rentas budaya uum-upsi-unimap 2012

2 comments

rentas budaya uum-upsi-unimap 2012
kostum kami untuk tarian andung-andung

hari ahad yang lepas (20 Mei 2012) telah diadakan program rentas budaya antara 3 buah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bertempat di UUM. 

dalam program rentas budaya ni, 3 buah universiti ni membawa pelajar mereka untuk mempersembahkan pelbagai jenis persembahan seperti nyanyian, band, tarian, akustik dan lain-lain. program ni lebih kurang pertukaran budaya jugak la... UniMAP bawak 8 orang pelajar untuk persembahan tarian dan seorang untuk nyanyian.

aku kagum sebab UUM mampu menjayakan program seumpama ini. dan aku memuji mereka kerana begitu bersemangat dalam menyokong persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh universiti lain. walaupun kami pihak UniMAP membawa jumlah pelajar yang sememangnya sedikit, tetapi kami tidak sedikit pun berasa tersisih.

dengan adanya program ni, menaikkan lagi semangat kami untuk memajukan kelab kebudayaan di UniMAP ke satu tahap yang baru. harap-harap pada masa akan datang, kami akan menganjurkan program seperti ini dan juga mendapat sokongan daripada universiti-universiti lain.

sekali lagi, saya dari pihak kelab kebudayaan UniMAP mengucapkan jutaan terima kasih UUM kerana menjemput kami menyertai program rentas budaya ni. harap-harap dapat bertemu dengan korang lagi pada masa akan datang... insyaallah.. :)

rentas budaya uum-upsi-unimap 2012
pelajar dan staf yang terlibat... :)

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan

  1. seronoknyaa menarik...
    msti best kannn... =)

    BalasPadam
  2. yaa.. sy ada tgk unimap wat prsmbhan mlm 2.. sy tgh dscussion kamu bwat prsmbhan.. kmu besttt

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)