objektif bersih 3.0 | tuntutan bersih

1 comment

ok2.. semua dah dok kalut dengan BERSIH 3.0 ni kan? gambar semua dah terpampang kat laman-laman web dan mana-mana laman sosial lain. kita sokong atau tidak, biar la kita sorang je yang tau. aku tengok ramai yang pergi perhimpunan bersih 3.0 tu.. tapi ingat para pelajar universiti, tolong la jangan join walau betapa kukuhnya pendapat anda mengenai bersih 3.0 ni. kita masih berada di bawah AUKU. jangan rosakkan masa depan kita. kalau nak join pun, tunggu lepas graduate.. 

ok, kat sini aku tak kritik dan aku tak sokong. bukan aku tak nak ambil tahu, tapi biar la aku sorang yang tau pendirian aku. disamping kita mengkritik mahupun menyokong, apa kata kita ambil tahu sikit maklumat tentang mengapa bersih 3.0 ni diadakan? 

bersih 3.0 diadakan kerana mereka berpendapat bahawa matlamat bersih 2.0 tidak tercapai. perhimpunan bersih diadakan untuk menuntut 8 tuntutan iaitu:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

sumber
kesimpulan
itu la 8 tuntutan bersih 2.0, dan tuntutan itu mereka terus perjuangkan dalam bersih 3.0. ingat! tak berminat tak bermaksud kita tak perlu ambil tahu. at least kita tahu 8 tuntutan mereka. adakah mereka dapat capai 8 tuntutan mereka tu? kita tunggu dan lihat... :)

p/s : aku rasa dalam ramai-ramai orang yang berhimpun tu, mesti ramai yang nak ambik gambar je, then post kat blog. kah3..
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan

  1. haha... be neutral :) jgn tunjuk sgt kita sokong pihak mana.. kot2 akn jd pergaduhan dgn kwn2 yg fanatik ke.. haha

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)