Percutian ke Bohey Dulang



Percutian ke Bohey Dulang | Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk pergi bercuti ke Bohey Dulang 2 minggu lepas. rombongan kami seramai 12 orang telah bertolak ke Bohey Dulang pada 16 Ogos 2015 yang lalu. kami menaiki bot seawal pukul 10 pagi dari jeti awam di Semporna. Aku tau memang ramai yang takut untuk bercuti di Semporna sekarang kerana banyak kes melibatkan lanun dari Filipina. Terus terang aku katakan, memang ada sesetengah pulau di Semporna yang aku tak galakkan pergi sebab pulau-pulau tu dekat dengan sempadan Malaysia-Filipina. Tapi jangan risau, setakat ni percutian ke Bohey Dulang memang boleh dikatakan selamat kerana ianya jauh dari sempadan. Lagipun, sepanjang perjalanan kami menaiki bot, memang banyak bot-bot askar yang meronda. so memang rasa selamat.

satu bot naik 12 orang. kalau pergi kurang dari 12 orang, kena tunggu bot penuh baru la bot tu nak gerak. satu silap kitorang masa tu, kitorang tak tau pulak kat pulau Bohey Dulang tu kena hiking 600m dulu nak ke puncak. Kat Bohey Dulang ni basically just enjoy view je. so kena hiking untuk ke puncak, tapi memang sangat berbaloi la. Oleh kerana kena hiking, so diingatkan supaya sila bawak kasut siap2 ye. sebab selipar aku dah putus masa halfway naik. hahaha. terpaksa la kaki ayam. 

masa nak naik puncak bukit kat pulau Bohey Dulang tu, boleh tinggalkan beg barang2 baju semua kat bot, tapi dinasihatkan bawa la satu beg yang senang dibawa untuk letak barang-barang penting seperti telefon bimbit, dompet, kunci, GoPro dan lain-lain. kalau boleh, elakkan pakai seluar jeans sepanjang trip ni, sebab susah nak hiking, dan korang takkan pakai jeans pun untuk snorkeling nanti. jadi simpan la seluar jeans untuk balik nanti, lepas dah habis snorkeling semua.

lepas dah habis ambik gambar semua kat puncak tu, turun balik, naik bot ke Pulau Sibuan pulak. haaa. kat situ la snorkeling. sumpah seronok gile snorkeling kat situ. jangan risau kepada yang tak reti berenang, sebab dia ada sediakan jaket keselamatan. Antara yang dibekalkan untuk snorkeling tu termasuk la diving mask, snorkel dan fins (yang macam kaki itik tu). 


lagi 1, agak lama jugak la lepak kat Pulau Sibuan ni, so bawak la bekalan makanan yang secukupnya sebab gerenti lapar bila habis berenang tu. kalau boleh, bawa makanan macam nak pegi picnic. 

kepada sesiapa yang berniat untuk bercuti ke pulau Bohey Dulang ni, aku memang syorkan sebab memang seronok. Cuma pastikan fitness cukup sebab walaupun cuma hiking 600m, tapi agak curam jugak. 100m je landai, yang lagi 500m tu memang kena hiking sungguh2. snorkeling? superb. 

Ulasan

  1. bestnyer..air nya jernih...insyallah satu hari nnti akan ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. air dia memang jernih sangat. permandangan kat dasar laut tu pun memang cantik.. :)

      Padam
  2. First time dengar nama Pulau Bohey Dulang. Seronok bila pergi holiday ramai2. One day kena pergi travel Sabah, apa yang menarik di sana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak pegi pulau cantik2, memang kena pergi Semporna la. area kota kinabalu pun banyak pulau cantik. kalau nak explore wildlife, Lahad datu. kalau nak explore culture, biasanya memang pegi kota kinabalu, terutamanya kundasang. :)

      Padam
  3. Best tapi sayang tak banyak gambar.. Nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak banyak ambik gambar. aku lagi suka ambik video. huhu.. ada gak compile video tu... :)

      Padam
  4. bestnya tengok air yang jernih tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang jernih air dia, boleh tengok jelas ikan, batu karang semua. :)

      Padam
  5. kalau nk pegi bohey dulang ade pakej ke? sbb da amik pakej ke mabul tapi takde sekali ke bohey dulang. so plan hari ke 3 nak pegi sendiri ke bohey dulang. boleh ke mcm tu?

    BalasPadam
  6. Berhampiran bohey dulang dah ada penginapan baru di buka. Boleh tengok di www.latolatoresort.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)