dengan nama Allah yang maha pengampun dan maha pemurah.

sejahtera ke atas kamu.

minggu lepas pegi langkawi sekali lagi. aku rasa termasuk ni dah 6 kali aku pegi langkawi. aku ada 2 post pasal aku pegi langkawi.. masa first time dulu dan masa program kebudayaan UniMAP.. hahaha... alang2 belajar kat tempat orang ni, aku manfaatkan la sebaiknya dengan melancong ke kawasan-kawasan terdekat.

aku pegi langkawi kali ni dengan member2 sekolah menengah aku, afnan, yan dan hanif. pegi hari jumaat (25 april 2014) dan balik hari ahad (27 april 2014). bertolak dari jeti kuala perlis pukul 4.30pm dan sampai around 6 o'clock macam tu. then kitorang cari kereta sewa kat jeti (pegi kaunter la, ada je kereta sewa). kitorang tak call dulu pun, just cari on the spot. dapat la honda city harga RM80 sehari. 3 hari 2 malam tu kira semua skali RM160 je, tapi kena deposit RM210 sebagai deposit kot2 la jadi apa2... masa pulangkan kereta nanti dia pulangkan deposit RM50 tu.

then gerak ke pantai cenang, sebab nak menginap kat situ. gerak pun pakai google maps la sebab walaupun aku dah 5 kali pegi sebelum ni, aku tak pernah drive dan aku tak pernah nak hafal jalan. kah3.. taip kat google maps 'pantai cenang' tapi dia bawak kitorang pegi gunung raya. last2 kena taip underwater world baru la dia tunjuk jalan pegi pantai cenang sebab underwater world tu kat cenang.

bila dah sampai cenang tu baru la kalut nak cari hotel. sebab kitorang memang cari on the spot. then ambik 1 hotel, Villa Idaman, belakang Langgura Baron. hotel tu tepi pantai, so memang best la. kadar hotel tu dalam RM180 untuk 1 malam. 1 katil king bed (muat 3 orang, tapi 4 orang nak sumbat pun lepas je), ada tv sekali dengan astro, aircond dan bilik mandi (takder bathtub), kerusi dan meja. haha.. ni num fon hotel tu: 04-9554822.

orait, masuk second day, kitorang pegi sarapan dulu, then kitorang gerak ke air terjun telaga tujuh. jalan dari pantai cenang dalam 30 minit gak la.. memang best mandi kat situ, cuma pastikan jangan pegi masa kemarau la. sumpah menyesal... hahaha... then gerak ke cable car. ni memang satu kemestian bila pegi langkawi. beratur memang sakit la sebab sumpah ramai orang. tapi bila nak naik tu memang best. kadar warganegara Malaysia dalam RM15 sorang. kalau tak nak berbaris panjang, boleh ambik express lane, tapi kena tambah RM50 sorang. mahal gak la, tapi kalau sanggup ok je...


then, kitorang gerak ke galeri perdana. tempat ni kira macam muzium untuk Tun Dr. Mahathir la. best jugak kat situ untuk sightseeing. banyak hadiah2 yang tun dapat diletakkan dalam galeri tersebut. lepas tu kitorang gerak ke underwater world. underwater world ni bukak sampai pukul 6 petang. kadar masuk RM30 sorang. dalam tu ada banyak hidupan laut yang menarik, termasuk penguin. hehehe...

masuk hari ketiga, kitorang pegi island hopping. yang ni pun 1 kemestian bila ada kat langkawi. kadar sorang dalam RM30. dia bawak pegi tasik dayang bunting, pantai beras basah dan eagle watching. kat tasik dayang bunting dan pantai beras basah tu, aktiviti memang mandi. so pastikan koraang bawak pakaian nak pegi mandi, jangan pakai seluar jeans pulak.. kalau tak reti berenang, kat tasik dayang bunting tu ada life jacket. boleh sewa dengan harga RM10 sahaja.

lepas island hopping, kitorang pegi shopping kat Haji Ismail Group kat kuah. barang kat situ memang murah. HiG ni dekat je dengan jeti, so tak risau la kalau2 takut nak pegi last minute. then bertolak pulang pukul 5 dan sampai ke jeti kuala perlis dekat2 pukul 7.

nak pergi tapi takder bajet?

bagi aku, langkawi adalah satu tempat percutian yang berkos rendah dan korang boleh jimat jika tau caranya. tiket feri RM36 pegi dan balik (dari kuala perlis). then, personal opinion aku, sebenarnya yang menarik di langkawi ni just pantai cenang. sebab aku tak la suka sangat naik kereta pegi sana sini. kalau rasa pegi langkawi nak relaks je, dan hanya nak lepak kat cenang, baik ambil teksi. teksi pegi cenang dan bila last day nak balik ke jeti, bajet just dalam RM30.

kalau nak ambik kereta sewa, boleh je. setau aku paling murah pun viva la.. aku lupa rate viva. maybe dalam RM50-RM70 camtu kot. minyak RM20 ok dah. hotel pulak ada je yang RM50 untuk 1 malam. boleh cari kat Lagenda Permai Chalet. tapi yang RM50 tu takder aircond la, kipas je. tapi ada toilet so kira ok la.. satu bilik muat 2 orang... :).

dulu aku pegi ngan kawan2 aku, bajet bawah RM200 je.. hehe.. 
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama