APA ITU BOUNCE RATE? | pernah dengar tak tentang bounce rate? benda ni mungkin dah ramai orang yang dah tau. dan untuk blogger yang dah lama bergiat dalam bidang blogging, bounce rate bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. bounce rate penting bagi mereka yang sedang berusaha meningkatkan rank blog mereka, dan juga mengejar earning melalui blog mereka.

APA ITU BOUNCE RATE?

"bounce rate is the percentage of single-page visits"-google analytic 

maksudnya, bounce rate ni adalah berapa peratus pembaca blog korang yang meninggalkan blog korang selepas membaca hanya 1 page kat blog korang, tanpa menjenguk ke bahagian lain dalam blog seperti static pages mahupun entri lain. semakin tinggi bounce rate blog korang, maknanya ramai pembaca blog yang meninggalkan blog korang selepas membaca hanya satu entri atau hanya menjenguk homepage korang.

SEBAB BOUNCE RATE TINGGI

1. aktiviti blogwalking pantas - sekiranya korang kerap follow blog lain dengan konsep 'I follow U, U follow me back', maka tak hairan la bounce rate korang tinggi. mungkin pembaca yang singgah sebentar tu datang ke blog korang untuk follow blog korang balik mahupun datang untuk follow blog korang, dan mintak korang follow diorang balik. 

2. penggunaan widget linkwithin - hasrulhassan.com ada membincangkan tentang penggunaan widget linkwithin yang meningkatkan bounce rate. korang boleh baca entri beliau yang bertajuk 'linkwithin merugikan trafik tinggikan bounce rate'. 

3. blog tidak ber'niche' - blog yang tidak mempunyai niche juga berkemungkinan tinggi untuk mendapat bounce rate yang tinggi. contohnya, seorang pembaca sedang mencari ilmu mengenai SEO blog, dan beliau menemui sebuah blog yang mempunyai niche mengenai SEO blog. tentunya pembaca tersebut akan membaca entri-entri lain blog tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai ilmu tersebut. 

berbeza dengan blog yang tidak mempunyai niche. contohnya, seorang pembaca mencari ilmu mengenai SEO blog, dan beliau menemui satu blog yang mempunyai entri yang sangat bagus dalam penerangan mengenai SEO blog. tetapi entri lain dalam blog tersebut adalah entri mengenai bola sepak, isu semasa, mahupun entri personal. oleh itu, pembaca tersebut tidak berminat untuk membaca entri lain dalam blog tersebut, lalu meninggalkan blog itu. maka menyumbang kepada bounce rate blog.

4. link dibuka pada page yang sama - yang ni ramai orang tak tahu. apabila kita klik mana-mana link kat sidebar ataupun dalam entri, adalah lebih elok kita set link tersebut kepada 'open in new tab'. sekiranya kita buka link tersebut pada page yang sama, bilangan bounce rate akan meningkat. baca entri di denaihati mengenai faktor ini. 

5. blog tidak mesra pelawat - ini adalah antara faktor yang dilakukan oleh kebanyakan blogger. jangan terlalu mengikut kehendak korang dalam pengisian blog. lagu, video, gambar segala keturunan keluarga kat sidebar. benda-benda ni berkemungkinan besar akan melambatkan loading blog. pembaca suka blog yang ringan. jika blog korang mengambil masa yang lama untuk load, pembaca mungkin tidak sanggup menunggu blog korang habis loading, lalu meninggalkan blog korang.

CARA MENGURANGKAN BOUNCE RATE

untuk mengurangkan peratus bounce rate korang, korang elakkan je la daripada melakukan 5 perkara di atas yang menyumbang kepada bounce rate dalam blog korang... :3

KESAN SEKIRANYA BOUNCE RATE TINGGI

google adalah enjin carian yang sangat teliti demi memuaskan hati para penggunanya. pelbagai algoritma seperti google penguin dan lain-lain untuk memastikan pengguna google search mendapat apa yang mereka cari secara tepat, menjadikan google sebagai enjin carian yang top, berbeza dengan enjin carian yang lain.

