambil mudah. menurut kajian, hanya manusia saja mamalia yang sanggup melengahkan waktu tidur. hahaha. 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan

  1. hahaha..ramai gak yg mamalia..hihhihi

    BalasPadam
  2. Wow, tpi kalau terlebihhh tidur pun x boleh gakkk~

    kena balance lah kann

    BalasPadam
  3. Cukup ke tidak tidur tu akan pengaruh kesihatan kita kan,..

    BalasPadam
  4. kegemaran aku ni, jaga tido ni sama penting mcm jaga makan..kalau tak cukup mkn boleh kebulor..tak cukup tido boleh mereng kepala otak

    Yang Benar,
    Nota Purba

    BalasPadam
  5. Tak cukup tidur, esok pagi bangun terus jadi emo satu hari. Thats me, haha =D

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)