Cacar Air / Chicken Pox

chicken pox cartoon

PANTANG LARANG DAN PETUA CACAR AIR/CHICKEN POX | Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 2 minggu sebelum ni, aku dijangkiti chicken pox atau dalam bahasa melayu 'cacar air'.. sebelum kita terus membincangkan topik ini, apakah sebenarnya Cacar air ni?
"Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters)."- ciktom
haa...  itulah cacar air atau lebih dikenali dengan Chicken Pox. tapi, adakah campak dan cacar air adalah penyakit yang sama?

TIDAK SAMA SEKALI!!
"Cacar air (dalam English : chicken pox) dan campak (dalam English : measles) mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-duanya berpunca dari dua virus yang berbeza, tetapi memberikan simptom yang hampir sama".- jimie
untuk maklumat selanjutnya, boleh la pergi ke blog jimie k?.. :) tentunya bila kita tak pernah kena cacar air, kita akan gelabah dan tak tahu nak buat apa kan? kita sanggup buat apa saja asalkan cacar air ni cepat sembuh kan?

pengalaman aku hari tu, aku kena demam dulu. dah demam beberapa hari, tetiba muncul la satu gelembung air kat muka. masa tu tak tau pun benda tuh cacar air, so aku pecahkan la. memang merebak satu badan la. aku kena cacar air yang kecik je, tak teruk sangat.

info, kalau ada orang kata kat korang pasal ibu cacar air, itu maksudnya ruam lepuh/gelembung cecair yang pertama sekali timbul kat badan atau muka korang. benda tu takkan hilang sampai la korang meninggal dunia. huhu.. kecuali korang pergi ke New York Skin Solution.. hehe.

ok, kita berpindah ke topik yang lebih penting iaitu pantang larang cacar air/chicken pox ni. dinasihatkan korang ikut la molek2 pantang larang dan petua ni kalau tak nak cacar air korang tu lambat sembuh k?

Pantang Larang dan Petua Cacar Air

1. Air Kelapa

ini adalah petua yang sangat famous di abad ini. tapi air kelapa tu kena la fresh. fresh tak bermaksud korang kena panjat sendiri pokok kelapa tu. beli yang kat tepi jalan tu pun boleh, tapi cakap kat makcik/pakcik yang jual tu, jangan letak air gula. 

air kelapa ni dikatakan mampu mengeluarkan semua virus demam campak daripada badan kita. tapi pastikan korang cuti/takder aktiviti keesokan harinya kerana malam lepas korang minum air kelapa tu, sumpah badan korang akan gatal giler! 

serius gatal giler. tapi korang nak cepat sembuh kan? so kena la tahan.. huhuhu..

2. berjumpa dengan doktor

yang ni penting sangat. sebab aku dah try. sebelum tu aku makan panadol je, tapi demam tu tak kebah gak. kena makan ubat yang doktor bagi MENGIKUT masa yang ditetapkan. jangan skip langsung pun jadual untuk makan ubat tuh k?

3.gunakan losyen calamine

calamine lotion
contoh calamine lotion

bukan losyen kelamin yer.. losyen calamine. losyen ni akan diberi oleh doktor kalau korang pegi jumpa doktor. losyen ni sangat membantu untuk mengurangkan rasa gatal kat badan korang.

losyen ni lebih kurang bedak sejuk. lepas korang sapu je, dia akan kering serta merta. pakai sebelum tidur ataupun bila-bila korang rasa badan korang gatal.

4.elakkan kerap berpeluh.

contohnya badan kita luka, bila kena garam mesti pedih kan? sama jugak macam chicken pox. cacar air ni tak sama dengan demam biasa. bila demam biasa, lebih elok kalau kita berpeluh. kalau cacar air, berpeluh akan membuatkan badan kita merasa lebih gatal. 

5. kerap mandi

berkaitan dengan tips keempat tadi; untuk memastikan badan korang sentiasa sejuk dan tak berpeluh.

