google celebrates Heinrich Rudolf Hertz birthday (22 Feb 2012)
siapa Heinrich Rudolf Hertz ni?.. buat korang yang pernah mengambil aliran sains kat sekolah atau matrikulasi, terutamanya fizik, pasti korang dah biasa dengar perkataan 'Hertz' atau singkatannya Hz, iaitu digunakan sebagai unit bagi frekuensi.

contohnya frekuensi stesen radio di Malaysia.. 100.1Hz untuk Tawaufm, 94.7Hz untuk muzikfm (kat Tawau) dan sebagainya. tapi tahukah anda, 'Hertz' ni diambil daripada nama Heinrich Rudolf Hertz? siapa Heinrich Rudolf Hertz ni?

"Heinrich Rudolf Hertz (22 Februari 1857 – 1 Januari 1894) merupakan seorang ahli fizik Jerman yang telah membuktikan dan mengembangkan teori elektromagnet cahaya yang telah diperkenalkan oleh Maxwell. Beliau telah menemui gelombang elektromagnet pada tahun 1880 dan pada tahun 1887 beliau telah menemukan gelombang radio.
Unit bagi pengukuran frekuensi iaitu Hertz dinamakan sempena nama beliau."- wikipedia

so, selamat ulangtahun kelahiran kepada beliau. beliau telah banyak menyumbang jasa kepada pembangunan dunia pada masa kini.. 
Read More
macamana nak letak butang send dan butang like facebook pada setiap entri di blog korang?

macam ni haa...
macam ni..

login akaun blogger korang > Template > tekan 'Backup/Restore' > Download Full Template > Edit HTML > Proceed > tick Expand Widget Templates 

copy kod kat bawah ni :
<!-- butang like+send facebook untuk blog --><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'/><fb:like colorscheme='light' action='like' layout='button_count' expr:href='data:post.url' font='' send='true' show_faces='false' width='450'/><!-- butang like+send facebook untuk blog --> 

kalau korang nak letak button like dan send tu kat atas entri korang/ kat bawah tajuk entri;

 tekan Ctrl+F atau F3, dan cari kod ni :
<div class='post-header-line-1'>
                                atau
<div class='post-header-line-1'/> 

 letak kod kat step 2 tadi di bawah/ selepas kod yang korang cari kat step 3 tu..


kalau korang nak letak button tu kat bawah entri korang,;

tekan Ctrl+F atau F3, cari kod ni ;
<div class='post-footer'>
              atau
<data:post.body/>

 letak kod kat step 2 tadi di bawah/ selepas kod yang korang cari kat step 5 tadi...


preview dulu.. kalau ok, klik 'save template'..
Read More

16hb Februari yang lalu, beberapa pelajar dan staf serta pegawai UniMAP dibawa untuk menyertai Khidmat Seni Budaya UniMAP 2012 yang diadakan di Kampung Wang Tok Rendong, Langkawi. program ni macam khidmat masyarakat jugak la, cuma kitorang dikehendaki mengajar budak-budak kampung menari, menyanyi, boria, dikir barat dan lain-lain.

aku? aku dan kawan-kawan aku ajar budak tarian. aku main rebana anak untuk dikir barat jugak. hehe.. kitorang ajar budak-budak tu tarian andung-andung. 

selain tu, sebahagian pelajar dari Kelab Penyayang UniMAP pun join program ni. seronok jugak la.. diorang anjurkan sukaneka untuk budak-budak tu. budak-budak yang join tu semua pelajar sekolah rendah je.. :)

kitorang bertolak balik hari sabtu, 19hb Februari 2012 naik feri pukul 6.00 petang. 3 hari je.. kejap kan? kira ok la.. malam hari jumaat tu, kitorang buat persembahan apa yang kitorang dah ajar kat budak-budak tu. hasilnya boleh la~.. yang penting semua orang happy~heee..

keputusan sukaneka :

1st place= team merah
2nd place= team biru
3rd place= team kuning

dalam program ni jugak, kitorang diberi keluarga angkat.. maknanya sekarang, aku ada dua keluarga angkat; satu kat Perlis, satu kat Langkawi.. keh3.. aku serumah dengan 2 orang lagi kawan aku; Nije kelate dan Alim (abang tough).. hahaha... mak angkat aku kuat melatah.. comel siot.. hahaha~...