apakah kesan sekiranya google mendapati bounce rate blog korang tinggi? ini akan menyukarkan entri korang untuk muncul pada top page dalam SERP (search engine results page). ini kerana google menganggap blog tersebut tidak mempunyai entri yang membantu pembaca dalam mencari maklumat yang dikehendaki. google juga menganggap blog/entri tersebut kurang menepati keyword yang dicari pada enjin carian google.

kalau korang tak pernah dapat buffered earning daripada nuffnang, mungkin inilah puncanya... :)

KESIMPULAN

maka, berusahalah untuk merendahkan bounce rate blog korang. pada ketika aku menulis entri ni, bounce rate blog personal aku adalah 78.26%!! pergh.. nampaknya agak terlambat aku mendapat pengetahuan mengenai bounce rate ni. harap-harap korang yang membaca entri aku ni, sempat la selamatkan bounce rate blog korang sebelum menjadi parah macam bounce rate blog aku... huhu~..
Read More

Jogging; kebaikan dan tips | selain melakukan senaman ringan di rumah, jogging juga adalah satu cara yang gemar dilakukan oleh mereka yang ingin mengekalkan kesihatan dan bentuk badan yang ideal. antara kebaikan jogging adalah:
  • mengelakkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • dapat mengelakkan sesetengah penyakit kanser
  • mengelakkan penyakit berjangkit dengan menguatkan sistem imunisasi badan
  • mengawal dan mengelakkan diabetes
  • menggalakkan kesihatan minda
  • melawan stress
  • menurunkan berat badan dan mengawal kadar lemak dalam badan
jogging adalah satu bentuk senaman yang sangat digalakkan sebab ada banyak kebaikan dan mudah dilakukan. di Malaysia sekarang pun dah banyak tempat-tempat untuk jogging yang dibuka untuk kegunaan orang awam. ia tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan dan boleh dilakukan oleh semua peringkat umur. 

berikut adalah tips-tips yang korang boleh gunakan sekiranya korang hendak mula mengamalkan jogging sebagai salah satu rutin senaman korang:

1. dapatkan kasut yang sesuai

kasut jogging yang bersesuaian dapat memberi keselesaan dan mengurangkan risiko kecederaan. elakkan memakai kasut yang tapaknya dah haus. grip tapak kasut tu kena kuat. pilih kasut mengikut saiz korang. jangan pakai kasut yang terlalu longgar atau ketat.

2. warm up dan cool down

warm up atau aktiviti memanaskan badan dapat mengurangkan tekanan pada jantung bila korang nak mulakan larian. disyorkan mulakan jogging dengan berjalan laju, dan mulakan jogging anda dengan kelajuan yang minimum. naikkan kelajuan anda sedikit demi sedikit. 

cool down juga penting untuk menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah secara beransur-ansur. akhiri aktiviti jogging korang dengan berjalan kaki selama 5 minit.

3. mulakan dengan langkah santai

sekiranya korang baru nak ceburi aktiviti jogging ni, mulakan dengan langkah yang agak santai. korang sepatutnya boleh bernafas dengan selesa dan boleh berborak sambil jogging. kalau korang boleh jogging dan berborak dalam masa yang sama, maksudnya korang mulakan jogging tu dengan kelajuan yang betul. tips ni dapat elakkan beginners dari kecederaan kerana terlebih penggunaan muscle.

4. jalan dan lari

kebanyakan orang yang baru mula jogging akan gunakan pendekatan 'jalan dan lari' ni. sekejap lari, sekejap jalan. ini disebabkan mereka belum mempunyai ketahanan untuk lari dalam masa yang lebih panjang. bila korang dah selalu jogging, cuba kurangkan masa berjalan dan perbanyakkan masa berlari. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? 

5. jangan terlebih excited.

ini kesilapan yang selalu dilakukan. hari ni baru start jogging, lari 3km. esok dah nak lari 15km. semangat sangat tu. elakkan daripada meningkatkan jarak larian korang dengan mendadak. dinasihatkan jangan tambah jarak larian korang sehingga 10% dalam masa seminggu. ini yang banyak kes berhenti jogging di pertengahan jalan. jadikan jogging sebagai rutin harian, nanti lama-lama korang naikkan la jarak larian korang.

6. bernafas melalui mulut dan hidung

kebanyakan orang yang baru mula berjogging selalunya hanya akan bernafas melalui hidung. sebenarnya lebih elok kalau bernafas menggunakan kedua-dua hidung dan mulut, supaya lebih banyak oksigen yang akan disalurkan ke jantung dan otot kita semasa kita berlari. 

kesimpulannya, teknik adalah penting. jangan bertindak melulu sebelum memulakan sesuatu. ketahui asas-asas yang perlu diketahui dalam berjogging, dan mulakan hari ini! time wait for no man. 
Read More

Kepentingan Tidur | tidur adalah satu rutin penting dalam hidup manusia. menurut kajian J. Christian Gillin, seorang professor dalam bidang psikiatri di University of California, San Diego, manusia mampu hidup tanpa tidur selama 264 jam, kira-kira 11 hari. ini adalah beberapa fakta yang menarik mengenai tidur
  • lebih banyak kes insomnia dilaporkan melibatkan pasangan yang berjauhan atau bercerai, dan duda/janda.
  • orang yang kerap bersenam lebih mudah untuk tidur dan tidur lebih lena manakala orang yang jarang bersenam atau bersenam sebelum tidur akan mengalami kesukaran untuk tidur
  • secara umumnya, seorang dewasa yang sihat memerlukan tidur 8-9 jam, tetapi ada yang mampu menjalani rutin harian tanpa gangguan dengan tidur selama 6 jam sahaja, dan ada juga yang tidak mampu menjalani rutin harian melainkan mereka tidur selama 6 jam.
  • bayi yang baru lahir tidur selama 14-17 jam sehari dengan waktu berjaga selama 1-3 jam. 
  • orang yang tidak cukup tidur mempunyai selera makan yang lebih tinggi kerana kadar leptin (leptin adalah hormon yang mengawal selera makan) mereka berkurangan seterusnya meningkatkan selera makan. 
Tidur adalah sama penting seperti menjaga pemakanan dan bersenam. waktu tidur yang diperlukan adalah berbeza mengikut peringkat umur. klik butang 'show/hide' di bawah untuk rujuk gambar yang disediakan oleh sleepfoundation.org mengenai masa tidur yang diperlukan oleh setiap peringkat umur (jangan risau. ini gambar, bukan butang redirect ke iklan) :

sepertimana entri aku sebelum ni mengenai bina badan, tidur yang cukup juga adalah kunci kepada badan yang cun tip top. disiplin tidur kena jaga. pastikan waktu tidur mencukupi. apa kepentingan tidur yang cukup ni?

1. melancarkan fungsi otak.

tidur membantu melancarkan fungsi otak. semasa kita sedang tidur, otak kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi hari esok. kajian menunjukkan waktu tidur malam yang cukup dapat membantu pembelajaran. ia membantu kita untuk lebih fokus dan memberi perhatian, membuat keputusan serta menjadi lebih kreatif. 

orang yang tidak cukup tidur akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengawal emosi dan tingkahlaku, serta tidak fleksibel untuk sebarang perubahan. kes bunuh diri dan tekanan perasaan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kekurangan waktu tidur yang mencukupi.

2. mengawal emosi

kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah tidur akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. mereka akan selalu dibelenggu perasaan sedih, marah atau tertekan, malah kurang motivasi. mereka akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian di kelas. ini akan menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan membuatkan mereka berasa sedih dan tertekan.

3. kesihatan fizikal

untuk pengetahuan semua, aktiviti tidur adalah terlibat dalam pembaikpulihan jantung dan saluran darah. kekurangan waktu tidur yang berterusan akan meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes dan stroke. kekurangan waktu tidur boleh membawa kepada obesiti. 

tidur juga mempengaruhi tindakbalas badan terhadap insulin, hormon yang mengawal tahap glukosa (gula) dalam darah. kekurangan waktu tidur menyebabkan kadar gula dalam darah lebih tinggi lalu meningkatkan risiko diabetes.

selain itu, tidur juga membantu tumbesaran yang sihat dan perkembangan. tidur yang lena membuatkan badan kita merembeskan hormon yang membantu tumbesaran untuk kanak-kanak dan remaja. tidur menggalakkan perkembangan otot membantu untuk membaikpulih sel dan tisu untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

tidur adalah sangat penting untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita agar lebih efektif untuk melawan penyakit.

