hahaha... kepada rakan-rakan blogger lama aku, ingat tak lagi entri ni? hahaha... entri tu aku post semasa aku baru je jejakkan kaki kat Perlis ni.. hehehe... demam? aku sakit ke? tak la...
demam angry bird space pulok dah!!
kali ni angry baru dah dihasilkan, iaitu angry bird space. komen aku? superb.. game kali ni lebih mencabar sebab lebih banyak bermain dengan graviti dan ditambah lagi dengan penambahan karakter dengan fungsi yang berlainan.. hehe..

peranan : yang ni setahu aku, dia just kuat je... boleh runtuhkan blok-blog batu yang dirempuhnya. super strong. mengeluarkan bunyi serupa raksasa hutan... hahaha.. bunyi burung ni agak menakutkan...

peranan : meletupkan halangan yang dirempuhnya seperti bom. sama dengan burung hitam dalam siri angry bird yang lain.

peranan : menukarkan setiap halangan yang dirempuhnya (kayu, batu mahupun musuh) menjadi ais agar mudah dipecahkan oleh;

peranan : berkuasa memecahkan ais. mampu berpecah menjadi 3 burung kecil.

peranan : lebih kurang sama dengan burung hijau kat atas tu; merempuh halangan. tapi dia tak sekuat burung hijau tu.

peranan : sangat-sangat berguna dalam game ni sebab burung ni mampu melawan graviti sebelum dia melanggar sebarang halangan. korang boleh gerakkan burung ni ke mana saja korang nak. just perlu klik sasaran korang. 

hahaha.. overall, memang sangat mencabar dan best. aku habiskan game ni dalam sehari je... hehe..  kawan aku download free, tapi biasa la... dengan crack sekali.. tak tau la dia cilok kat mana.. huhu..

burung ungu sedang menjalankan tugas.. keh3..
bermain dengan graviti
p/s: mabuk main angry bird seharian... hahahaha...
Read More

ok2.. semua dah dok kalut dengan BERSIH 3.0 ni kan? gambar semua dah terpampang kat laman-laman web dan mana-mana laman sosial lain. kita sokong atau tidak, biar la kita sorang je yang tau. aku tengok ramai yang pergi perhimpunan bersih 3.0 tu.. tapi ingat para pelajar universiti, tolong la jangan join walau betapa kukuhnya pendapat anda mengenai bersih 3.0 ni. kita masih berada di bawah AUKU. jangan rosakkan masa depan kita. kalau nak join pun, tunggu lepas graduate.. 

ok, kat sini aku tak kritik dan aku tak sokong. bukan aku tak nak ambil tahu, tapi biar la aku sorang yang tau pendirian aku. disamping kita mengkritik mahupun menyokong, apa kata kita ambil tahu sikit maklumat tentang mengapa bersih 3.0 ni diadakan? 

bersih 3.0 diadakan kerana mereka berpendapat bahawa matlamat bersih 2.0 tidak tercapai. perhimpunan bersih diadakan untuk menuntut 8 tuntutan iaitu:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

sumber
kesimpulan
itu la 8 tuntutan bersih 2.0, dan tuntutan itu mereka terus perjuangkan dalam bersih 3.0. ingat! tak berminat tak bermaksud kita tak perlu ambil tahu. at least kita tahu 8 tuntutan mereka. adakah mereka dapat capai 8 tuntutan mereka tu? kita tunggu dan lihat... :)

p/s : aku rasa dalam ramai-ramai orang yang berhimpun tu, mesti ramai yang nak ambik gambar je, then post kat blog. kah3..
Read More

dah lama tak join segmen... rindu lak nak bersegmen ni.. hehe... segmen by blogger dazzilurzzi... jom join!! klik gambar kat atas tu kalau nak join segmen ni k? segmen tamat pada 25/4/2012... cepat!! :)

Read More
google homepage today

Gideon Sundback? siapa Gideon Sundback? kalau kita tengok homepage google hari ni, kita akan nampak satu zip gergasi kat situ... haa.. apa kaitan Gideon Sundback dengan zip gergasi di homepage google tu?

hari ni google telah meraikan hari ulangtahun kelahiran Gideon Sundback yang ke 132 tahun. beliau dilahirkan pada 24 April 1880 di Ödestugu Parish, Jönköping County, Småland, Sweden dan meninggal dunia pada 21 jun 1954, iaitu ketika beliau berumur 74 tahun, di Meadville, Pennsylvania, United States. beliau adalah anak kepada Jonas Otto Magnusson Sundbäck dan Kristina Karolina Klasdotter

sekali lagi, siapa sebenarnya Gideon Sundback ni? beliau adalah manusia pertama yang mencipta zip di dunia ni. haa.. zip seluar korang, jaket korang, beg kesayangan korang, beliau la yang cipta. 

"Beliau meningkatkan jumlah elemen pengancing dari empat per inci sampai sepuluh atau sebelas. Penemuannya memiliki dua baris gigi berhadapan yang ditarik ke dalam satu bahagian dengan gelangsar, dan meningkatkan pembuka untuk gigi yang dipandu oleh gelangsar. Pada tahun 1914 Sundback mengembangkan sebuah versi baru dengan kode nama “No Hookless 2“, yang merupakan logam ritsleting modern seperti yang kita kenal sekarang ini. Atas penemuannya ini, beliau dihadiahkan paten Amerika Serikat no. 1219881 untuk “Fastener Separable” dikeluarkan pada tahun 1917."- ygmenarik.info

itulah sedikit kisah disebalik kejayaan beliau... jangan anggap remeh walaupun zip tu kecik je.. ingat senang ke nak buat? huhu.. susah woo... sekarang, apa kata korang cari pulak saper pencipta straw yang korang dok pakai untuk minum tu... saper?.. hehe.. korang cari la.. aku pun tak tau... :3

gideon Sundback
rekaan zip beliau

Read More
show? artis la sangat kan.. hahaha.. lebih kurang 2 minggu yang lepas, semua artis budaya UniMAP dan beberapa orang pelajar termasuk aku dihantar ke putrajaya untuk buat persembahan tarian sempena Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA). 

artis budaya bawak banyak tarian gak la, tapi student cuma terlibat dengan 2 tarian; canggung dan mimpi laila.. mimpi laila ni shehab yang nyanyi, international student dari yaman... dia nyanyi, kitorang jadi backup dancer la... hehe... yang canggung tu pulak, kitorang gabung dengan pelajar dan artis budaya UKM.. seronok belajar canggung ngan diorang... lucu je... kah3...

tengah latihan... mana aku?? hahaha...
kitorang tinggal kat Presint 11.. huhu.. show pulak kat dewan persidangan depan istana kehakiman. kitorang student naik van dari Perlis ke Putrajaya woo... mau tak lenguh kaki.. huhuhu~... oh ya, ingat tak gambar aku yang ni;


gambar tu muncul kat entri ni... bangga sangat la kan dengan line kat rambut tu... hehehe... sebelum pegi putrajaya, line kat rambut tu dah hilang... aku buat la balik.. bila dah sampai UKM, terkejut giler la aku... apesal??

diorang buat line rambut design bendera Malaysia!!

perghhh... giler kentang la mereka buat bendera Malaysia kat rambut... aku pun segan la dengan line aku yang ciput tu.. rasa nak pakai songkok je masa tu... kah3... stail gak kot buat bendera Malaysia tu... hehehe...

kitorang balik ke Perlis agak rush.. kitorang balik malam lepas show tu.. aku rasa tu first time balik cepat... biasanya kena tunggu esok pagi lepas show baru la kitorang balik.. hhmmm... pelik2... tak kisah la.. yang penting show dah habis... penat kot.. huhu...

p/s : check out my new blog... :3 
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama