cara meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris

4 comments

bahasa inggeris dah menjadi sangat penting zaman sekarang ni. bahasa inggeris selalu digunakan dalam pembelajaran di sekolah, universiti, kolej, tempat kerja dan lain-lain. so, macamana kita nak memperbaiki kemahiran kita untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris?

1. gunakan bahasa inggeris dalam perbualan harian

setiap hari kita berbual dengan kawan-kawan, keluarga, bos dan pensyarah/cikgu. cuba libatkan diri dengan komuniti yang berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris, atau ajak kawan-kawan kita untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. rapatkan diri dengan cikgu bahasa inggeris/ pensyarah dan ajak mereka berbual. macam aku, aku mula biasakan diri untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan cina dan india aku. diorang selalu berkomunikasi dalam bahasa inggeris. aku juga dapatkan kawan dalam kalangan pelajar foreigner. dah tentu mereka berkomunikasi dengan aku dalam bahasa inggeris. 

2. tonton filem atau siri TV dalam bahasa inggeris

bagi kanak-kanak yang baru nak belajar bahasa inggeris, bimbingan ibu bapa diperlukan dalam cara ni. yer la, filem inggeris sekarang ni banyak unsur yang tak bagus. cara ni bagus jugak sebab dia membantu mengajar kita untuk menyebut perkataan-perkataan inggeris dengan betul serta memberikan penggunakan ayat yang sesuai untuk satu-satu perkataan. bila dah selalu nonton cerita inggeris, cuba cabar diri untuk menonton filem inggeris tanpa membaca subtitle. belajar secara berseronok adalah satu cara pembelajaran gak.

3. dengar lagu-lagu inggeris

yang ni pun membantu gak. fungsi dia sama macam menonton filem inggeris. belajar berbahasa banyak menggunakan deria pendengaran. dengar lagu inggeris dan cuba nyanyikan lagu-lagu tersebut. ia juga membantu melancarkan bahasa inggeris kita. banyak perkataan-perkataan baru yang dapat dipelajari daripada lirik-lirik lagu. 

4. baca buku/novel inggeris

hahaha.. yang ni aku tak suka. membaca buku bahasa inggeris kadang-kadang memeningkan sebab banyak perkataan yang sukar difahami. kalau korang minat membaca, ok la. kalau macam aku? pergghh... tapi pastikan korang bawa kamus kalau korang lemah dalam vocabulary. kalau tak, buku tu just jadi bahan untuk buat korang tido je la~... kalau nak amalkan cara ni, aku baca komik Gempak dalam versi inggeris la. benda 

5. kerap menggunakan kamus

membaca kamus kini bukan sahaja terhad kepada pembelajaran di kelas mahupun rumah, tapi di mana-mana sahaja! tak semestinya korang nak bawak kamus setebal konkrit ke mana-mana. sekarang kan dah ada kamus elektronik seperti Besta dan lain-lain. selain tu, ada gak software kamus untuk handphone korang. biasakan menghafal 2-3 perkataan baru dalam sehari dan lihat hasilnya dalam sebulan. pasti ada peningkatan. :) insyaallah.

tu je la yang aku dapat kongsi dengan korang hari ni. bukanlah bermaksud untuk tidak memperkasakan bahasa melayu, tetapi kita juga perlu belajar bahasa lain untuk menjadi lebih maju dalam dunia yang dilanda arus pemodenan sekarang ni. k, chiow..
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan

  1. ya, setuju..

    drama/filem dari Britain kita lebih senang faham berbanding hasil karya dari US sb banyak 'rr'.. =)


    Tutorial RSS feed- Jiran blog.
    Apa tu? Jiran ni ibarat kita sama2 tolong promote blog kawan kita, dia pun promotekan blog kita.
    Sama2 naik. win-win situation. Macam mana nak buat? Meh jenguk sini. Jemput singgah blog =)

    BalasPadam
  2. betul tu ..byk gunakan kamus

    BalasPadam
  3. Aku sokong semua tips ni.. bagus2.. :)

    BalasPadam
  4. 2 dan 3 tu selalu la..yg lain2 jarang..apalagi yg 1..xixixix..nanti mau ambil Muet kena tuisyen..

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)