konsert seni diraja negeri Perlis 2012

1 comment
konsert seni diraja negeri perlis 2012

semalam, 7 mei 2012, telah berlangsung konsert seni diraja negeri Perlis 2012 sempena menyambut  hari keputeraan raja perlis ke-69. konsert ni dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri perlis.. konsert tu bermula lebih kurang pukul 9.00 p.m dan tamat pada pukul 11.30 p.m.

aku terlibat dalam persembahan tarian malam tadi. meriah? agak meriah la kot. tapi aku dengar tak semeriah sambutan 2011 la.. artis jemputan semalam adalah M. Nasir. tak silap aku, beliau bawak 4/5 lagu la termasuk lagu raikan cinta dan lain-lain. lepas show tu, aku ngan kawan-kawan aku lari la nak kejar M. Nasir, nak ambik gambar la katakan... tapi apakan daya, tak sempat... huhu.. laju giler M. Nasir balik...

masa penutupan konsert, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Hajah Fauziah Bt Al-Marhum Tengku Abdul Rashid diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalulaill selaku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Bt Dato Akashah Khalell serta Menteri Besar Perlis, Dato Seri Mat Isa Sabu dan Naib Canselor UniMAP,  Brigader Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin bersalam-salaman dengan peserta konsert yang terdiri daripada penyanyi, penari, pemain alat muzik orkestra dan staff-staff yang lain. perghh... tak sangka dapat salam raja Perlis dan raja muda perlis... huhu...

harapan aku, konsert seni diraja 2013 akan menjadi lebih meriah dan superb!! :)

Tuanku Raja serta Tuanku Raja Perempuan Perlis
semasa rehearsal... 

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)