perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia VS Singapura: sudut pandangan aku

6 comments

semalam masa tengah lepak kat kedai makan ngan kawan-kawan aku, aku baru perasan ada perlawanan persahabatan Malaysia vs Singapura yang ditayangkan di Astro Arena. Singapura jadi tuan rumah perlawanan tu. 

mula-mula memang teramat bangga la sebab Malaysia dah dapat score 2 mata berbanding pasukan singapura yang belum menjaringkan gol lagi (masa aku start nonton tu la...). dengan beberapa percubaan pasukan singapura berjaya dipatahkan, memang superb la...

sehingga la minit ke-81, pasukan singapura mendapat sepakan penalti akibat Khairul Fahmi Che' Mat (keeper pasukan Malaysia) dikatakan mengasari pemain singapura di dalam kotak penalti. memang mendebarkan la... tapi lagi sekali aku bangga sangat-sangat sebab Khairul Fahmi berjaya menahan bola sepakan penalti tersebut hasil tendangan Qiu Li. 

dan lepas tu, bermula la part yang memang tak best+hampeh... lepas Khairul Fahmi menangkap bola tersebut, Aidil Zafuan datang kearah Khairul Fahmi, lepas tu beliau peluk la Khairul Fahmi dan meraikan keberjayaan Khairul Fahmi sebab berjaya menangkap bola tu. tiba-tiba Aidil dilayangkan kad kuning kerana dikatakan sengaja melambat-lambatkan permainan.

perghhhh... dafuq pengadil?? biasa la tu, nak meraikan kejayaan, bukan nak melambat-lambatkan permainan... aduh... aku tak setuju langsung la Aidil dilayangkan kad kuning. lepas tu, Aidil pun pegi la jumpa pengadil tu, Aidil marah la sebab beliau dilayangkan kad kuning. 

tiba-tiba, pemain singapura diberikan sepakan percuma, DALAM KOTAK PENALTI?? the hell reff?? sebab Aidil marah dan bantah keputusan reff je? tak patut... aku tengok euro main, pengadil siap kena tolak lagi, takder la nak bagi sepakan percuma... 

lepas tu, yang aku tak puas hati, bukan ke masa tambahan 6 minit?? apehal minit ke-95 dah tamat?? singapura takut ke Malaysia jaringkan goal pada minit yang terakhir?? hahaha... jawab2...

tapi dari sudut pandangan semua penonton, aku tau, semua orang sedar yang pemenang sebenar perlawanan malam tu adalah Malaysia. aku harap mana-mana perlawanan lepas ni, akan lebih telus... tak best la main macam ni... pengadil pun kena la telus... aduh...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan

  1. betul sgt dan setuju!!
    agak tak suka dgn perlawanan smlm..nmpk sgt tak nak bg Malaysia main. Lepas tu ska sgt main kat padang tiruan tu..Nak kelebihan lah tu kan..

    stahu miss z kalau takat bantah kputusan pgadil tu ckuplah takat bg kad..pehal smpai nak bg sepakan penalti.. agak kepelikan di situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... perlawanan semalam tu nampak sangat berat sebelah.. huhu~...

      Padam
  2. betul tu!! sentap gilerr tgkk!! diaorg mmg mcm tu.. benci aaaa haha

    BalasPadam
  3. puas hati aku singapore kalah...from 1st match dh bengang...
    nyaris dpt tengok kat stadium.huhuhu

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)