NOKIA 808 PUREVIEW | KAMERA 41-MEGAPIXEL

9 comments
nokia kali ni menumpukan perhatian kepada fungsi kameranya dalam keluaran smartphone kali ni iaitu NOKIA 808 PUREVIEW. smartphone ni ada beberapa kelebihan yang menarik minat pengguna-pengguna smartphone di dunia.

Nokia 808 Pureview ni mempunyai kamera 41-Megapixel dengan optik f/2.4 dari Carl Zeiss. kamera ni boleh mengambil gambar 34-Megapixel dan 38-Megapixel. untuk memudahkan perkongsian gambar, Nokia 808 ni jugak mempunyai fungsi oversampling untuk menggabungkan gambar 7 pixel kepada 1 pixel, yang digunakan dalam option pureview. option pureview ni digunakan untuk mengecilkan gambar 34-Megapixel dan 38-Megapixel tadi kepada 5-Megapixel sahaja agar gambar mudah untuk dikongsi.

smartphone Nokia 808 Pureview ni juga mempunyai fungsi zoom yang senyap. fungsi ni penting ketika hendak menggunakan fungsi zoom untuk merakam video. fungsi zoom adalah salah satu feature yang perlu diulas mengenai Nokia 808 ni. smartphone ni boleh zoom gambar sehingga 3 kali ganda tanpa menjejaskan detail gambar yang diambil. malah, ia juga boleh merakam video 1080p (HD) pada kadar 30fps dan mempunyai fungsi zoom sehingga 4 kali ganda! 

terdapat beberapa kelebihan lain juga pada Nokia 808 Pureview ni seperti video autofocus yang telah dinaiktaraf, lebih kuasa pemprosessan, fungsi slide zoom, cropping on the spot, focal length yang lebih panjang, no image distortion dan banyak lagi.

antara spesifikasi Nokia 808 Pureview ni :

• Carl Zeiss Optics
• Focal length: 8.02mm
• 35mm equivalent focal length: 26mm, 16:9 | 28mm, 4:3
• F-number: f/2.4
• Focus range: 15cm – Infinity (throughout the zoom range)
• Construction:
· 5 elements, 1 group.All lens surfaces are aspherical
· One high-index, low-dispersion glass mould lens
· Mechanical shutter with neutral density filter
• Optical format: 1/1.2”
• Total number of pixels: 7728 x 5368
• Pixel Size: 1.4 microns

jom tengok gambar-gambar smartphone Nokia 808 Pureview ni..

pandangan hadapan dan belakang

contoh gambar yang diambil

saiz sebenar

pandangan dari semua sudut
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

9 ulasan

  1. lpas ni xyah beli kemera bes2 dh..
    pakai talipon jer cukup.
    agak2 braper ler harga tue.

    BalasPadam
  2. nice entry.. jejak sini harap sudi balas

    BalasPadam
  3. cool.. cantekk! dh la nokia mmg tahan lama

    BalasPadam
  4. henpon ko yg ni ka botak?.. hehehehe

    BalasPadam
  5. perghh. terbaik punya kamera la nih.

    BalasPadam
  6. bila la abg mampu nk beli ni ?

    BalasPadam
  7. cun tp..hatiku telah ditawan oleh Sony.. ;)

    BalasPadam
  8. okay! luse nak beli! huhuhu

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)