sebelum naik feri untuk pulang, kitorang dibawak jalan-jalan ke sungai Kilim, Langkawi melawat Geoforest Kilim Langkawi. best giler.. naik bot sepanjang sungai.. dapat tengok pulau bentuk red indian, kasut, penyu betina dan lain-lain. hehe.. dapat tengok macam-macam ikan..

then pegi shopping. tapi tak beli banyak pun.. beli untuk awek aku je.. tak cukup bajet... hihihi~..

overall?? penat.... tapi seronok!! :)

dengan kak ita.. :)

ni la family angkat aku..
banyak lagi gambar wei.. tapi tak larat nak uplaod~.. huhu~...
Read More
sebelum ni aku ada post entri tentang tutorial redirect blogger static pages ke website lain. cara itu memerlukan korang tambah kod pada html template korang. tapi sejak blogger dah upgrade, korang dah tak perlu tambah kod tu untuk redirect blogger static pages ke website lain. korang hanya perlu jalani simple step.

sebelum tu,
"apa tu redirect blogger static pages ke website lain?"
kalau korang klik static page (aku ada terangkan apa itu static page di entri ni) tu, dia akan bukak satu page lain, tapi still dalam blog korang kan? contohnya korang klik pages 'artwork' aku, dia akan bukak satu pages lain dalam blog aku yang menunjukkan karya-karya aku kan?

tapi macamana nak buat, bila korang klik page 'artwork' aku tu, korang akan terus dibawa ke blog aku yang lain? aku tak tau la korang faham atau tak, tapi try buat dulu la~..

caranya macam ni :

login akaun blogger korang > pages > new page


klik 'web address'


lepas tu akan muncul popup window, letak nama page korang kat 'page title' dan letak url korang nak redirect page tu ke laman web mana..


klik 'save'


dah siap!! sekarang, korang pegi ke blog korang, page tu akan muncul kat page korang. klik page tu, dan korang akan terus pegi ke laman web yang korang isi kat ruang 'web address (URL)' tadi.

selamat mencuba.. :)
Read More
sebagaimana kita sedia maklum, ada pelbagai cara untuk kita tingkatkan trafik blog kita iaitu dengan ping entri ke laman-laman sosial seperti facebook, twitter, google+ dan sebagainya. kita juga tau bahawa blogwalking merupakan antara cara untuk tingkatkan trafik blog.

selain ping entri ke laman-laman sosial, kita juga boleh ping entri di laman perkongsian lain seperti busuk.org.
apa itu busuk.org?
busuk.org ni adalah satu laman perkongsian artikel untuk blogger, sama seperti Apesal.com dan ohbelog.com. laman perkongsian, dalam kata mudahnya ialah, tempat korang boleh lepas gian untuk ping entri. hehe.. korang boleh ping entri kat sini.
so, apa kelebihan busuk.org?
1. membantu untuk tingkatkan trafik blog melalui permainan SEO.

sebelum ni aku ada post entri tentang perjalanan aku balik ke Perlis. then, aku ping entri tu kat busuk.org. lepas ping, 10 jam lepas tu aku try search kat google dengan kata kunci 'ke Perlis'. aku tak target entri tu masuk dalam page pertama carian google, sebab entri tu hanya entri personal. tapi

tingkatkan trafik blog
klik gambar untuk zoom

memang masuk dalam page pertama. aku ingatkan benda ni mungkin mampu bertahan dalam sehari je la. so, aku try cari entri aku tentang freebies : background iklan yang aku ping dalam 5-6 hari lepas dengan kata kunci 'background iklan'. hasilnya?

tingkatkan trafik blog dengan busuk.org
klik gambar untuk zoom

juga masih terdapat di page pertama google. hal ini secara tidak langsung membantu dalam meningkatkan trafik blog kita. oleh itu, selain daripada memperolehi trafik daripada balasan blogwalking rakan blogger, kita juga dapat menarik trafik melalui enjin carian.

2. sistem 'double trafic'

nama 'double trafik' ni aku bantai je. hahaha.. tapi ni adalah petikan yang aku petik daripada laman web busuk.org

"bagaimana widget ini berfungsi? - widget ini akan memberikan pulangan trafik kepada anda yang telah menyumbang trafik kepada artikel user lain.. dalam erti kata lain, sekiranya kami mendapati anda telah memberi 1 trafik kepada artikel lain, kami akan memberikan 2 trafik kepada anda.. sekiranya 5, kami beri 10 kepada anda.."

so, secara tidak langsung, korang dapat meningkatkan trafik blog dengan mengiklankan entri blog lain. sharing is caring bukan? :)
"betul ke boleh tingkatkan trafik blog dengan busuk.org ni?"
klik gambar untuk zoom

gambar kat atas menunjukkan trafik yang disumbangkan oleh busuk.org kepada blog aku sepanjang 2 hari. memang la tak sampai 1000++, tapi at least dia ada menyumbang dalam trafik blog aku. sikit ok la daripada takder.. 
"saya nak pasang widget busuk.org, tapi widget ni merosakkan design blog saya. tak nampak cantik la.."
ini la ayat aku masa mula-mula nak pasang widget ni. tapi tengok penyelesaian aku:


aku letak background untuk widget tu. macamana caranya? sama saja seperti cara letak background untuk iklan. cuma perlu design background tersebut, kod iklan ganti dengan kod widget busuk.org dan ubahsuai lebar dan tinggi mengikut lebar dan tinggi gambar.
"ambil masa lama ke nak daftar busuk.org ni?"
tersangat la sekejap. korang hanya perlu login menggunakan akaun twitter atau facebook! sekali klik, korang dah boleh sertai warga busuk.org, letak widget dalam blog, dan mula ping entri anda! :)
penutup kata
saja nak kongsi info. why not give it a try? try la pasang seminggu dua, dan lihat hasilnya. kalau korang tak puas hati, remove je la widget tu. belum cuba, belum tahu.. :)

notakepalalutut : apesal aku gigih sangat promote busuk.org ni?.. =.=" 
Read More

walaupun aku tak sokong sambutan Valentine's Day sama sekali, tapi dari sudut pandangan seni, aku rasa video ni kreatif.. :)

notakepalalutut : agak-agak suatu hari nanti boleh tak google buat doodle untuk birthday aku?.. :p
Read More
apa itu niche?
dalam bahasa mudah, niche ni adalah sesuatu yang spesifik atau pengkhususan dalam sesuatu perkara 
apa itu niche blog?
niche blog ni pulak adalah blog yang diwujudkan khusus untuk sesuatu perkara. contohnya, blog tutorialuntukblog. blog ini diwujudkan khusus untuk memberikan tutorial-tutorial tentang blog seperti widget, tips penulisan dalam blog dan sebagainya. blog lyssa faizureen? bukan.. kan beliau kata, "bukan sekadar blog tutorial". blog tu campur entri personal dan tutorial. so tak boleh dikategorikan sebagai niche blog.

ada macam-macam niche blog kat alam maya ni. ada yang khusus menceritakan tentang pelajaran, keibuan, mahupun perubatan. malah, aku pernah jumpa blog yang khusus untuk menceritakan tentang ikan keli. ramai juga blog yang dibuka khusus untuk perniagaan mereka seperti menjual baju, kek dan sebagainya.

yang pastinya, niche blog ni hanya menumpukan kepada satu perkara. kalau dia cerita tentang haiwan, tentang haiwan je la. takder la tiba-tiba buat entri tentang sayur, atau entri tentang tuan blog tu tengah bosan lak.. hahaha..
kelebihan niche blog
1. sentiasa mempunyai idea untuk menulis entri

-kita akan sentiasa mempunyai idea untuk menulis blog. kerana kita hanya menumpukan penulisan kepada satu topik, dan tak perlu pening-pening sebab tak tau nak update pasal apa..

2. pembaca yang sekepala.

-niche blog juga mempunyai pembaca yang sekepala. contohnya, blog tentang keibuan. semestinya para pembacanya adalah daripada kalangan ibu bapa. oleh yang demikian, blogger boleh bertukar pendapat dengan pembacanya dan berkongsi info baru. pasti seronok.

3. menarik perhatian pengiklan.

-blog niche lebih menarik perhatian pengiklan. contohnya, blog tersebut khusus untuk teknologi dan gajet terkini. so, pengiklan dan blogger yang mempunyai niche yang sama akan berminat untuk meletakkan iklan mereka di blog tersebut.

4. menarik perhatian search engine terutamanya google.

-sebab google suka jika sesuatu blog mempunyai keyword yang berulang-ulang.
nak buat niche blog? nak buat pasal apa?
buat la pasal sesuatu yang menjadi kepakaran korang. kalau bagi blogger yang telah bekerja, korang mempunyai kelebihan untuk mewujudkan niche blog. tulis saja tentang pekerjaan korang; kelulusan yang diperlukan, bidang kerja tersebut, kelebihan bidang tu dan lain-lain. 

student pun boleh je buat niche blog. pasal design, seni, muzik, pelajaran, fesyen dan lain-lain. bagaimana kalau tak ada kepakaran? boleh je study melalui online. zaman sekarang ni, korang search je kat google. macam-macam ada. tapi awas, jangan jadi copycat. fahami la topik tu, dan luahkan dalam ayat korang dan pemahaman sendiri. niat tak menghalalkan cara tau.

kalau ada modal, boleh la upah penulis yang lebih arif tentang topik yang korang nak. korang rasa aku mengarut? tengok blog ni. beliau mengupah penulis untuk menulis dalam blog beliau. 
kesimpulan
so, itu la serba serbi mengenai niche blog. harap korang paham la penerangan aku ni. sekurang-kurangnya korang ada pendedahan sikit mengenai niche blog ni. jangan tulis niche blog tentang porno sudah. dosa~..

Read More

korang tau tak GHOST RIDER : Spirit Of Vengeance akan keluar dalam 3D pada 17 Februari 2012 di pawagam! sinopsis :
Johny Blaze (Nicolas Cage) masih bergelut dengan sumpahannya sebagai syaitan berapi yang menunggang motor berapi dia tu akibat pemanasan global kat dunia sekarang ni (takder kaitan) dan bersembunyi di utara Eropah. pada filem kedua ni, dia telah bekerjasama dengan organisasi rahsia sebuah gereja untuk menyelamatkan seorang budak (Fergus Riordan) daripada seekor syaitan (Ciarn Hinds). pada mulanya, dia tak nak gunakan kuasa syaitan berapi yang dia ada tu, tapi hanya tu je caranya untuk selamatkan budak tu dan Johny mungkin berpeluang untuk menyingkirkan sumpahan tu buat selama-lamanya.
ni antara screenshot filem tersebut.




nak tengok lagi?... jom pegi ke Laman Web Rasmi GHOST RIDER : Spirit of Vengeance ni... macam-macam wo korang boleh dapat dari website tu. antaranya :

-trailer
-sinopsis lengkap
-gambar
-senarai pelakon dan krew penggambaran
- korang juga boleh download animated GIF, wallpaper, ikon, malah twitter skins!!
WEBSITE GHOST RIDER™ : SPIRIT OF VENGEANCE
Jom ramai2 pegi tengok.. membakar panggung wayang Malaysia pada 17 Feb 2012... huhu~..
Read More

hhmm.. memang tak disangkal lagi yang aku dah lama nak berdomain sendiri. malah menyimpan hasrat untuk mempunyai hosting sendiri. lepas aku beli domain tu, memang tak habis-habis senyum la. happy sakan la..

tapi senyuman tu cuma bertahan selama sehari. gembira tu memang la gembira, tapi...
alexa rank
dah penat-penat kumpul 154 sites yang link ke blog aku, tiba-tiba semuanya hilang. ranking yang selama ni penat aku naikkan, dah jadi 'no data'. hhmm.. masa aku buat kajian tentang membeli domain ni, memang la aku tau yang alexa rank akan mula dari awal balik. tapi aku tak tau la sedih macam ni pulak..

mengenangkan semua yang pernah aku buat, segala yang aku dah usahakan, hilang macam tu je. setahun lebih kot aku nak nak bagi naik rank alexa tuh.. huhu~.. setiap kali tengok website alexa, dan tengok rank blog aku 'No Data', aku jadi sedih pulak.. hhmmm.. somehow semangat berblog dah turun sikit sebab takder kayu ukur untuk aku uji prestasi blog aku selain daripada melalui trafik.
pagerank
kehilangan alexa tak la berapa sedih jika dibandingkan dengan kehilangan pagerank. pagerank ni bukan senang nak dapat wo.. somehow dengan pagerank 1 tu, ada la jugak entri blog aku masuk kat page 2-3 kat google search tuh.

dulu, bila aku taip 'BLOG GARY!!', terus je keluar nama blog aku kat first page google search tuh. sekarang jangankan kat page 1, batang hidung pun tak nampak. aku sayang giler ngan pagerank aku tuh tau.. sekarang kena start dari awal balik. yang aku tau, aku nak dapat pagerank 1 tu pun susah sebab aku tak reti main SEO.
kesimpulannya,
kalau rasa-rasa nak beli domain tu, beli la awal-awal. tak payah tanguh-tangguh. memang aku tau korang tak harapkan pagerank. tapi somehow kalau korang dah lama berblog, walaupun blog personal, pagerank dan alexa rank korang akan naik. sampai satu masa korang ambil keputusan untuk serius berblog dan nak beli domain, nyesal wei.

kena start dari awal la gamaknya. huhu.. tapi aku hepi sikit sebab dah semakin banyak keyword yang encik google tarik masuk ke blog aku.

Read More

KEPUTUSAN KELANTAN VS TERENGGANU 11 FEBUARI 2012 | pada hari ini berlangsung perlawanan bola sepak Kelantan menentang Terengganu. perlawanan ini boleh anda saksikan secara langsung di ASTRO ARENA saluran 801 atau Tonton Secara Online melalui LIVE STREAMING.

keputusan Penuh:

KELANTAN  VS TERENGGANU

 2                               1

tahniah kepada Kelantan kerana telah menang dengan keputusan 2-1 menentang Terengganu seterusnya meletakkan Kelantan dalam kedudukan teratas dalam liga.. :)


Read More

sekarang orang dah cakap-cakap pasal rancangan kat Astro Ria iaitu On Air, rancangan realiti tv yang mencari pengacara yang berbakat untuk menceburi bidang penyiaran. terdapat 3 juri, 2 juri tetap iaitu Aznil Nawawi, Suhaimi Sulaiman dan 1 juri jemputan yang setakat ni diambil alih oleh Datin Normala Samsudin, Dang Suria, Sarimah Ibrahim dan Wan Zaleha Radzi.
persoalan aku : kejam ke rancangan ni?..
hhmmm... kalau diperhatikan, kebanyakan kontroversi yang timbul adalah hasil komen daripada Dang Suria. komen beliau memang menyengat la. setakat yang aku nonton ni, dia dah cakap "lose some weight" kepada seseorang peserta berbadan besar serta "jujur katakan, awak tak hensem". perghh.. 

kejam ke?.. bagi aku? tak kot. sebab, bagi aku, peserta yang datang untuk ujibakat tu datang diatas keputusan mereka sendiri, keberanian mereka dan mereka sepatutnya lebih tahu tentang kemungkinan mereka ditolak, malah diberi kritikan sedemikian rupa.

Dang Suria banyak memberi komen mengenai rupa fizikal serta penampilan peserta di kaca tv. mungkin itu memang tugas beliau dalam mengadili ujibakat tersebut. mungkin kita rasa bakat yang ada sudah mencukupi, rupa fizikal tak penting. tapi juri yang dipilih pastinya adalah juri professional, bukan main kutip tepi jalan je. bagi aku, mereka lebih tau ciri-ciri pengacara yang akan survive dalam bidang pengacaraan ni.

bukan Dang Suria je yang reject peserta. juri yang lain pun reject peserta. komen yang diberi oleh diorang ni baru sikit. realiti dalam bidang ni mungkin lebih kejam berbanding komen-komen pedas yang diorang terima sekarang.

kalau diorang tak boleh terima komen pedas sekarang pun, macamana kalau tiba-tiba diorang jadi kontroversi suatu masa nanti dan terima kritikan ramai orang? memang goyang habis la. aku lebih respek peserta yang tak layak, tapi keluar dengan senyuman.

yang kes seorang pakcik serang Aznil pun satu hal. tau la sayang anak buah, tapi patut ke dia marah Aznil sebab tak bagi anak buah dia lulus ujibakat tu? dah anak buah dia tak layak, nak buat macamana? malu la. aku yang umur setahun jagung ni pun boleh fikir. 
kesimpulan
bagi aku, satu je.. tak nak kena kritik, tak payah datang ujibakat. dok kat rumah, nonton on air sambil baring makan keropok sudah. aman~..

Read More

sahabat blogger aku, Zwan Sabri cadangkan aku buat entri pasal kelebihan domain berbayar dan cara mendapatkan domain sendiri. aku dah buat entri tentang macamana nak beli domain di netkl untuk blogspot. sekarang aku nak share sikit kelebihan mempunyai domain sendiri..

1) url blog lebih mudah diingat : 

-yerla.. berbanding nama blog panjang-panjang, url blog yang lebih pendek adalah lebih mudah diingat. 'garyasip.com', senang nak ingat kan? tapi bagi aku, ni cuma kelebihan yang tersangat kecil, sebab beza dia tak banyak pun. sebelum ni nama domain aku 'garyassip.blogspot.com'. sama je. kalau korang ingat 'garyasip' tu, rasanya nak ingat 'blogspot' tu takder masalah.. huhu~..

2) membantu meningkatkan SEO blog

- bagi blog yang mementingkan SEO dalam blog, memiliki domain sendiri adalah langkah pertama untuk dilakukan. untuk mendapatkan SEO yang lebih mantap, guna la wordpress. aku tak la nak memperkecilkan blogspot, tapi memang tak disangkal bahawa wordpress adalah medium yang sangat efektif jika korang nak tarik SEO dalam blog kerana wordpress mempunyai banyak plugin yang membantu dalam meningkatkan prestasi SEO blog.

anda pengguna blogspot dan tak nak buat 2 blog? nak tumpukan pada 1 blog sahaja? jangan risau, netkl menyediakan pakej 'myWordpress' untuk memindahkan blog korang dari blogspot ke wordpress.

so, kenapa aku masih menggunakan blogspot? sebab aku sayang template aku.. lama nak design wei!! huhuhu~.. 

kalau korang cari apa-apa kat google, 90% blog yang muncul pada page pertama adalah blog yang menggunakan domain sendiri kan? sebab blog yang menggunakan domain sendiri lebih mudah terindeks di google.

3) menunjukkan kesungguhan blogger tersebut dalam berblog

- blog yang mempunyai domain sendiri menunjukkan blogger tersebut serius dalam berblog. serius terhadaap blognya. bersungguh-sungguh dalam dunia blog. kalau dia tak serius, takkan dia sanggup bayar kan? usaha ni dapat menarik pihak pengiklan untuk meletakkan iklan di blog korang.

4) pelaburan masa akan datang

- pada satu ketika nanti kalau korang dah tak berminat nak berblog, korang boleh jual domain korang pada harga yang lebih tinggi. hanya perlu pastikan domain korang tu unik.. hehehe~.. netkl juga menyediakan service untuk tolong korang menjual domain korang.

5) hak milik penuh ke atas blog

- baru-baru ni aku baca entri seorang blogger tentang beberapa entri dia hilang. ini adalah disebabkan domain 'blogspot' tu adalah hak milik blogspot. so, dia ada hak penuh untuk delete mana-mana entri korang ikut suka hati dia.

kalau ada domain sendiri, korang memiliki hak penuh terhadap blog korang dan blogspot tak boleh delete mana-mana entri kita. kalau nak lebih selamat, beli la hosting sendiri.

untung la kalau entri je dia delete.. kalau dengan blog korang sekali dia delete? hancusss~.. insyaallah kalau la pendapatan aku dah stabil esok-esok, aku ingat nak beli hosting gak.. amin~..

6) lebih selamat

-sebab ada ID protection.

7) mengelakkan blog anda diblock di tempat kerja atau sekolah

- sekiranya tempat kerja atau sekolah korang block internet daripada mengakses blogspot, sebarang blog yang menggunakan '.blogspot.com' tak dapat diakses. kalau blog korang ada domain sendiri, boleh je akses kat mana-mana.. :)
sebab aku guna domain berbayar
lepas masuk universiti, aku sedar yang aku dah tak boleh tumpukan sangat kat blog ni. bukan faktor masa, tapi faktor mood, persekitaran dan juga komitmen. aku sayang blog ni, dan aku tak nak blog ni mati. kalau pun aku rajin blogwalking masa dah start kuliah nanti, aku tau tak ramai blogger yang online atas faktor sibuk dengan sekolah, universiti, kerja dan lain-lain. so peluang nak mendapat kunjung balas dalam sehari adalah sangat nipis.

so, aku mula beralih kepada SEO. mengharapkan trafik walau seciput daripada pengguna internet yang berlegar di alam maya ni. so walaupun aku tak online sangat tapi asalkan trafik aku tak mencecah sifar. mungkin bila dah start semester nanti, sehari atau dua hari sekali je update.. huhu~..

diharapkan plan aku berjaya. lagipun aku ada ramai senior kat universiti aku yang mengutamakan SEO dalam blog. boleh la berguru sikit dengan mereka.. hehe..

so tunggu apa lagi? jom beli domain kat netkl!! :)
Read More
aku nak share cara-cara nak beli domain kat netkl, sebab mungkin ramai lagi blogger macam aku yang berminat nak beli domain tapi tak tahu macamana.

by the way, Adamxis pun ada buat tutorial ni, tapi aku rasa netkl dah buat pengubahsuaian kot.. aku buat tutorial ni untuk pakej blogspot, maksudnya netkl yang settingkan domain tu untuk korang. korang cuma perlu bayar, then guna je domain tu. alah, dia cas RM3 je untuk pemasangan tu.

kat bawah ni ada bayaran tahunan yang korang perlu bayar untuk domain. aku pilih .com sebab RM35 je + RM3 untuk pemasangan, semua sekali RM38 la.. ok la tuh~..

klik untuk zoom
cara tempahan
cara dia macam ni :

klik banner kat bawah untuk pergi ke laman web netkl

 

klik domain



korang akan nampak banner flash macam ni, klik banner tu.

banner macam dalam kotak merah tu

klik 'order now' pada 'blogger/blogspot'


klik pada 'i want netkl to register a new domain for me' > pilih nama domain korang > pilih korang nak '.com' ke, '.net' ke hapa he > klik 'click to continue


jika status domain tu available, tekan 'click to continue'. kalau tak, pilih domain lain sampai la status tu 'available'


isi borang ni > Add to Cart


apa yang perlu korang isi?

a) your blogspot's Address/URL : url blogspot yang korang nak pasang domain tu. aku nak pasang kat blog ni, so aku letak la 'http://garyasip.blogspot.com'

b) username of your blogspot's admin : email yang korang gunakan untuk login blog korang

c) password of your blogspot's admin : password login korang

tick pada ID protection. free je pun. kalau korang tak tick, maklumat nama/alamat akan didedahkan > Update Cart


tekan checkout


isi maklumat dalam borang tuh > tick 'i have read and agree to the terms of service > klik 'Complete order'


korang akan diberi senarai bank yang korang boleh buat bayaran. dan korang akan dapat nombor invoice korang. sila simpan nombor invoice ini untuk kegunaan semasa pembayaran.


lepas tuh, klik 'back to client area..


ok.. dah siap untuk proses tempahan... sekarang adalah proses pembayaran.
proses pembayaran
pembayaran boleh dibuat melalui bayaran online seperti Maybank2u, CIMBclicks, dan sebagainya atau melalui mesin ATM. bayar kat nombor akaun yang dia bagi. ingat, kalau korang bayar melalui mesin ATM, simpan resit tu sebab korang perlu beberapa detail dalam resit tu seperti tarikh dan masa.. :) lepas dah bayar melalui online atau mesin ATM,

 kat client area, klik 'open ticket'


klik 'sale'


isikan maklumat yang diminta dan tekan submit.


apa yang perlu korang isi?..

a) nama dan email dah diisi secara automatik sebab korang dah login, so abaikan part tu.

b) subject : nombor invoice korang. tulis macam ni ; invoice : nombor invoice korang

c) related service biarkan 'none, priority? bagi high je. haha..

d) kat message, isi maklumat ni;
1. nama akaun :
2. nombor akaun :
3. tarikh :
4. masa : 
5. jumlah :
nama akaun tu bermaksud bank yang korang guna untuk bayar domain tu bank siapa? kalau bank korang, bagi la nama penuh korang. kalau bank bapak korang, letak la nama penuh bapak korang dan sebagainya. tarikh dan masa tu adalah tarikh dan masa korang membayar, bukan masa korang isi ticket ni. kalau korang bayar melalui ATM, ada la tarikh dan masa pembayaran kat resit tu kan? jumlah tu jumlah yang korang bayar.

dah siap!! sekarang, korang hanya perlu tunggu balasan tiket tersebut, sama ada domain korang dah diaktifkan. jangan lupa cakap terima kasih kat diorang tau.. :)


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama