doodle google hari ni sempena ulangtahun kelahiran Akira Yoshizawa yang ke-101. doodle tersebut adalah hasil karya Robert Lang, pembuat origami terkenal.

Akira Yoshizawa
so, siapa Akira Yoshizawa ni? Akira Yoshizawa (14 march 1911- 14 march 2005) diibaratkan seperti seorang grandmaster dalam bidang origami dan dah mencipta 50,000 model origami dan dah hasilkan 18 buku origami.

pada 1983, beliau dianugerahkan gelaran Order of the Rising Sun oleh maharaja Jepun iaitu Hirohito. gelaran tersebut adalah gelaran tertinggi yang boleh dianugerahkan untuk rakyat Jepun.

mari kita lihat sedikit karya menakjubkan daripada Akira Yoshizawa..





Read More
sekarang baru ada masa nak update pasal benda ni.. dah seminggu berlalu sejak program tu habis. program apa ni?

pada 2-4 mac 2012, Persatuan Mahasiswa/i Anak Sabah Sarawak atau PMASS Universiti Teknikal Melaka (UTeM) telah menganjurkan program khidmat bakti di rumah anak yatim Hembusan Kasih bertempat di Arau, Perlis. diorang ajak kitorang sekali A.K.A student UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) untuk turut serta dalam program ni.

pelajar UniMAP yang join termasuklah 20+ pelajar program kejuruteraan alam sekitar dan 7 pelajar Sabah Sarawak UniMAP termasuk aku. hari pertama (malam), kitorang ada dinner kat Kuala Perlis. tujuan dinner tu nak bagi kitorang beramah mesra la ngan student UTeM tu sebelum program kat rumah anak yatim pada keesokan harinya.

aku risau gak. takut-takut tak dapat nak sesuaikan diri dengan student-student UTeM tu. tapi alangkah bestnya bila aku dapat tau ramai kawan-kawan aku dari kolej Matrikulasi Labuan dulu yang join program tu. laa.. diorang masuk UTeM rupanya.. huhu~..

then hari kedua kitorang pegi jalan-jalan kat wang kelian.. aku dah masuk sempadan Thailand dah!! akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di Thailand... huhu~.. lepas tu gua kelam, then makan kat anjung keli.. Sedap woo.. ingat, kalau korang pegi Perlis, cari la Anjung Keli. Keli kat situ memang terbaik! then bertolak ke rumah anak yatim.

kat rumah anak yatim tu, kitorang gotong-royong tolong bersihkan rumah tu, then kitorang buat sukaneka. best giler sukaneka dengan budak-budak tu.. hahaha.. huru-hara dibuatnya.. then kitorang bagi sumbangan beras dan lain-lain.

kitorang gak ada buat contest mewarna untuk budak-budak tu. budak-budak yang menang dapat la hamper. yeayy.. bila aku duduk di suatu sudut dan memerhatikan gelagat budak-budak yang penuh dengan senyuman dan gelak tawa, aku kagum. bagaimana mereka mampu menghadapi hari-hari mereka tanpa ibu bapa mereka.

semangat diorang sangat kuat.. mesti diorang sedih bila tengok budak-budak lain yang ada mak bapak. hhmmm... sebak siot masa tu.. terima kasih kepada penganjur program tu sebab kini, aku lebih menghargai ibu bapa aku lebih daripada sebelum ni. aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka..

ok sambung cerita. then keesokan harinya, diorang ajak kitorang pegi Padang Besar, tapi kelas aku full la.. aku tak nak skip kelas dah sem ni.. kalau terpaksa skip pun, aku nak kurangkan.. sebab? atas faktor ni.. huhu~..

dan petang tu gak diorang bertolak pulang.. hhmm.. harap-harap dapat jumpa lagi lepas ni.. rindu nak lepak ngan diorang.. huhu~..

budak laki baju kuning tu student UTeM, Izzi
antara student UTeM yang join
kat Wang Kelian
hahaha.. nak gak letak gambar aku tuh.. huhu~.. tu je, bye.. :p
Read More

korang tau kan filem animasi Seefood yang tengah ditayangkan di pawagam sekarang? dah pegi nonton tak?.. hehe.. aku pegi nonton kat alor setar baru-baru ni. Seefood ni adalah filem animasi yang dihasilkan oleh negara Malaysia sendiri dan kini telah ditayangkan di 90+ negara lain di seluruh dunia.

bagi aku, animasi ni adalah permulaan yang bagus dalam industri ni. grafik stail, walaupun tak setanding dengan negara-negara eropah, namun aku nampak peningkatan dalam industri animasi Malaysia. aku yakin 3-4 tahun lagi, Malaysia boleh hasilkan animasi yang lebih superb!

pendapat aku? hhmmm.... menghampakan gak la.. cerita dia agak slow, dan bagi aku sangat teratur menyebabkan dia ambil masa yang lama untuk sampai klimaks. dialog pun agak boring dan background song pun agak hambar..

kalau ada 10 markah, aku bagi 4 kot.. tu just pendapat aku. tapi biasa la.. benda baru.. aku yakin semua ni boleh improve.. go Malaysia Go!!


Read More

bahasa inggeris dah menjadi sangat penting zaman sekarang ni. bahasa inggeris selalu digunakan dalam pembelajaran di sekolah, universiti, kolej, tempat kerja dan lain-lain. so, macamana kita nak memperbaiki kemahiran kita untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris?

1. gunakan bahasa inggeris dalam perbualan harian

setiap hari kita berbual dengan kawan-kawan, keluarga, bos dan pensyarah/cikgu. cuba libatkan diri dengan komuniti yang berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris, atau ajak kawan-kawan kita untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. rapatkan diri dengan cikgu bahasa inggeris/ pensyarah dan ajak mereka berbual. macam aku, aku mula biasakan diri untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan cina dan india aku. diorang selalu berkomunikasi dalam bahasa inggeris. aku juga dapatkan kawan dalam kalangan pelajar foreigner. dah tentu mereka berkomunikasi dengan aku dalam bahasa inggeris. 

2. tonton filem atau siri TV dalam bahasa inggeris

bagi kanak-kanak yang baru nak belajar bahasa inggeris, bimbingan ibu bapa diperlukan dalam cara ni. yer la, filem inggeris sekarang ni banyak unsur yang tak bagus. cara ni bagus jugak sebab dia membantu mengajar kita untuk menyebut perkataan-perkataan inggeris dengan betul serta memberikan penggunakan ayat yang sesuai untuk satu-satu perkataan. bila dah selalu nonton cerita inggeris, cuba cabar diri untuk menonton filem inggeris tanpa membaca subtitle. belajar secara berseronok adalah satu cara pembelajaran gak.

3. dengar lagu-lagu inggeris

yang ni pun membantu gak. fungsi dia sama macam menonton filem inggeris. belajar berbahasa banyak menggunakan deria pendengaran. dengar lagu inggeris dan cuba nyanyikan lagu-lagu tersebut. ia juga membantu melancarkan bahasa inggeris kita. banyak perkataan-perkataan baru yang dapat dipelajari daripada lirik-lirik lagu. 

4. baca buku/novel inggeris

hahaha.. yang ni aku tak suka. membaca buku bahasa inggeris kadang-kadang memeningkan sebab banyak perkataan yang sukar difahami. kalau korang minat membaca, ok la. kalau macam aku? pergghh... tapi pastikan korang bawa kamus kalau korang lemah dalam vocabulary. kalau tak, buku tu just jadi bahan untuk buat korang tido je la~... kalau nak amalkan cara ni, aku baca komik Gempak dalam versi inggeris la. benda 

5. kerap menggunakan kamus

membaca kamus kini bukan sahaja terhad kepada pembelajaran di kelas mahupun rumah, tapi di mana-mana sahaja! tak semestinya korang nak bawak kamus setebal konkrit ke mana-mana. sekarang kan dah ada kamus elektronik seperti Besta dan lain-lain. selain tu, ada gak software kamus untuk handphone korang. biasakan menghafal 2-3 perkataan baru dalam sehari dan lihat hasilnya dalam sebulan. pasti ada peningkatan. :) insyaallah.

tu je la yang aku dapat kongsi dengan korang hari ni. bukanlah bermaksud untuk tidak memperkasakan bahasa melayu, tetapi kita juga perlu belajar bahasa lain untuk menjadi lebih maju dalam dunia yang dilanda arus pemodenan sekarang ni. k, chiow..
Read More
nokia kali ni menumpukan perhatian kepada fungsi kameranya dalam keluaran smartphone kali ni iaitu NOKIA 808 PUREVIEW. smartphone ni ada beberapa kelebihan yang menarik minat pengguna-pengguna smartphone di dunia.

Nokia 808 Pureview ni mempunyai kamera 41-Megapixel dengan optik f/2.4 dari Carl Zeiss. kamera ni boleh mengambil gambar 34-Megapixel dan 38-Megapixel. untuk memudahkan perkongsian gambar, Nokia 808 ni jugak mempunyai fungsi oversampling untuk menggabungkan gambar 7 pixel kepada 1 pixel, yang digunakan dalam option pureview. option pureview ni digunakan untuk mengecilkan gambar 34-Megapixel dan 38-Megapixel tadi kepada 5-Megapixel sahaja agar gambar mudah untuk dikongsi.

smartphone Nokia 808 Pureview ni juga mempunyai fungsi zoom yang senyap. fungsi ni penting ketika hendak menggunakan fungsi zoom untuk merakam video. fungsi zoom adalah salah satu feature yang perlu diulas mengenai Nokia 808 ni. smartphone ni boleh zoom gambar sehingga 3 kali ganda tanpa menjejaskan detail gambar yang diambil. malah, ia juga boleh merakam video 1080p (HD) pada kadar 30fps dan mempunyai fungsi zoom sehingga 4 kali ganda! 

terdapat beberapa kelebihan lain juga pada Nokia 808 Pureview ni seperti video autofocus yang telah dinaiktaraf, lebih kuasa pemprosessan, fungsi slide zoom, cropping on the spot, focal length yang lebih panjang, no image distortion dan banyak lagi.

antara spesifikasi Nokia 808 Pureview ni :

• Carl Zeiss Optics
• Focal length: 8.02mm
• 35mm equivalent focal length: 26mm, 16:9 | 28mm, 4:3
• F-number: f/2.4
• Focus range: 15cm – Infinity (throughout the zoom range)
• Construction:
· 5 elements, 1 group.All lens surfaces are aspherical
· One high-index, low-dispersion glass mould lens
· Mechanical shutter with neutral density filter
• Optical format: 1/1.2”
• Total number of pixels: 7728 x 5368
• Pixel Size: 1.4 microns

jom tengok gambar-gambar smartphone Nokia 808 Pureview ni..

pandangan hadapan dan belakang

contoh gambar yang diambil

saiz sebenar

pandangan dari semua sudut
Read More
Read More
untuk pengguna simple template, kalau korang letak header menggunakan gadget 'page header' kat layout, dia akan letak header tu dalam body blog.. macamana nak letak header transparent tu kat atas body blog?

pindahkan header  ke atas body blog

login akaun blogger korang > Template > tekan 'Backup/Restore' > Download Full Template > Edit HTML > Proceed > tick Expand Widget Templates


tekan Ctrl+F atau F3, dan cari kod ni:
<body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>
                                                             atau
<body>

 copy kod kat bawah ni, dan paste kod tu kat bawah/selepas kod yang korang cari kat step 2 tadi..
<a href='url blog korang'><img border='0' src='url gambar header korang'/></a>

 gantikan kod berwarna ungu kat step 3 tu dengan url blog korang dan kod warna hijau tu dengan url gambar header korang...

siap!!

p/s : kalau korang perasan, cara sama macam nak letak iklan nuffnang... :)
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama