lagu tema kemerdekaan Malaysia ke-55 2012 | janji ditepati

10 comments
LAGU TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 2012 | JANJI DITEPATI | hhmmm.. dalam menempuhi bulan ramadhan yang mulia ni, kita juga akan menyambut kemerdekaan negara yang ke-55 dalam bulan ogos ni. tahun lepas pun lebih kurang sama kan? kita sambut raya dan merdeka sekali. ulangtahun kemerdekaan pada tahun lepas disambut dengan meriah dan penuh semangat patriotik. 

tapi tahun ni macamana pulak? sekarang dah sibuk nak musim mengundi. parti politik dah tegakkan bendera masing-masing, menyebarkan manifesto dan janji-janji mereka sekiranya rakyat mengundi mereka. aku tak nak bincangkan pasal tu la dengan korang. aku ada pandangan aku sendiri dalam dunia politik, dan biar la aku sorang yang tahu. karang korang tuduh aku sebar ideologi pulak.. kahkahkah...
tapi yang menyedihkan adalah lagu tema kemerdekaan tahun ini. aku tak sangka, konsep kemerdekaan itu kini telah dipolitikkan. lagu tema kemerdekaan dipolitikkan dan jelas mengampu Barisan Nasional. saper2 yang tak perasan, sama ada terlalu bodoh tahap gaban mahupun pekak dan buta sejak azali. 
"janji ditepati, kini masa balas budi"
hahahaha... sumpah bangang giler lagu tema kemerdekaan 2012 ni. mengungkit siot... nampak sangat la tak ikhlas nak buat pembangunan untuk rakyat. entah-entah bantuan rakyat 1 Malaysia, baucar buku 1 Malaysia, bagi tayar kat pemandu teksi, semua tu semata-mata nak pancing undi. siapa tahu?

kalau la mereka buat lagu kemerdekaan negara kita macam ni, dan kita tetap memilih mereka sebagai pemerintah negara kita, maknanya kita tak boleh salahkan pihak kerajaan, sebaliknya kita yang membuat keputusan. maknanya kita rela negara kita diperlakukan sedemikian. relakah anda? apa pula tema kemerdekaan kita tahun hadapan? tak mustahil lagu tema kemerdekaan tahun hadapan akan ada lirik yang mengutuk pembangkang. 

ingat, tak masuk campur dan tak ambil peduli adalah dua perkara yang cukup berbeza. ketahui la hak kita sebagai warganegara Malaysia, kaji sendiri dan jangan terlalu bergantung dengan media akhbar dan televisyen untuk mendapatkan maklumat. jangan jadi kerbau yang dicucuk hidung.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! i love u Malaysia and Malaysian... happy fasting month and may Allah bless us all...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 ulasan

  1. siyes aku ckap..
    tak sedap langsung lagu dia.weekk

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaha... memang tak sedap pon~... kah3...

      Padam
  2. haha aku suka entry nih. memang bangang pun lagu nih. aku ni atas pagar, bukan pro kerajaan dan bukan pro pembangkang. tp jujur aku ckp lagu ni paling bingai yg pernah aku dengar

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha... ni la jadinya bila kemerdekaan negara pun dipolitikkan... :)

      Padam
  3. hmmmm.. tak semeriah mcm dulu dulu.

    BalasPadam
  4. Salam Ziarah Ramadhan...

    Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

    http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. salam ramadhan jugak... :)

      Padam
  5. org bbuat lagu ni mmg fail habis

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)