4. meningkatkan prestasi dan keselamatan

orang yang kekurangan waktu tidur pada waktu malam akan menjadi kurang produktif di sekolah atau tempat kerja di siang hari. mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan malah lebih banyak membuat kesilapan. 

kesimpulannya, kita mestilah mematuhi waktu tidur yang sepatutnya dicadangkan untuk peringkat umur kita agar kita boleh menjadi lebih produktif malah dapat meningkatkan kesihatan diri serta emosi kita. jangan ambil mudah. menurut kajian, hanya manusia saja mamalia yang sanggup melengahkan waktu tidur. hahaha. 
Read More


Lembah Danum syurga hidupan liar | bulan lepas aku pergi jalan-jalan makan angin sekejap kat Lembah Danum di Lahad Datu. kali terakhir pergi ke Lembah Danum ni kira-kira 10 tahun lepas, ada lawatan dengan orang jepun masa tingkatan 1. tapi masa tu stay seminggu, kali ni stay satu malam je. pergi dengan bos-bos kilang, diorang ajak pergi ambik angin segar kejap. asyik kena debu kat kilang je, kena bagi jantung hirup udara segar sikit. 

perjalanan masuk ambik masa 4 jam dari simpang masuk, tu pun naik kereta pacuan empat roda. biasalah tempat wildlife, mana la nak ada jalan tar. lupa lak berapa km masuk masa tu. bertolak pukul 2, sampai kat homestay Lembah Danum tu kira-kira pukul 6. kalau boleh, kena sampai sebelum gelap, sebab susah nak gerak kalau dah gelap. jalan mana ada lampu. 

kitorang stay kat guest house je. dulu masa aku tingkatan 1 tu, stay kat Lembah Tabin, satu jalan jugak dengan Lembah Danum tapi nanti ada simpang kena masuk kanan je. Lembah Tabin tu memang superb cantik kebabom. 
lodge lembah tabin
lodge Lembah Tabin
dining hall Lembah Tabin
dining hall Lembah Tabin
haa.. Lembah Tabin ni memang sumpah cantik. aktiviti pun banyak. canopy walk, bird watching, boleh observe banyak hidupan liar, tapi yang paling aku tertarik adalah view di lodge dan dining hall ni la. kat beranda lodge tu, boleh duduk sambil tengok sungai kat belakang, pokok tinggi kat belakang sungai tu, so beranda memang sentiasa redup je. dining hall pun menarik. sentuhan rekaan dalaman yang eksklusif dengan pemandangan hutan yang sangat amazing! pagi lepak minum kopi kat dining hall, petang lepak minum kopi kat beranda lodge. perghh!!

tapi tu Lembah Tabin la, ni kes throwback la ni. kali ni di Lembah Danum, walaupun cuma satu malam, tapi memang berbaloi sebab dapat la jugak lari dari kesibukan kota dan kilang. hilangkan stress sekejap. Lembah Danum ni biasa je bagi aku. cuma bagi yang betul-betul berminat nak tengok haiwan liar dan tumbuhan hutan, atau nak adventure lebih, boleh la pegi situ. banyak spesis yang biasanya tengok dalam buku kajian tempatan je. Lembah Tabin lebih kepada untuk melancong, Lembah Danum lebih kepada mengkaji, faham? 

aku juga baru tau, rupanya Lembah Tabin tu kos lagi mahal dari segi penginapan dan pakej aktiviti. hahaha. dulu kan kena sponsor, mana la tau. patut la tempat mewah semacam. aku pun layan je la. so poket kena tebal sikit kalau nak pergi lagi ke situ.

masa kat Lembah Danum bulan lepas tu, lepas sampai dan drop beg semua, lepak minum kopi kat kantin sambil tunggu makan malam. lepas makan malam, lepak lagi sampai tengah malam. bangun tidur, terus pegi panjat pokok setinggi 40 meter. ada la tangga dia letak. panjat tangga je pun sebenarnya. hahaha. Alhamdulillah dapat panjat sampai menara peninjau yang paling atas. aku dengan anak buah bos je naik. bos-bos tak naik la. tengok je dari bawah. 

overall, aku rasa memang best. asyik lepak kat pantai je, kat laut je, kadang-kadang kena singgah tempat wildlife. lagi mencabar dan banyak ilmu boleh dapat. suasana pun best je. sejuk dan nyaman. 
Read More
gym motivation


Bina Badan; Motivasi dan Langkah Pertama | entri aku kali ini akan menekankan mengenai apa yang perlu dilakukan bagi mereka yang ingin memulakan langkah pertama mereka untuk mendapatkan badan yang diimpikan, terutamanya kepada yang berbadan kurus. entri aku ni bukanlah bermaksud aku dah berjaya mendapat badan yang sado ala-ala Zularifin atau Aaron Aziz, tapi aku antara yang telah berjaya keluar daripada zon 'terlalu kurus'. 

Ya, aku dulu memang agak kurus. bukan agak je, dah memang kurus pun. beli baju nak kena pilih cutting yang cun supaya tak nampak besar sangat, tapi nak jugak yang lekat2 sikit kat badan, sampai satu masa aku sedar, bukan baju yang aku kena alter, tapi badan aku. Alhamdulillah, berkat bimbingan rakan-rakan dan kesungguhan yang ada, aku berjaya keluar dari zon 'terlalu kurus'.

macam jugak korang, aku jugak pernah menyalahkan genetik aku yang kononnya 'memang dah tak boleh gemuk'. aku pernah tengok satu video tentang bina badan, dia kata;
if you eat a lot but you're still not gaining enough weight, that's mean you should eat more. then, if you spend 24 hours eating but still not gaining enough weight, that's mean you're not eating the right meal
itu mengenai pemakanan, yang akan aku bincangkan dalam entri akan datang. Untuk entri ni, aku nak bincang tentang first step untuk jayakan rancangan korang nak tambah berat badan sambil nak buat badan ni. so keep your shoelace tight, coz we're gonna start running!

1. R.E.A.S.O.N

kenapa? untuk apa? kenapa korang ambil keputusan untuk keluar dari zon selesa dan nak buat badan pulak? setiap apa yang kita lakukan perlu ada sebab yang kukuh, supaya kita akan sentiasa berada di landasan yang betul untuk capai apa yang kita nak.

mesti korang dah start malas nak baca sebab sama je apa aku cakap dengan blog-blog fitness lain kan? sebab memang betul. trust me, step ni sangat sangat sangat sangat penting, sebab step ni yang akan kekalkan korang dalam landasan nanti. ada orang yang nak buat badan sebab nak ngorat awek, ada yang asyik kena ejek, ada yang ingin membuktikan sesuatu kepada seseorang ataupun diri sendiri. whatever it is, you better make sure that you really want it. sebab korang nak keluar dari zon selesa korang ni tak semestinya munasabah, tapi pastikan yang itu adalah apa yang korang betul2 nak. aku dah set target aku, dan aku terus ambil langkah kedua.

2. F.R.I.E.N.D

kenapa kena ada kawan? tak boleh buat sorang2 ke?  kawan di sini bermaksud orang yang ada ilmu dalam bidang fitness ni. kawan-kawan korang yang selama ni orang dok panggil abang sado, orang yang selama ni korang tengok je dari jauh, tapi sekarang korang decide untuk join dia sekali. step ni pun bagi aku penting jugak. kenapa? 

  • susah nak stop - kawan yang efficient akan terus push korang untuk capai matlamat korang. dia takkan bagi korang stop, dan dalam kes aku, kalau dapat rest masa workout tu pun dah syukur alhamdulillah. 
  • teknik yang sebenar - teknik ni penting. kenapa ada orang yang buat badan baru 3 bulan, tapi dah sama progress dengan yang dah buat badan setahun? sebab teknik yang berlainan. korang kena tau teknik yang betul, dan orang yang dah libatkan diri dengan fitness ni memang akan tau serba sedikit mengenai teknik-teknik yang berkesan, sebab mereka dah uji sendiri. so, learn from them.
cuba belajar sebanyak mungkin dari kawan korang tu. set target untuk kalahkan dia pun takpe. itu lagi cun, baru ada competition sikit. lagi la korang semangat. bersaing secara sihat tau.

dan seterusnya core element adalah: 

3. M.O.T.I.V.A.T.I.O.N

haaa... yang ini memang core element. pastikan motivation level korang setiap hari berada di paras yang maksimum. akan sampai satu tahap, reason korang tu akan goyang dan tak cukup kukuh untuk hold korang dalam landasan. rasa nak putus asa masa ni memang akan take over kepala korang. korang akan mula mempersoalkan;

  • untuk apa aku buat semua ni?
  • takde siapa pun paksa aku. ikut sukahati aku la nak stop.
  • buang masa la. takde progress pun. tak payah buat la.

