chicken pox cartoon

PANTANG LARANG DAN PETUA CACAR AIR/CHICKEN POX | Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 2 minggu sebelum ni, aku dijangkiti chicken pox atau dalam bahasa melayu 'cacar air'.. sebelum kita terus membincangkan topik ini, apakah sebenarnya Cacar air ni?
"Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters)."- ciktom
haa...  itulah cacar air atau lebih dikenali dengan Chicken Pox. tapi, adakah campak dan cacar air adalah penyakit yang sama?

TIDAK SAMA SEKALI!!
"Cacar air (dalam English : chicken pox) dan campak (dalam English : measles) mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-duanya berpunca dari dua virus yang berbeza, tetapi memberikan simptom yang hampir sama".- jimie
untuk maklumat selanjutnya, boleh la pergi ke blog jimie k?.. :) tentunya bila kita tak pernah kena cacar air, kita akan gelabah dan tak tahu nak buat apa kan? kita sanggup buat apa saja asalkan cacar air ni cepat sembuh kan?

pengalaman aku hari tu, aku kena demam dulu. dah demam beberapa hari, tetiba muncul la satu gelembung air kat muka. masa tu tak tau pun benda tuh cacar air, so aku pecahkan la. memang merebak satu badan la. aku kena cacar air yang kecik je, tak teruk sangat.

info, kalau ada orang kata kat korang pasal ibu cacar air, itu maksudnya ruam lepuh/gelembung cecair yang pertama sekali timbul kat badan atau muka korang. benda tu takkan hilang sampai la korang meninggal dunia. huhu.. kecuali korang pergi ke New York Skin Solution.. hehe.

ok, kita berpindah ke topik yang lebih penting iaitu pantang larang cacar air/chicken pox ni. dinasihatkan korang ikut la molek2 pantang larang dan petua ni kalau tak nak cacar air korang tu lambat sembuh k?

Pantang Larang dan Petua Cacar Air

1. Air Kelapa

ini adalah petua yang sangat famous di abad ini. tapi air kelapa tu kena la fresh. fresh tak bermaksud korang kena panjat sendiri pokok kelapa tu. beli yang kat tepi jalan tu pun boleh, tapi cakap kat makcik/pakcik yang jual tu, jangan letak air gula. 

air kelapa ni dikatakan mampu mengeluarkan semua virus demam campak daripada badan kita. tapi pastikan korang cuti/takder aktiviti keesokan harinya kerana malam lepas korang minum air kelapa tu, sumpah badan korang akan gatal giler! 

serius gatal giler. tapi korang nak cepat sembuh kan? so kena la tahan.. huhuhu..

2. berjumpa dengan doktor

yang ni penting sangat. sebab aku dah try. sebelum tu aku makan panadol je, tapi demam tu tak kebah gak. kena makan ubat yang doktor bagi MENGIKUT masa yang ditetapkan. jangan skip langsung pun jadual untuk makan ubat tuh k?

3.gunakan losyen calamine

calamine lotion
contoh calamine lotion

bukan losyen kelamin yer.. losyen calamine. losyen ni akan diberi oleh doktor kalau korang pegi jumpa doktor. losyen ni sangat membantu untuk mengurangkan rasa gatal kat badan korang.

losyen ni lebih kurang bedak sejuk. lepas korang sapu je, dia akan kering serta merta. pakai sebelum tidur ataupun bila-bila korang rasa badan korang gatal.

4.elakkan kerap berpeluh.

contohnya badan kita luka, bila kena garam mesti pedih kan? sama jugak macam chicken pox. cacar air ni tak sama dengan demam biasa. bila demam biasa, lebih elok kalau kita berpeluh. kalau cacar air, berpeluh akan membuatkan badan kita merasa lebih gatal. 

5. kerap mandi

berkaitan dengan tips keempat tadi; untuk memastikan badan korang sentiasa sejuk dan tak berpeluh.

6. elakkan terkena air hujan

haa... tolong la jangan kerap keluar kalau terkena cacar air kerana takut terkena air hujan. kalau parut cacar air korang terkena air hujan, parut korang akan menjadi kekal. susah nak hilang la parut tuh. huhu..

7.pantang larang makan

haa.. yang ni paling kena jaga sebab mempengaruhi sangat terhadap cacar air korang.elakkan makan:

a) kicap: parut akan menjadi hitam
b) makanan berminyak: badan akan bertambah gatal
c) telur

so apa benda yang boleh dimakan? hhmmm.. secara spesifiknya, aku pun tak tau. tapi sepanjang kena cacar air tu, aku banyak makan nasi putih+sup sayur dan aku dinasihatkan untuk makan sup ayam. bubur pun boleh tapi jangan campur kicap k?..

8: daun semambu

daun semambu
daun semambu

haa.. yang ni mak guard bagi tips kat aku. jadikan sebagai alas tidur untuk mengurangkan gatal. boleh juga digunakan untuk mandi. ramas daun ini dalam sebaldi air dan mandi seperti biasa k?.. tapi aku tak amalkan sebab aku tak tau mana aku nak cari daun semambu. huhu..

9. jangan menggaru

elakkan kerap menggaru kerana aku menjadikan ruam lepuh/gelembung cecair tu bertambah banyak dan akan meninggalkan kesan parut yang susah nak hilang.

tempoh masa untuk sembuh

tak tentu sebenarnya. tapi sekurang-kurangnya akan ambil masa seminggu untuk korang sembuh daripada demam cacar air dan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk parut korang hilang. jangan risau k? sekurang-kurangnya ambil masa kurang daripada sebulan la untuk sembuh.. :)

langkah pencegahan

a) dapatkan suntikan pelalian daripada doktor di klinik mahupun hospital tapi rugi la sebab korang takder pengalaman dijangkiti penyakit ini. experience is the best teacher. :)

b) elakkan berada berdekatan dengan orang yang dijangkiti cacar air/chicken pox kerana jangkitan cacar air berlaku melalui:

-udara: bila penghidap cacar air bersin atau batuk
-sentuhan: menyentuh cecair yang keluar daripada lepuh/gelembung cecair atau bersentuhan dengan penghidap cacar air
Read More
dalam entri sebelum ni, aku dah ceritakan perjalanan aku sehingga tiba ke Melaka kan? hehe.. sekarang aku nak cerita pulak aktivit sepanjang berada di kota Melaka bandar bersejarah ni. sebenarnya aktiviti semua berlangsung dalam A Famosa Resort tu je. bukan ada jalan2 ke luar Resort pun. nasib baik la aku dah pernah pegi bandar Melaka dulu.. tak la kempunan sangat. huhuhu..

hari kedua di Melaka, kitorang pergi ke A Famosa Water World. seronok ke?.. seronok siot! huahaha.. memang seronok la.. macam2 benda aku try kat situ contohnya hi-speed, body slide, dan macam2 lagi! banyak benda yang takder kat Bukit Merah Waterpark aku try.. tapi ada gak yang ada kat Bukit Merah, takder kat situ. huhu..

A Famosa water world
kat pintu masuk.. :)
A Famosa water world
para jejaka yang join lawatan ni.. 
A Famosa water world
ni la permandangan di A Famosa Water World
memang best la kat situ. aku cadangkan yang mencari tempat percutian bersama keluarga, you should consider this place as an option.. :) oh ya, baju aku hilang kat situ.. huhu.. so peringatan kepada semua, sila jaga molek2 barang-barang anda. nasib baik la baju, kalau kamera yang hilang? handphone? haa.. payah dibuatnya.

anyway, selepas puas bermandi-manda, kitorang pegi ke Safari lak.. alah.. bunyi je macam jauh.. sebelah je pun.. :)

safari A Famosa Resort
blonde pony... sexy.. kah3... 
unta padang tak berapa nak pasir.. =.="
racoon! yang ni comel giler!! geram!! ggrrr...
ni takder keje namanya.. hahaha..
member gua, Pailang kat bird show
elephant show..
@Cowboy town
aku jadi volunteer untuk magic show.. huhu..
tu je la kot. tak payah taip panjang2.. huhu.. yang penting, memang best la. terasa nak jadi Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal lagi lak.. huhu... best2.. :)
Read More
A Famosa Resort
A Famosa Resort

Assalmualaikum. penat2 aku pun, aku try update blog aku ni supaya kurang berhabuk sikit. huhu.. macam yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni, aku akan pergi ke Melaka kan? hehe.. 25/01/2013, aku dah bertolak pergi Melaka. UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) bawak 3 bas. bas yang aku naik ada lebih kurang 15 orang la.. bertolak pukul 9, dan bas aku sampai pukul 9. bas paling awal sampai kat Melaka pukul 7.30pm.. 

kitorang banyak singgah makan kat R&R la kot, sebab tu sampai lambat sikit. hehe.. aku kat bas tido je, lepas tu dengar lagu kat laptop, aku makan kat R&R Gurun je, pastuh tak makan da. nak pasang movie kat bas, tapi bas tak boleh tayang movie guna thumbdrive. kena guna CD gak.. mana la pulak nak cari CD masa tuh.. huhuhu..

anyway, kitorang stay kat A Famosa Resort, Alor Gajah. sampai tadi, terus je makan sebab aku tak makan petang dan aku dah lapar tahap cipan. nasib baik gak aku tak makan petang sebab makan malam disediakan. elaun pun kitorang dapat gak, sorang RM45. orait la tuh, tempat tinggal free, bas free, kena bagi makan, kena bagi elaun lak tuh. mantap2.. hehe..

A Famosa Resort ni agak mantap la. memang 5 star la kot. agak mewah la. kitorang stay kat apartment, 1 apartment 8 orang. apartment aku tingkat 16 wo.. tower 1. huhu.. member aku ada dapat tingkat 21.. huahaha.. tinggi giler baie.. lepas makan dan taklimat tadi, kitorang pegi jalan2 kejap. luas giler kot tempat ni. 

tujuan aku jalan2 di sekeliling resort ni satu je; nak cari swimming pool. jumpa! hohoho.. esok pukul 7 pagi kitorang ramai2 nak mandi kat swimming pool tuh. huhu.. oh ya cakap pasal mandi, aku baru tau kitorang ada program nak pegi taman tema air. aku dah la tak bawak short. harap2 ada la jual kat sana.

ni bukan cermin mata aku.. hehe..

dan cakap pasal benda aku tak bawak, aku lupa bawak cermin mata aku dan cecair contact lens aku! arghh.. stress giler. apesal la aku lupa 2 benda penting tuh. geram siot. aku ingat aku dah pastikan aku bawak semua barang yang perlu, last2 ada gak tertinggal. 

dan aku stress gak tadi sebab nak ambik gambar tapi kamera aku habis bateri la pulak! huarrgghhh!!! dalam bas tadi fon aku habis bateri pulak.. semua la nak habis bateri. lepas ni aku nak clear memory kamera aku, karang esok tak dapat nak ambik gambar bebanyak. huhuhu... dengar kata program esok nak pegi taman tema air dan safari. harap2 fun la.. nasib baik ada je member aku yang join lawatan ni. tak la sunyi sangat. 

so, sori la, no picture for today. esok aku nak ambik gambar puas2.. huhuhu... 
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama