review filem the avengers

3 comments
hahaha... baru-baru ni aku dengan 17 lagi kawan-kawan aku pegi tengok wayang... tengok filem apa? tentu la the avengers!! 


best ke?.. hhmmm... memang best+superb!! aku memang suka cerita berunsur fiksyen atau sama mengarut dengannya. aksi diorang memang mantap. aku suka part Thor berlawan dengan Tony Stark a.k.a Iron man. hahaha..  memang sama-sama handal.. part team the avengers lawan dengan kapal besar makhluk asing tu pun mantap. 

lawak dia pun memang tahap tak kering gusi la. watak tony stark memang lucu. dia kerja nak bahan orang je... hahaha.. lawak sarcastic beliau memang menjadi la. dah dekat penghujung cerita pun, hulk dah jadi agak lawak.. kahkahkah...

tapi plot cerita ni memang agak mudah untuk diramal.. part Loki kena tangkap; takkan senang je nak tangkap Loki? mesti beliau ada agenda kan? 

dan bila aku hayati betul-betul, aku dapati plot cerita ni hampir sama dengan Transformer; Dark of the moon. aku sorang je ke perasan?? kenapa aku kata sama?

1. ada satu alat yang memancar ke langit dari atas sebuah bangunan, alat tersebut ibarat portal yang menghubungkan bumi dengan planet lain. makhluk asing/robot masuk ke bumi melalui portal tu. 

2. ada kapal besar yang menyerupai binatang besar. kapal tersebut menjadi pengangkutan kepada makhluk asing/ robot. 

tu je la... ending cerita tu je agak sama... huhuhu...
kekurangan filem ni?
3D. aku menyesal giler sebab nonton filem ni dalam 3D. filem ni 3D dia tak cantik sangat, malah, membuatkan penonton pening. 3D filem ni tak menonjol sangat la.. tak semantap 3D captain amerika mahupun tron legacy. huhu... 

jalan cerita dia bagi aku sekejap sangat, dia banyak tumpukan dengan macamana ahli group tu bersatu kot.. entah la...

musuh tersangat lemah... aku bayangkan masa awal filem tu, makhluk asing tu kebal, tak kan mati... tapi rupanya lemah je pun. senang je nak kalahkan. even black widow yang takder kekuatan super pun boleh kalahkan diorang. lebih2 lagi villain utama iaitu loki, senang2 je dikalahkan oleh hulk. bukan susah sangat pun nak kalahkan beliau.. huhu~..
kesimpulan
berbaloi untuk ditonton... memang berbaloi gak la aku tunggu filem ni dari tahun lepas. huhu.. yang belum tengok tu, meh la kita mengimarahkan panggung wayang berdekatan. kah3..

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan

  1. tu la ramai juga kata cite ni best.

    belum ade kesempatan nak tgk cite ni

    tgu yg donlod jek..haha

    BalasPadam
  2. bestnye...http://studioous.blogspot.com/

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)