TIPS UNTUK BLOGGER BARU

18 comments
aku ni tak la femes macam abang ben, mahupun trafik beribu macam blog beautifulnara, tapi apa yang aku tau, ilmu dan pengalaman yang aku dapat, aku cuba berkongsi bagi manfaat kita bersama. mungkin sebelum ni korang dah muak baca semua tips untuk blogger, terutamanya untuk blogger baru yang kita gelar newbie.

bagi aku, semua blogger adalah newbie. kita semua masih dalam proses pembelajaran. blogger yang digelar otai tak semestinya tahu semua benda mengenai dunia blog. cuma mungkin beliau dah lama berkecimpung dalam dunia blog, dan mempunyai banyak pengalaman melalui blogging, juga menjana ribuan ringgit hanya melalui blog.

apa yang aku kongsi, adalah berdasarkan pengalaman aku. apa yang aku pernah lalui. mungkin tips-tips ni sama je dengan tips-tips dari blogger lain. tapi ini adalah tips melalui pengalaman aku sebagai blogger
tips untuk blogger baru
1. topik untuk ditulis dalam blog anda?

perkara ni adalah perkara yang paling merunsingkan semua blogger baru; apa yang nak ditulis dalam blog tu nanti? kadang-kadang, ada orang yang memulakan blog untuk menceritakan kisah hidup mereka, kerana mereka rasa ianya berbaloi untuk dikongsi. ada juga yang buat blog untuk menceritakan pengalaman suka duka dengan kekasih hati, kerana tiada tempat mengadu. malah ada juga yang buat blog untuk bisnes baru mereka.

kalau macam tu, kira bagus la. at least, tak perlu pening kepala fikir nak tulis topik apa dalam blog. tetapi bagaimana bagi mereka yang saja-saja hendak mencuba untuk berblog? apa yang hendak ditulis dalam blog nanti?

bagi aku, korang share je apa yang terjadi dalam kehidupan korang setiap hari. gambar, quote, kisah suka dan duka, mahupun pengajaran. even korang boring pun, tulis je pasal keboringan korang tu dalam blog. tetapi ingat! elakkan sesi mengumpat, sebab mungkin akan membuatkan blogger lain berfikir buruk tentang korang.

masa aku mula-mula berblog, aku buat blog pasal komputer, hack, semua benda pasal komputer la. sehingga blog aku mendapat follower sehingga 100++, aku mulakan blog baru ni, BLOG GARY!!™. 

percayalah, masa akan mematangkan penulisan kita. tengok entri aku masa awal-awal buka blog ni, serius macam budak-budak. hahaha... tapi lama-lama, kita akan tahu apa yang kita nak tulis. yang penting, kena berani untuk memulakan sebuah blog, tahu macamana sistem berblog, dan penulisan kita akan berubah dan bertambah matang sejajar dengan peredaran masa.

2. jangan terlalu rakus 

memang tidak salah untuk menjadikan blogger terkenal seperti blogger Amir hassan-denaihati, ben ashaari, yuyu zulaikha, faizal fredley, hasrulhassan mahupun ariffshah sebagai role model dalam berblog. mungkin disebalik hati korang, tersimpan niat untuk menjadi blogger yang dikenali ramai suatu hari nanti.

serius, tak salah menyimpan niat tersebut, cuma biarlah dengan cara yang betul. jangan terlalu mengejar populariti sehingga mengabaikan penulisan anda. sekarang ni, bukan susah pun nak dapat follower beribu. cukup sekadar 'i follow you, you follow me'. jujur, aku pun guna prinsip 'i follow you, you follow me' untuk blog aku ni. aku anggap tu sebagai penghargaan kepada mereka yang sudi follow blog aku. follower juga penting untuk marketing blog, tapi aku tak nak bincangkan dalam entri ni. hehe...

setelah agak lama berblog, aku mula berfikir; blog yang ramai follower tak semestinya bagus, blog yang kurang follower tak semestinya tak bagus. bagi aku, blog yang bagus adalah blog yang mampu menarik pembaca melalui penulisannya, bukan sekadar datang untuk balas kunjungan. korang ingat blog yang ada beribu atau berjuta pembaca tu sebab diorang pegi melawat ke beribu blog, lepas tu blog-blog tu datang untuk balas kunjungan?? tak... kalau macam tu, penat nak mampus la pegi blogwalking ke beribu blog. 

dan serius, tak salah mengejar follower beribu, kejarlah. takder siapa nak marah. yang penat nanti pun korang jugak. tapi jangan sekadar datang ke blog, follow, then tinggal je jejak kat shoutbox. sekali sekala takper la. kalau boleh, baca entri, bagi komen dan berkongsi pandangan. atau buat segmen untuk merapatkan silaturrahim. 

ingat, niat yang baik, hasilnya pun nanti akan menjadi baik. cuma perlu tunggu sahaja. sebab ianya memerlukan kesabaran. :)
akhir kata
aik? dua tips je? hehe... setakat tu je la dulu. kalau ada tambahan lagi, aku bagi lagi nanti k?.. hehe... apa pendapat korang? pendapat dialu-alukan...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

18 ulasan

  1. wah...da tukar template baru...terbaek r tok...bila kita da berblog...apalagi, sama kita kongsi pengalaman ye tak...kim salam kat kakak...skunk cuti sem kan...ngehehehe

    BalasPadam
  2. tq di atas tips yg dikongsikan... ^-^

    BalasPadam
  3. betul2..kita pon masih belajar dalam dunia blog nie..

    BalasPadam
  4. da lame tk ke blog gary :) hye gary! meow~ ;p nice entry .. kite sume newbie. an an an ;p

    BalasPadam
  5. @Noh Kodiang hahaha... yup... betul tu bro... :) (ko tak abes2 ngan kakak aku kan?.. hahahaha)

    BalasPadam
  6. @rAIHan yup2... kita still belajar lagi.. ilmu blog seluas lautan, jangan hanya bertapak di pantai.. sekurang-kurangnya berenang la sehingga ke tengah.. :)

    BalasPadam
  7. @cx's betul tu.. jangan jadikan 'newbie' mahupun 'otai' sebagai sempadan kita.. blogger tetap bersaudara... :)

    BalasPadam
  8. thanks..bgs tips ni utk naikkn semangat berblog...

    BalasPadam
  9. dkna setuju dengan tips nie...walaupon hanya 2 tip itu memang terjadi pada diri dkna..heheeee..

    BalasPadam
  10. @Yumida kita kena terus bersemangat dalam berblogging!! :)

    BalasPadam
  11. @Adylia Qarissa kan?... gary pun alami 2 benda ni dulu.. masa mematangkan cara kita berblog... yang penting kena berani untuk bermula.. :)

    BalasPadam
  12. betul2,tq untuk tips ni.. Blogging is awesome ^_^

    BalasPadam
  13. @Cik Penguin_Solehah hehe.... ur welcome... yup.. it is truely awesome!! :)

    BalasPadam
  14. betul tu Gary,Thankz atas tips anda berguna untuk blogger newbie macam saya nih

    BalasPadam
  15. Makin banyak blogwalking, terasa makin newbie la haha

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)