Dan benda-benda ni la yang akan membunuh azam dan semangat korang. trust me, if there's something i learned throughout these year, it's that 
MENTAL GAME IS THE KEY! 
yup. ketakutan dan batasan tu sebenarnya ilusi je. semua dalam kepala kita. memang la kalau hari ni kita start, kita memang tak boleh angkat terus 80kg walaupun dalam kepala kita kata kita boleh. tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap "okay. aku boleh angkat 20kg ni je. tak boleh lebih dah ni". instead, kita patut tanamkan dalam minda, "takpe. 20kg je aku boleh angkat sekarang. aku kena push lagi sampai aku boleh angkat 80kg. boleh lagi ni". 

motivation

orang-orang yang dah berjaya tak pernah letak batas kepada keupayaan mereka. mereka sentiasa merasa yang mereka boleh melakukan lebih lagi. mereka percaya yang mereka boleh buat lebih baik daripada itu.

so, macamana cara untuk stay motivated? 

1. menonton video/ melihat gambar/ membaca tulisan yang berkaitan motivasi,

- setiap pagi sambil minum kopi, aku akan tonton video motivasi yang aku download dari youtube. aku sarankan korang tengok video motivasi yang dibuat oleh 'Mateusz M'. terus berapi dan berkobar-kobar untuk mulakan hari. lekatkan gambar-gambar yang berunsur motivasi di dinding. set wallpaper laptop/smartphone dengan gambar-gambar yang boleh naikkan semangat korang. 

2. cari competitor

- cari kawan-kawan dan individu yang korang rasakan memiliki badan yang korang idamkan dan set target untuk kalahkan beliau. tukarkan cemburu korang menjadi motivasi untuk korang terus konsisten dalam usaha untuk dapatkan badan yang korang idamkan. dan yang terakhir dalam siri motivasi ni adalah;

4. N.E.V.E.R.G.I.V.E.U.P

tak perlu la kot nak ulas panjang lebar untuk part ni. memang akan sampai satu tahap yang korang akan rasa betul-betul nak putus asa. buat badan bagai nak rak, tapi progress haram takde. ini memang normal bagi yang baru start buat. aku pun ambik masa 3 bulan! baru nampak progress. bayangkan la sepanjang 3 bulan tu aku rasa macam bodoh je. buat setengah mati tapi hasil tak nampak pun. 

aku pernah ditertawakan sebab aku tak boleh nak buat pull up kat bar walaupun 1! abang-abang kat gym tu gelak senyap-senyap kat belakang aku. aku balik rasa down nak mampus, siap rasa nak stop pun ada. nasib baik ada dorongan dari kawan aku. Alhamdulillah. thanks Akif Salim. jasamu ku kenang. sekarang, aku dah boleh buat, berkat usaha yang tak kenal erti putus asa.

ada 2 fasa progress, iaitu;

1. yourself

- korang akan mula merasa perubahan kepada diri sendiri, walaupun orang lain tak nampak lagi progress korang. ini berlaku terutamanya masa korang cuba pakai baju lama korang. dah rasa perubahan. kalau dulu baju tu rasa longgar je, sekarang dah rasa ketat2 sikit. haaa...

2. other people

- lama-kelamaan orang di sekeliling korang akan tegur "eh, aku tengok ko dah makin berisi la." masa ni la riak takbur semua keluar. hahaha.

bila dah sampai fasa kedua tu, korang akan rasa sayang nak stop buat badan. korang akan rasa nak buat lagi, atau nak maintain je. maintain tak salah. kalau korang rasa korang tak nak besar lagi, dah puas hati dengan saiz badan masa tu, maintain je la. 

kesimpulannya, mulakan la dari sekarang. bukan esok, sekarang! a hundred foot journey starts with a first step. so take your first step and keep moving forward! 
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama