block laman web daripada muncul dalam google search

1 comment
pernah tak korang jumpa perkataan 'block all www.lamanweb.com results' kat google search macam ni?;


benda ni sebenarnya dah dilancarkan sejak 11 March 2011. tapi mungkin ramai lagi yang belum tahu akan perkara ini, so tak salah untuk aku ulas lebih lanjut mengenai perkara ini.
bagaimana perkara ini boleh terjadi?
sebelum ini, aku ada membincangkan tentang bounce rate, dan aku anggap korang dah tau maksud dan apa itu bounce rate k? link untuk block laman web daripada muncul dalam enjin carian ni wujud apabila korang melakukan SERP bounce (search engine results page bounce). apa pula SERP bounce ni? 

ok, contohnya korang mencari artikel mengenai tarikh dan cara semak keputusan PSPM 2 Matrikulasi 2011/2012. korang pun secara tak sengaja terjumpa la entri dalam blog aku tu kat google search. then korang pun masuk la ke blog aku untuk baca pasal maklumat tu. lepas dah baca, korang tekan butang back, membawa korang kembali ke google search. masa korang balik ke google search tu, korang try tengok balik link entri aku kat google search tu. mesti dah ada 'block all www.garyasip.com results'.
kenapa ini terjadi?
bila korang masuk ke blog aku, contohnya, then tak tengok entri lain dan terus kembali ke google search, google menganggap maklumat kat blog aku tu tak membantu pembaca sebab dia anggap korang kembali ke google search untuk mencari maklumat lain yang lebih tepat. 

sebab tu google memberi peluang kepada pengguna enjin carian mereka. kalau korang rasa entri blog yang korang jumpa tu tak membantu langsung, takder pun maklumat yang korang cari malah menggunakan trick (keyword stuffing atau spam link), korang boleh block terus laman web tersebut dalam enjin carian korang.

tapi dia hanya block blog tu daripada muncul kat enjin carian korang, maksudnya apabila korang sign in ke akaun google (gmail) korang. dia tak la block blog tu daripada muncul kat carian pengguna internet yang lain. 

menurut pembacaan aku, feature ni tak muncul dalam semua browser. tak tau la pulak sekarang browser apa je yang support feature ni sekarang.. huhu.. 
kebaikan
pada pendapat aku, benda ni memudahkan pengguna enjin carian. kadang-kadang kita jumpa blog yang sangat annoying, dan membincangkan perkara yang sangat-sangat mengarut dan sangat berbeza dengan apa yang kita cari. so, kita boleh block terus blog tu daripada muncul dalam enjin carian kita.
keburukan 
keburukan? jangan nilai sesuatu blog berdasarkan 1 entri je. mana tau entri yang korang jumpa tu mengarut tapi entri lain blog tu pulak penuh informasi. rugi je korang block blog tu. kan?

yang membimbangkan adalah haters. kalau la dia saja-saja je nak block blog korang, ia akan memberi impresi yang buruk buat blog korang kat google. google akan beranggapan blog tersebut tak sepatutnya muncul dalam carian teratas dalam enjin carian diorang sebab korang dah dapat feedback negatif daripada pembaca. benda yang menakutkan blogger yang menumpukan kepada SEO blog.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)