APA ITU BOUNCE RATE? | pernah dengar tak tentang bounce rate? benda ni mungkin dah ramai orang yang dah tau. dan untuk blogger yang dah lama bergiat dalam bidang blogging, bounce rate bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. bounce rate penting bagi mereka yang sedang berusaha meningkatkan rank blog mereka, dan juga mengejar earning melalui blog mereka.

APA ITU BOUNCE RATE?

"bounce rate is the percentage of single-page visits"-google analytic 

maksudnya, bounce rate ni adalah berapa peratus pembaca blog korang yang meninggalkan blog korang selepas membaca hanya 1 page kat blog korang, tanpa menjenguk ke bahagian lain dalam blog seperti static pages mahupun entri lain. semakin tinggi bounce rate blog korang, maknanya ramai pembaca blog yang meninggalkan blog korang selepas membaca hanya satu entri atau hanya menjenguk homepage korang.

SEBAB BOUNCE RATE TINGGI

1. aktiviti blogwalking pantas - sekiranya korang kerap follow blog lain dengan konsep 'I follow U, U follow me back', maka tak hairan la bounce rate korang tinggi. mungkin pembaca yang singgah sebentar tu datang ke blog korang untuk follow blog korang balik mahupun datang untuk follow blog korang, dan mintak korang follow diorang balik. 

2. penggunaan widget linkwithin - hasrulhassan.com ada membincangkan tentang penggunaan widget linkwithin yang meningkatkan bounce rate. korang boleh baca entri beliau yang bertajuk 'linkwithin merugikan trafik tinggikan bounce rate'. 

3. blog tidak ber'niche' - blog yang tidak mempunyai niche juga berkemungkinan tinggi untuk mendapat bounce rate yang tinggi. contohnya, seorang pembaca sedang mencari ilmu mengenai SEO blog, dan beliau menemui sebuah blog yang mempunyai niche mengenai SEO blog. tentunya pembaca tersebut akan membaca entri-entri lain blog tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai ilmu tersebut. 

berbeza dengan blog yang tidak mempunyai niche. contohnya, seorang pembaca mencari ilmu mengenai SEO blog, dan beliau menemui satu blog yang mempunyai entri yang sangat bagus dalam penerangan mengenai SEO blog. tetapi entri lain dalam blog tersebut adalah entri mengenai bola sepak, isu semasa, mahupun entri personal. oleh itu, pembaca tersebut tidak berminat untuk membaca entri lain dalam blog tersebut, lalu meninggalkan blog itu. maka menyumbang kepada bounce rate blog.

4. link dibuka pada page yang sama - yang ni ramai orang tak tahu. apabila kita klik mana-mana link kat sidebar ataupun dalam entri, adalah lebih elok kita set link tersebut kepada 'open in new tab'. sekiranya kita buka link tersebut pada page yang sama, bilangan bounce rate akan meningkat. baca entri di denaihati mengenai faktor ini. 

5. blog tidak mesra pelawat - ini adalah antara faktor yang dilakukan oleh kebanyakan blogger. jangan terlalu mengikut kehendak korang dalam pengisian blog. lagu, video, gambar segala keturunan keluarga kat sidebar. benda-benda ni berkemungkinan besar akan melambatkan loading blog. pembaca suka blog yang ringan. jika blog korang mengambil masa yang lama untuk load, pembaca mungkin tidak sanggup menunggu blog korang habis loading, lalu meninggalkan blog korang.

CARA MENGURANGKAN BOUNCE RATE

untuk mengurangkan peratus bounce rate korang, korang elakkan je la daripada melakukan 5 perkara di atas yang menyumbang kepada bounce rate dalam blog korang... :3

KESAN SEKIRANYA BOUNCE RATE TINGGI

google adalah enjin carian yang sangat teliti demi memuaskan hati para penggunanya. pelbagai algoritma seperti google penguin dan lain-lain untuk memastikan pengguna google search mendapat apa yang mereka cari secara tepat, menjadikan google sebagai enjin carian yang top, berbeza dengan enjin carian yang lain.

apakah kesan sekiranya google mendapati bounce rate blog korang tinggi? ini akan menyukarkan entri korang untuk muncul pada top page dalam SERP (search engine results page). ini kerana google menganggap blog tersebut tidak mempunyai entri yang membantu pembaca dalam mencari maklumat yang dikehendaki. google juga menganggap blog/entri tersebut kurang menepati keyword yang dicari pada enjin carian google.

kalau korang tak pernah dapat buffered earning daripada nuffnang, mungkin inilah puncanya... :)

KESIMPULAN

maka, berusahalah untuk merendahkan bounce rate blog korang. pada ketika aku menulis entri ni, bounce rate blog personal aku adalah 78.26%!! pergh.. nampaknya agak terlambat aku mendapat pengetahuan mengenai bounce rate ni. harap-harap korang yang membaca entri aku ni, sempat la selamatkan bounce rate blog korang sebelum menjadi parah macam bounce rate blog aku... huhu~..
Read More

Jogging; kebaikan dan tips | selain melakukan senaman ringan di rumah, jogging juga adalah satu cara yang gemar dilakukan oleh mereka yang ingin mengekalkan kesihatan dan bentuk badan yang ideal. antara kebaikan jogging adalah:
  • mengelakkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • dapat mengelakkan sesetengah penyakit kanser
  • mengelakkan penyakit berjangkit dengan menguatkan sistem imunisasi badan
  • mengawal dan mengelakkan diabetes
  • menggalakkan kesihatan minda
  • melawan stress
  • menurunkan berat badan dan mengawal kadar lemak dalam badan
jogging adalah satu bentuk senaman yang sangat digalakkan sebab ada banyak kebaikan dan mudah dilakukan. di Malaysia sekarang pun dah banyak tempat-tempat untuk jogging yang dibuka untuk kegunaan orang awam. ia tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan dan boleh dilakukan oleh semua peringkat umur. 

berikut adalah tips-tips yang korang boleh gunakan sekiranya korang hendak mula mengamalkan jogging sebagai salah satu rutin senaman korang:

1. dapatkan kasut yang sesuai

kasut jogging yang bersesuaian dapat memberi keselesaan dan mengurangkan risiko kecederaan. elakkan memakai kasut yang tapaknya dah haus. grip tapak kasut tu kena kuat. pilih kasut mengikut saiz korang. jangan pakai kasut yang terlalu longgar atau ketat.

2. warm up dan cool down

warm up atau aktiviti memanaskan badan dapat mengurangkan tekanan pada jantung bila korang nak mulakan larian. disyorkan mulakan jogging dengan berjalan laju, dan mulakan jogging anda dengan kelajuan yang minimum. naikkan kelajuan anda sedikit demi sedikit. 

cool down juga penting untuk menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah secara beransur-ansur. akhiri aktiviti jogging korang dengan berjalan kaki selama 5 minit.

3. mulakan dengan langkah santai

sekiranya korang baru nak ceburi aktiviti jogging ni, mulakan dengan langkah yang agak santai. korang sepatutnya boleh bernafas dengan selesa dan boleh berborak sambil jogging. kalau korang boleh jogging dan berborak dalam masa yang sama, maksudnya korang mulakan jogging tu dengan kelajuan yang betul. tips ni dapat elakkan beginners dari kecederaan kerana terlebih penggunaan muscle.

4. jalan dan lari

kebanyakan orang yang baru mula jogging akan gunakan pendekatan 'jalan dan lari' ni. sekejap lari, sekejap jalan. ini disebabkan mereka belum mempunyai ketahanan untuk lari dalam masa yang lebih panjang. bila korang dah selalu jogging, cuba kurangkan masa berjalan dan perbanyakkan masa berlari. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? 

5. jangan terlebih excited.

ini kesilapan yang selalu dilakukan. hari ni baru start jogging, lari 3km. esok dah nak lari 15km. semangat sangat tu. elakkan daripada meningkatkan jarak larian korang dengan mendadak. dinasihatkan jangan tambah jarak larian korang sehingga 10% dalam masa seminggu. ini yang banyak kes berhenti jogging di pertengahan jalan. jadikan jogging sebagai rutin harian, nanti lama-lama korang naikkan la jarak larian korang.

6. bernafas melalui mulut dan hidung

kebanyakan orang yang baru mula berjogging selalunya hanya akan bernafas melalui hidung. sebenarnya lebih elok kalau bernafas menggunakan kedua-dua hidung dan mulut, supaya lebih banyak oksigen yang akan disalurkan ke jantung dan otot kita semasa kita berlari. 

kesimpulannya, teknik adalah penting. jangan bertindak melulu sebelum memulakan sesuatu. ketahui asas-asas yang perlu diketahui dalam berjogging, dan mulakan hari ini! time wait for no man. 
Read More

Kepentingan Tidur | tidur adalah satu rutin penting dalam hidup manusia. menurut kajian J. Christian Gillin, seorang professor dalam bidang psikiatri di University of California, San Diego, manusia mampu hidup tanpa tidur selama 264 jam, kira-kira 11 hari. ini adalah beberapa fakta yang menarik mengenai tidur
  • lebih banyak kes insomnia dilaporkan melibatkan pasangan yang berjauhan atau bercerai, dan duda/janda.
  • orang yang kerap bersenam lebih mudah untuk tidur dan tidur lebih lena manakala orang yang jarang bersenam atau bersenam sebelum tidur akan mengalami kesukaran untuk tidur
  • secara umumnya, seorang dewasa yang sihat memerlukan tidur 8-9 jam, tetapi ada yang mampu menjalani rutin harian tanpa gangguan dengan tidur selama 6 jam sahaja, dan ada juga yang tidak mampu menjalani rutin harian melainkan mereka tidur selama 6 jam.
  • bayi yang baru lahir tidur selama 14-17 jam sehari dengan waktu berjaga selama 1-3 jam. 
  • orang yang tidak cukup tidur mempunyai selera makan yang lebih tinggi kerana kadar leptin (leptin adalah hormon yang mengawal selera makan) mereka berkurangan seterusnya meningkatkan selera makan. 
Tidur adalah sama penting seperti menjaga pemakanan dan bersenam. waktu tidur yang diperlukan adalah berbeza mengikut peringkat umur. klik butang 'show/hide' di bawah untuk rujuk gambar yang disediakan oleh sleepfoundation.org mengenai masa tidur yang diperlukan oleh setiap peringkat umur (jangan risau. ini gambar, bukan butang redirect ke iklan) :

sepertimana entri aku sebelum ni mengenai bina badan, tidur yang cukup juga adalah kunci kepada badan yang cun tip top. disiplin tidur kena jaga. pastikan waktu tidur mencukupi. apa kepentingan tidur yang cukup ni?

1. melancarkan fungsi otak.

tidur membantu melancarkan fungsi otak. semasa kita sedang tidur, otak kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi hari esok. kajian menunjukkan waktu tidur malam yang cukup dapat membantu pembelajaran. ia membantu kita untuk lebih fokus dan memberi perhatian, membuat keputusan serta menjadi lebih kreatif. 

orang yang tidak cukup tidur akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengawal emosi dan tingkahlaku, serta tidak fleksibel untuk sebarang perubahan. kes bunuh diri dan tekanan perasaan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kekurangan waktu tidur yang mencukupi.

2. mengawal emosi

kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah tidur akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. mereka akan selalu dibelenggu perasaan sedih, marah atau tertekan, malah kurang motivasi. mereka akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian di kelas. ini akan menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan membuatkan mereka berasa sedih dan tertekan.

3. kesihatan fizikal

untuk pengetahuan semua, aktiviti tidur adalah terlibat dalam pembaikpulihan jantung dan saluran darah. kekurangan waktu tidur yang berterusan akan meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes dan stroke. kekurangan waktu tidur boleh membawa kepada obesiti. 

tidur juga mempengaruhi tindakbalas badan terhadap insulin, hormon yang mengawal tahap glukosa (gula) dalam darah. kekurangan waktu tidur menyebabkan kadar gula dalam darah lebih tinggi lalu meningkatkan risiko diabetes.

selain itu, tidur juga membantu tumbesaran yang sihat dan perkembangan. tidur yang lena membuatkan badan kita merembeskan hormon yang membantu tumbesaran untuk kanak-kanak dan remaja. tidur menggalakkan perkembangan otot membantu untuk membaikpulih sel dan tisu untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

tidur adalah sangat penting untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita agar lebih efektif untuk melawan penyakit.

4. meningkatkan prestasi dan keselamatan

orang yang kekurangan waktu tidur pada waktu malam akan menjadi kurang produktif di sekolah atau tempat kerja di siang hari. mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan malah lebih banyak membuat kesilapan. 

kesimpulannya, kita mestilah mematuhi waktu tidur yang sepatutnya dicadangkan untuk peringkat umur kita agar kita boleh menjadi lebih produktif malah dapat meningkatkan kesihatan diri serta emosi kita. jangan ambil mudah. menurut kajian, hanya manusia saja mamalia yang sanggup melengahkan waktu tidur. hahaha. 
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama