Program Erat Mahasiswa/i PMASS UTeM 2012

2 comments
sekarang baru ada masa nak update pasal benda ni.. dah seminggu berlalu sejak program tu habis. program apa ni?

pada 2-4 mac 2012, Persatuan Mahasiswa/i Anak Sabah Sarawak atau PMASS Universiti Teknikal Melaka (UTeM) telah menganjurkan program khidmat bakti di rumah anak yatim Hembusan Kasih bertempat di Arau, Perlis. diorang ajak kitorang sekali A.K.A student UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) untuk turut serta dalam program ni.

pelajar UniMAP yang join termasuklah 20+ pelajar program kejuruteraan alam sekitar dan 7 pelajar Sabah Sarawak UniMAP termasuk aku. hari pertama (malam), kitorang ada dinner kat Kuala Perlis. tujuan dinner tu nak bagi kitorang beramah mesra la ngan student UTeM tu sebelum program kat rumah anak yatim pada keesokan harinya.

aku risau gak. takut-takut tak dapat nak sesuaikan diri dengan student-student UTeM tu. tapi alangkah bestnya bila aku dapat tau ramai kawan-kawan aku dari kolej Matrikulasi Labuan dulu yang join program tu. laa.. diorang masuk UTeM rupanya.. huhu~..

then hari kedua kitorang pegi jalan-jalan kat wang kelian.. aku dah masuk sempadan Thailand dah!! akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di Thailand... huhu~.. lepas tu gua kelam, then makan kat anjung keli.. Sedap woo.. ingat, kalau korang pegi Perlis, cari la Anjung Keli. Keli kat situ memang terbaik! then bertolak ke rumah anak yatim.

kat rumah anak yatim tu, kitorang gotong-royong tolong bersihkan rumah tu, then kitorang buat sukaneka. best giler sukaneka dengan budak-budak tu.. hahaha.. huru-hara dibuatnya.. then kitorang bagi sumbangan beras dan lain-lain.

kitorang gak ada buat contest mewarna untuk budak-budak tu. budak-budak yang menang dapat la hamper. yeayy.. bila aku duduk di suatu sudut dan memerhatikan gelagat budak-budak yang penuh dengan senyuman dan gelak tawa, aku kagum. bagaimana mereka mampu menghadapi hari-hari mereka tanpa ibu bapa mereka.

semangat diorang sangat kuat.. mesti diorang sedih bila tengok budak-budak lain yang ada mak bapak. hhmmm... sebak siot masa tu.. terima kasih kepada penganjur program tu sebab kini, aku lebih menghargai ibu bapa aku lebih daripada sebelum ni. aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka..

ok sambung cerita. then keesokan harinya, diorang ajak kitorang pegi Padang Besar, tapi kelas aku full la.. aku tak nak skip kelas dah sem ni.. kalau terpaksa skip pun, aku nak kurangkan.. sebab? atas faktor ni.. huhu~..

dan petang tu gak diorang bertolak pulang.. hhmm.. harap-harap dapat jumpa lagi lepas ni.. rindu nak lepak ngan diorang.. huhu~..

budak laki baju kuning tu student UTeM, Izzi
antara student UTeM yang join
kat Wang Kelian
hahaha.. nak gak letak gambar aku tuh.. huhu~.. tu je, bye.. :p
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan

  1. selalu nmpk gary kat wg ulu .. hahah . rmbut baru ..

    BalasPadam
  2. kemain cantik btol line tepi rambut ko dik....

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)