1MALAYSIA PAD; TABLET KELUARAN MALAYSIA

18 comments
dalam arus pemodenan dunia sekarang dan tumpuan yang semakin tinggi pada penggunaan gadget, Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan tablet 1Malaysia pad. tablet keluaran Maltechpro Sdn Bhd ni akan mula dijual bermula bulan hadapan dengan harga RM999 bagi 999 unit pertama.

tablet ini dikatakan menyerupai tablet keluaran China, iaitu Hua Yi. mari kita bandingkan sedikit spesifikasi tablet keluaran china tu dengan 1Malaysia Pad ni;
spesifikasi Hua Yi
  • skrin sentuh (touch screen) seluas 7 inci
  • Android 4 ICS
  • 1GHz single processor
  • 512 MB RAM
  • Micro USB port
  • kamera hadapan dan belakang
spesifikasi 1Malaysia Pad

  • skrin sentuh (touch screen) seluas 7 inci
  • Android 2.3 (Gingerbread)
  • WiFi & 3G Connectivity
  • 1Malaysia Messenger (1MM) app; boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara
  • bateri Li-Polymer 4,000mAH
  • 32GB microSD storage
  • kamera belakang 3Megapixel
  • kamera hadapan 0.3Megapixel 
dan mari kita bandingkan harga..
Hua Yi = RM205 | RM999 = 1Malaysia Pad
hahaha.. apa yang membuatkan 1Malaysia Pad mahal sangat? bagi pengguna tegar tablet, korang sendiri tahu yang RM999 tidak berbaloi untuk spesifikasi yang ada pada 1Malaysia Pad ni. tablet China pun dah guna ICS. adakah kemudahan 1MM yang membuatkan harga 1Malaysia pad ni tinggi sedemikian rupa?

pada pendapat aku, harga tersebut sepatutnya dipertimbangkan semula. dengan harga RM999, jelas sekali 1Malaysia pad ni bukanlah disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah, mahupun golongan yang mempunyai gaji kurang daripada RM2,000 sebulan. 

tambah RM300/400 lagi, dah boleh beli galaxy tab 7.0 plus. yang tiruan around RM500/600 dah boleh beli. boleh gak jumpa model sama dengan harga rm599 kat endah parade, sri petaling. cuba layari lelong.com atau mudah.my… yg terbaru pun dah ada guna android 4.0.3.

bukanlah nak merendah-rendahkan barangan buatan Malaysia, tetapi kita sendiri boleh menilai. tetapi aku harus katakan ini mungkin satu permulaan buat industri gadget di Malaysia.

Mungkin 1Malaysia pad ni akan mencontohi Proton? dicemuhi suatu ketika dahulu, tetapi kini berjaya dijual di negara-negara lain? pada pendapat aku, Malaysia mungkin terlalu terburu-buru dalam mengejar kemajuan teknologi. 

mungkin mereka patut menjalankan kajian yang lebih mendalam terlebih dahulu, seperti spesifikasi yang lebih mantap tetapi harga yang berbaloi. atau mungkin muncul dengan sesuatu yang lebih fresh (yer la, aku tengok 1MM tu dah lebih kurang BBM dah). something yang mungkin negara lain tak terfikir lagi. kita ada banyak kepakaran. jangan kata dalam negara, yang belajar kejuruteraan di luar negara seperti Jepun, belanda pun ramai gak. 

tak tahu pulak macamana sambutan 1Malaysia Pad ni. adakah akan mendapat sambutan hangat? atau hanya menjadi 'lambang' kepada keluaran Malaysia semata-mata?

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

18 ulasan

  1. seriously 2.3?? dude.. kalau guna android honeycomb ak rsa ble di trima lagi... tapi kalau masih lagi 2.3.....? guhhhh... x tau la.. lgsg xble nak trima dgn harga macam tu.. where are malaysian developer?? ak ingt rmai da modders rom yg terer2 kat malaysia ni, apasal msih guna version tu?.. bukan x nak sokong brgn malaysia, cuma agak kecewa sket di situ..

    BalasPadam
  2. @hazz death sebab tu la aku kata malaysia terlalu terburu-buru. sepatutnya diorang ambik masa dulu untuk kaji dan develop keluaran diorang. supaya bila dijual nanti, dapat bersaing dengan gadget2 yang lain... dengan spek serendah tu & harga semahal tu? i doubt people will buy it.. huhu~..

    BalasPadam
  3. @GaRy™tu la tu bro.. tapi, byk2 nma, apasal mo nma 1malaysia pad?? buruk benar namanya.. hahaha...

    BalasPadam
  4. @hazz death hahaha... x komersial langsung la nama tu.. hahaha.. tukar la stail sikit.. adus~... T^T

    BalasPadam
  5. jap nama 1malaysia terlalu najib lah..tak boleh ke bg komersial sikit..ape la..ni nk menjual ke mmg nk perap je tab tu dlm kilang..

    BalasPadam
  6. @eszyamin hahahaha.. biasa la tu... kat mana2 pun mesti ada agenda politik punyer... najib nak jugak tunjuk kat rakyat yang dia dah bagi macam2 untuk kita; BR1M, baucar buku 1 malaysia, notebook 1 malaysia. bodek rakyat ke? kalau takat nak keluarkan tab untuk baling anjing, tak payah la nak letak nama malaysia kat tab tu.. memalukan...

    BalasPadam
  7. kalau macam tu mmg tak berbaloi lah beli.. baik beli yg lagi canggih kan?

    BalasPadam
  8. cool....tp sy tetap mau samsung G note..hehehe

    BalasPadam
  9. @Bobo lebih kurang la~.. huhuhu~..

    BalasPadam
  10. @Aemy Shamy hahaha... teruskan jak la guna G note tu sis.. huhuhu..

    BalasPadam
  11. @MawardiYunus orait... dah follow balik... :)

    BalasPadam
  12. Macam ni rupa specsnya. Processor & RAM camana bro? Personally, harga tu terlalu mahal dengan specs yg diorang tawarkan. Tambah lagi RM300 dah bleh dpt GTab 7.0

    BalasPadam
  13. @shraqs RAM dia 512 MB. processor? single core processor je kot.... Android OS 2.3.. hehehe...
    tu la pasal... harga tak logik la... baik beli tab 7.0+, lagi puas ati... huhuhu~..

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)