6. elakkan terkena air hujan

haa... tolong la jangan kerap keluar kalau terkena cacar air kerana takut terkena air hujan. kalau parut cacar air korang terkena air hujan, parut korang akan menjadi kekal. susah nak hilang la parut tuh. huhu..

7.pantang larang makan

haa.. yang ni paling kena jaga sebab mempengaruhi sangat terhadap cacar air korang.elakkan makan:

a) kicap: parut akan menjadi hitam
b) makanan berminyak: badan akan bertambah gatal
c) telur

so apa benda yang boleh dimakan? hhmmm.. secara spesifiknya, aku pun tak tau. tapi sepanjang kena cacar air tu, aku banyak makan nasi putih+sup sayur dan aku dinasihatkan untuk makan sup ayam. bubur pun boleh tapi jangan campur kicap k?..

8: daun semambu

daun semambu
daun semambu

haa.. yang ni mak guard bagi tips kat aku. jadikan sebagai alas tidur untuk mengurangkan gatal. boleh juga digunakan untuk mandi. ramas daun ini dalam sebaldi air dan mandi seperti biasa k?.. tapi aku tak amalkan sebab aku tak tau mana aku nak cari daun semambu. huhu..

9. jangan menggaru

elakkan kerap menggaru kerana aku menjadikan ruam lepuh/gelembung cecair tu bertambah banyak dan akan meninggalkan kesan parut yang susah nak hilang.

tempoh masa untuk sembuh

tak tentu sebenarnya. tapi sekurang-kurangnya akan ambil masa seminggu untuk korang sembuh daripada demam cacar air dan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk parut korang hilang. jangan risau k? sekurang-kurangnya ambil masa kurang daripada sebulan la untuk sembuh.. :)

langkah pencegahan

a) dapatkan suntikan pelalian daripada doktor di klinik mahupun hospital tapi rugi la sebab korang takder pengalaman dijangkiti penyakit ini. experience is the best teacher. :)

b) elakkan berada berdekatan dengan orang yang dijangkiti cacar air/chicken pox kerana jangkitan cacar air berlaku melalui:

-udara: bila penghidap cacar air bersin atau batuk
-sentuhan: menyentuh cecair yang keluar daripada lepuh/gelembung cecair atau bersentuhan dengan penghidap cacar air

Ulasan

  1. alhamdulillah tak pernah kena lagi setakat ni. takut jugak kena, nanti berparut2, uhuhu

    BalasPadam
  2. @Ainina Jelani: hehehe... harap2 tak kena masa ada event penting la.. huhu..

    BalasPadam
  3. saya pernah kena chicken pox masa kecik2 dulu. Alhamdulillah, dah besar ni xkena dah..jenuh juga la mak saya nak jaga dulu..hehehe

    BalasPadam
  4. @Ainim Suju: haha.. ok la mak jaga.. gary kena jaga diri sendiri.. huhuhu...

    BalasPadam
  5. buatnya kena time exam, menangis den , wuwuuwuw

    BalasPadam
  6. baru tahun lepas kena. sangat2 seksa bila kena berpantang. huhu

    BalasPadam
  7. @najihahfara: memang seksa pun... dah habis pantang, semua benda nak makan.. hehehe...

    BalasPadam
  8. nasib baik kechik2 dulu remy dah kena...siap kena mandi daun lagi....

    BalasPadam
  9. @Remy hazza : hhmm... ok la ada daun semambu.. aku tak tau mana nak cari daun tuh.. huhuhu...

    BalasPadam
  10. @GaRy™ ada bro...selalu kat rumah org2 india byk.......

    BalasPadam
  11. Kalau baby bole Mandi tak .....
    Baby sy bru mggu ni kene..

    BalasPadam
  12. Aku da kene dah waktu kecik.. Bapak aku bagi minum air kelape yang fresh dari pokok siap suruh aku makan isi lagi.. Tpi bapak aku campur ngan garam and dia bace jampi ape pon aku tak tau tpi yang aku tau esoknyer, bijik air tu hilang..

    BalasPadam

Catat Ulasan

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)