dalam arus pemodenan dunia sekarang dan tumpuan yang semakin tinggi pada penggunaan gadget, Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan tablet 1Malaysia pad. tablet keluaran Maltechpro Sdn Bhd ni akan mula dijual bermula bulan hadapan dengan harga RM999 bagi 999 unit pertama.
Read More
pernah tak korang jumpa perkataan 'block all www.lamanweb.com results' kat google search macam ni?;


benda ni sebenarnya dah dilancarkan sejak 11 March 2011. tapi mungkin ramai lagi yang belum tahu akan perkara ini, so tak salah untuk aku ulas lebih lanjut mengenai perkara ini.
Read More

rentas budaya uum-upsi-unimap 2012
kostum kami untuk tarian andung-andung

hari ahad yang lepas (20 Mei 2012) telah diadakan program rentas budaya antara 3 buah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bertempat di UUM. 

dalam program rentas budaya ni, 3 buah universiti ni membawa pelajar mereka untuk mempersembahkan pelbagai jenis persembahan seperti nyanyian, band, tarian, akustik dan lain-lain. program ni lebih kurang pertukaran budaya jugak la... UniMAP bawak 8 orang pelajar untuk persembahan tarian dan seorang untuk nyanyian.
Read More
pada 11 May 2012 yang lepas (lama dah, baru nak tulis dalam blog... hehe~..) telah diadakan Anugerah Gemilang Siswa (AGS) Universiti Malaysia Perlis 2011 yang diadakan di dewan kapitol, kangar. tujuan AGS ni adalah untuk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah memberikan sumbangan dan khidmat cemerlang dalam bidang sukanserta kebudayaan (nasyid, boria, tarian, nyanyian dan lain-lain).

apa kena mengena aku dengan anugerah ni? aku terima anugerah ke? hahaha... tak la.. aku terlibat untuk membuat persembahan tarian pembukaan untuk malam AGS ni. malam tersebut memang meriah dengan persembahan Ainan Tasneem, persembahan band, cabutan bertuah, tarian moden oleh pelajar cina, tarian pembukaan serta tarian india oleh pelajar india. 

tahniah kepada pelajar yang telah menerima anugerah dalam malam AGS ni... harap-harap pada masa akan datang, datang la pulak giliran aku... :p.. amin~... :)

anugerah gemilang siswa unimap
persembahan pembukaan
aku yang berangan-angan nak menang award.. :p
bersama coach tarian

Read More
google penguin
APA ITU GOOGLE PENGUIN | google penguin? apa tu? google penguin ni adalah satu lagi algoritma enjin carian terkenal yakni google, dilancarkan bermula 24 April 2012. bagi blogger yang jujur dalam penulisan blog dan tidak menggunakan sebarang trick untuk naik dalam SEO, korang patut mula risau sebab google penguin kini mula bertindak!

sebelum ni, google sudah pun mempunyai algoritma untuk enjin carian mereka, yang mereka beri nama google panda. tapi tak lama selepas google panda dilancarkan, mereka mula melancarkan google penguin. nampaknya google sudah semakin tegas dalam menjaga reputasi mereka
APA ITU GOOGLE PENGUIN?
google penguin adalah algoritma yang dihasilkan oleh syarikat google untuk memberkas serta menjatuhkan laman-laman web yang menggunakan 'jalan singkat' untuk meningkatkan SEO blog mereka melalui keyword stuffing dan link schemes. mereka telah menggunakan cara yang tak bermoral untuk menaikkan pagerank mereka, dan mereka tak layak mendapat pagerank yang tinggi sedangkan isi blog mereka lebih kepada link spam.

contoh keyword stuffing 
contoh link spam
KEBAIKAN GOOGLE PENGUIN
dengan adanya google penguin ni, pengguna google search seperti kita tak akan sesat lagi ke mana-mana blog yang takder kaitan langsung dengan apa yang kita cari. kita taip benda lain, tapi lain yang kita jumpa. kadang-kadang laman web yang kita jumpa tu takder kaitan pun dengan apa yang kita cari. cari pasal resepi masak-masak, dapat cara nak tukar lampin bayi. erk?

so, lepas google penguin ni keluar daripada sangkarnya, diharapkan hasil pencarian google akan lebih berkualiti. hehe...
TERKENA GIGITAN GOOGLE PENGUIN?
korang rasa blog korang bersih daripada sebarang penipuan dan link spam? rileks... google ada menyediakan borang feedback untuk korang memberi maklumbalas sekiranya korang rasa blog korang tak sepatutnya terkena gigitan google penguin. korang boleh dapatkan borang tu kat sini;

sekiranya korang terjumpa blog yang menggunakan taktik-taktik kotor yang aku terangkan tadi, tapi tak terkena efek google penguin, korang boleh buat laporan kat;
CARA MENGELAKKAN TERKENA GIGITAN GOOGLE PENGUIN
1. elakkan teks dan link tersembunyi,
2. elakkan menggunakan redirect tersembunyi
3. jangan hasilkan entri/blog dengan kata kunci yang tidak releven
4. jangan hasilkan entri/blog, domain dan sub-domain dengan isi yang sama/duplicate

ada banyak lagi cara. satu cara yang pasti adalah, berblog dengan jujur... :)
kesimpulan
sebenarnya banyak lagi kelemahan dalam google penguin ni. hasil kerja sang penguin tidaklah begitu tepat. masih banyak blog yang menggunakan keyword stuffing dan link spam masih bebas bermaharajalela di rank yang tinggi dalam google search. tetapi diharapkan pada masa akan datang, pencarian google akan lebih berkualiti.

blog aku ni pun sebenarnya dah terkena gigitan google penguin ni. ada beberapa entri aku yang sebelum ni muncul kat page 1 dalam enjin carian google, tiba-tiba jatuh. kalau setakat jatuh ke page 2 atau 3, boleh terima la... ni dah jatuh ke page 5-6... huhu~.. mungkin sebab sebelum ni aku guna widget busuk.org.. sebab tu la kot. huhu~...

sumber carian: sumber 1, sumber 2, sumber 3

Read More


Pertandingan aerobikthon 2012 merupakan kesinambungan acara/aktiviti kecergasan yang dianjurkan oleh bahagian pembangunan sukan, jabatan belia dan sukan negara sempena sambutan hari belia negara. sehingga kini, pelbagai program dan aktiviti kecergasan telah dijalankan untuk meningkatkan pendedahan dan pengetahuan dalam bidang kecergasan dan kesihatan.

justeru itu, usaha-usaha memastikan semua golongan terutamanya golongan belia dididik ke arah pembangunan khasnya melalui aktiviti senamrobik perlu disebarkan ke seluruh negara tanpa mengira lokasi dan penduduknya.  program ini berkonsepkan 'Fun & Fit' yang memberi peluang penyertaan secara menyeluruh serta membentuk masyarakat yang cergas, sihat dan bersatu serta pada masa yang sama boleh bergembira.

program ini akan dilaksanakan pada 27 Mei 2012 melibatkan 4 komponen aktiviti iaitu senam cergas, hi lo, hip hop dan latin dan dibahagikan kepada 2 kategori penyertaan iaitu terbuka dan remaja. acara ini akan dijalankan selama 3 jam tanpa henti dan diketuai oleh instruktur kecergasan senamrobik yang dilantik oleh penganjur. bagi kategori terbuka, masa pertandingan adalah 2 jam dan kategori remaja (12-17 tahun) selama 1 jam. setiap kumpulan penyertaan terdiri daripada 5-6 orang peserta dan dibahagikan mengikut petak-petak yang disediakan.

jom sama-sama memeriahkan hari belia negara tahun ni!! :)

Read More
I don't know why, but it seems like Mia Sara Nasuha is quite famous nowadays. I wrote an entry about ‘sekali lagi’, a movie played by Shaheizy Sam, Lisa Surihani and Mia Sara Nasuha before. Lisa Surihani and Mia Sara Nasuha has brought many visitor to my blog although I only mention their name once or twice! So, I decided to share with you some of the pictures of Mia Sara Nasuha. I love these pictures! She is adorable... 

mia sara nasuha

mia sara nasuha

mia sara nasuha

mia sara nasuha

mia sara nasuha

mia sara nasuha

note that i am not the owner of these picture. i did not own the copyright. i just share them because these picture of mia sara nasuha is so cute! hehe... 

Read More


In my entire life, I had watched many movies in various type of genre which is horror, action and many more. The one that I prefer the most is ‘real steal’.  This movie is about a man, Charlie Kenton (Hugh Jackman) who is an ex-boxer, fighting for his dream to be a champion in the robot fight when he finally met his son, Max Kenton (Dakota Goyo). They fight together in order to achieve their dream with the robot that they had found, which they called Atom. There are several moral values that that we could learn from this movie.

Firstly, we must not give up in everything we do, although there will be many obstacles as well as failure. We must do anything we can and try harder to achieve our goal. In this movie, Charlie had faced many obstacles in his robot fight. He had lost in the fight for several times and he even lost the fight between his robot and a bull but he is never giving up. He wanted to try again and push harder to achieve his dream.

Secondly, we must be prepared for anything that we do. When we are working on something, we must be fully prepared, focus and the things must be planned well. In this movie, the reason that Charlie always fail in his fight is he was not well prepared in his fight. In his first robot fight with the bull, he is not ready and focussing in the fight. He is distracted by the audience, thinking that he already won.  Finally, he lost. Same goes to his fight at the underground. He did not know what skills that his robot can do, he did not know his robot well. Still he wanted to put his robot in a fight. That is why he is losing a lot of fight.

Thirdly, the love between a father and a son will never be broken. Although there are fights between father and son, but they will always love each other. At first, Charlie did not want to take care of Max, his son. He rather ‘sells’ max to his uncle because his auntie want to adopt him. But finally, he started to love max and willing to go to see Debra, Max’s auntie to ask her permission to bring Max to the robot competition. Charlie already missed Max when his auntie took him home.

In a nutshell, there are three moral values that we can learn from this movie which is never give up, be prepared for anything we do and learn about the love of a father and son.

p/s : my english assignment... hehe...
Read More
konsert seni diraja negeri perlis 2012

semalam, 7 mei 2012, telah berlangsung konsert seni diraja negeri Perlis 2012 sempena menyambut  hari keputeraan raja perlis ke-69. konsert ni dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri perlis.. konsert tu bermula lebih kurang pukul 9.00 p.m dan tamat pada pukul 11.30 p.m.

aku terlibat dalam persembahan tarian malam tadi. meriah? agak meriah la kot. tapi aku dengar tak semeriah sambutan 2011 la.. artis jemputan semalam adalah M. Nasir. tak silap aku, beliau bawak 4/5 lagu la termasuk lagu raikan cinta dan lain-lain. lepas show tu, aku ngan kawan-kawan aku lari la nak kejar M. Nasir, nak ambik gambar la katakan... tapi apakan daya, tak sempat... huhu.. laju giler M. Nasir balik...

masa penutupan konsert, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Hajah Fauziah Bt Al-Marhum Tengku Abdul Rashid diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalulaill selaku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Bt Dato Akashah Khalell serta Menteri Besar Perlis, Dato Seri Mat Isa Sabu dan Naib Canselor UniMAP,  Brigader Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin bersalam-salaman dengan peserta konsert yang terdiri daripada penyanyi, penari, pemain alat muzik orkestra dan staff-staff yang lain. perghh... tak sangka dapat salam raja Perlis dan raja muda perlis... huhu...

harapan aku, konsert seni diraja 2013 akan menjadi lebih meriah dan superb!! :)

Tuanku Raja serta Tuanku Raja Perempuan Perlis
semasa rehearsal... 

Read More
hahaha... baru-baru ni aku dengan 17 lagi kawan-kawan aku pegi tengok wayang... tengok filem apa? tentu la the avengers!! 


best ke?.. hhmmm... memang best+superb!! aku memang suka cerita berunsur fiksyen atau sama mengarut dengannya. aksi diorang memang mantap. aku suka part Thor berlawan dengan Tony Stark a.k.a Iron man. hahaha..  memang sama-sama handal.. part team the avengers lawan dengan kapal besar makhluk asing tu pun mantap. 

lawak dia pun memang tahap tak kering gusi la. watak tony stark memang lucu. dia kerja nak bahan orang je... hahaha.. lawak sarcastic beliau memang menjadi la. dah dekat penghujung cerita pun, hulk dah jadi agak lawak.. kahkahkah...

tapi plot cerita ni memang agak mudah untuk diramal.. part Loki kena tangkap; takkan senang je nak tangkap Loki? mesti beliau ada agenda kan? 

dan bila aku hayati betul-betul, aku dapati plot cerita ni hampir sama dengan Transformer; Dark of the moon. aku sorang je ke perasan?? kenapa aku kata sama?

1. ada satu alat yang memancar ke langit dari atas sebuah bangunan, alat tersebut ibarat portal yang menghubungkan bumi dengan planet lain. makhluk asing/robot masuk ke bumi melalui portal tu. 

2. ada kapal besar yang menyerupai binatang besar. kapal tersebut menjadi pengangkutan kepada makhluk asing/ robot. 

tu je la... ending cerita tu je agak sama... huhuhu...
kekurangan filem ni?
3D. aku menyesal giler sebab nonton filem ni dalam 3D. filem ni 3D dia tak cantik sangat, malah, membuatkan penonton pening. 3D filem ni tak menonjol sangat la.. tak semantap 3D captain amerika mahupun tron legacy. huhu... 

jalan cerita dia bagi aku sekejap sangat, dia banyak tumpukan dengan macamana ahli group tu bersatu kot.. entah la...

musuh tersangat lemah... aku bayangkan masa awal filem tu, makhluk asing tu kebal, tak kan mati... tapi rupanya lemah je pun. senang je nak kalahkan. even black widow yang takder kekuatan super pun boleh kalahkan diorang. lebih2 lagi villain utama iaitu loki, senang2 je dikalahkan oleh hulk. bukan susah sangat pun nak kalahkan beliau.. huhu~..
kesimpulan
berbaloi untuk ditonton... memang berbaloi gak la aku tunggu filem ni dari tahun lepas. huhu.. yang belum tengok tu, meh la kita mengimarahkan panggung wayang berdekatan. kah3..

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama