Perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah

2 comments
A Famosa Resort
A Famosa Resort

Assalmualaikum. penat2 aku pun, aku try update blog aku ni supaya kurang berhabuk sikit. huhu.. macam yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni, aku akan pergi ke Melaka kan? hehe.. 25/01/2013, aku dah bertolak pergi Melaka. UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) bawak 3 bas. bas yang aku naik ada lebih kurang 15 orang la.. bertolak pukul 9, dan bas aku sampai pukul 9. bas paling awal sampai kat Melaka pukul 7.30pm.. 

kitorang banyak singgah makan kat R&R la kot, sebab tu sampai lambat sikit. hehe.. aku kat bas tido je, lepas tu dengar lagu kat laptop, aku makan kat R&R Gurun je, pastuh tak makan da. nak pasang movie kat bas, tapi bas tak boleh tayang movie guna thumbdrive. kena guna CD gak.. mana la pulak nak cari CD masa tuh.. huhuhu..

anyway, kitorang stay kat A Famosa Resort, Alor Gajah. sampai tadi, terus je makan sebab aku tak makan petang dan aku dah lapar tahap cipan. nasib baik gak aku tak makan petang sebab makan malam disediakan. elaun pun kitorang dapat gak, sorang RM45. orait la tuh, tempat tinggal free, bas free, kena bagi makan, kena bagi elaun lak tuh. mantap2.. hehe..

A Famosa Resort ni agak mantap la. memang 5 star la kot. agak mewah la. kitorang stay kat apartment, 1 apartment 8 orang. apartment aku tingkat 16 wo.. tower 1. huhu.. member aku ada dapat tingkat 21.. huahaha.. tinggi giler baie.. lepas makan dan taklimat tadi, kitorang pegi jalan2 kejap. luas giler kot tempat ni. 

tujuan aku jalan2 di sekeliling resort ni satu je; nak cari swimming pool. jumpa! hohoho.. esok pukul 7 pagi kitorang ramai2 nak mandi kat swimming pool tuh. huhu.. oh ya cakap pasal mandi, aku baru tau kitorang ada program nak pegi taman tema air. aku dah la tak bawak short. harap2 ada la jual kat sana.

ni bukan cermin mata aku.. hehe..

dan cakap pasal benda aku tak bawak, aku lupa bawak cermin mata aku dan cecair contact lens aku! arghh.. stress giler. apesal la aku lupa 2 benda penting tuh. geram siot. aku ingat aku dah pastikan aku bawak semua barang yang perlu, last2 ada gak tertinggal. 

dan aku stress gak tadi sebab nak ambik gambar tapi kamera aku habis bateri la pulak! huarrgghhh!!! dalam bas tadi fon aku habis bateri pulak.. semua la nak habis bateri. lepas ni aku nak clear memory kamera aku, karang esok tak dapat nak ambik gambar bebanyak. huhuhu... dengar kata program esok nak pegi taman tema air dan safari. harap2 fun la.. nasib baik ada je member aku yang join lawatan ni. tak la sunyi sangat. 

so, sori la, no picture for today. esok aku nak ambik gambar puas2.. huhuhu... 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan

  1. tetiba rindu pulak nk p Melaka.. last p pon time 2010 dulu.. huhu

    BalasPadam
  2. enjoy the trip...... best sangat kalau pi ramai2.....

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)