pertandingan aerobikthon hari belia negara 2012

No Comments


Pertandingan aerobikthon 2012 merupakan kesinambungan acara/aktiviti kecergasan yang dianjurkan oleh bahagian pembangunan sukan, jabatan belia dan sukan negara sempena sambutan hari belia negara. sehingga kini, pelbagai program dan aktiviti kecergasan telah dijalankan untuk meningkatkan pendedahan dan pengetahuan dalam bidang kecergasan dan kesihatan.

justeru itu, usaha-usaha memastikan semua golongan terutamanya golongan belia dididik ke arah pembangunan khasnya melalui aktiviti senamrobik perlu disebarkan ke seluruh negara tanpa mengira lokasi dan penduduknya.  program ini berkonsepkan 'Fun & Fit' yang memberi peluang penyertaan secara menyeluruh serta membentuk masyarakat yang cergas, sihat dan bersatu serta pada masa yang sama boleh bergembira.

program ini akan dilaksanakan pada 27 Mei 2012 melibatkan 4 komponen aktiviti iaitu senam cergas, hi lo, hip hop dan latin dan dibahagikan kepada 2 kategori penyertaan iaitu terbuka dan remaja. acara ini akan dijalankan selama 3 jam tanpa henti dan diketuai oleh instruktur kecergasan senamrobik yang dilantik oleh penganjur. bagi kategori terbuka, masa pertandingan adalah 2 jam dan kategori remaja (12-17 tahun) selama 1 jam. setiap kumpulan penyertaan terdiri daripada 5-6 orang peserta dan dibahagikan mengikut petak-petak yang disediakan.

jom sama-sama memeriahkan hari belia negara tahun ni!! :)

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 komens

Catat Ulasan

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)