tutorial beli domain di netkl untuk blogspot

7 comments
aku nak share cara-cara nak beli domain kat netkl, sebab mungkin ramai lagi blogger macam aku yang berminat nak beli domain tapi tak tahu macamana.

by the way, Adamxis pun ada buat tutorial ni, tapi aku rasa netkl dah buat pengubahsuaian kot.. aku buat tutorial ni untuk pakej blogspot, maksudnya netkl yang settingkan domain tu untuk korang. korang cuma perlu bayar, then guna je domain tu. alah, dia cas RM3 je untuk pemasangan tu.

kat bawah ni ada bayaran tahunan yang korang perlu bayar untuk domain. aku pilih .com sebab RM35 je + RM3 untuk pemasangan, semua sekali RM38 la.. ok la tuh~..

klik untuk zoom
cara tempahan
cara dia macam ni :

klik banner kat bawah untuk pergi ke laman web netkl

 

klik domain



korang akan nampak banner flash macam ni, klik banner tu.

banner macam dalam kotak merah tu

klik 'order now' pada 'blogger/blogspot'


klik pada 'i want netkl to register a new domain for me' > pilih nama domain korang > pilih korang nak '.com' ke, '.net' ke hapa he > klik 'click to continue


jika status domain tu available, tekan 'click to continue'. kalau tak, pilih domain lain sampai la status tu 'available'


isi borang ni > Add to Cart


apa yang perlu korang isi?

a) your blogspot's Address/URL : url blogspot yang korang nak pasang domain tu. aku nak pasang kat blog ni, so aku letak la 'http://garyasip.blogspot.com'

b) username of your blogspot's admin : email yang korang gunakan untuk login blog korang

c) password of your blogspot's admin : password login korang

tick pada ID protection. free je pun. kalau korang tak tick, maklumat nama/alamat akan didedahkan > Update Cart


tekan checkout


isi maklumat dalam borang tuh > tick 'i have read and agree to the terms of service > klik 'Complete order'


korang akan diberi senarai bank yang korang boleh buat bayaran. dan korang akan dapat nombor invoice korang. sila simpan nombor invoice ini untuk kegunaan semasa pembayaran.


lepas tuh, klik 'back to client area..


ok.. dah siap untuk proses tempahan... sekarang adalah proses pembayaran.
proses pembayaran
pembayaran boleh dibuat melalui bayaran online seperti Maybank2u, CIMBclicks, dan sebagainya atau melalui mesin ATM. bayar kat nombor akaun yang dia bagi. ingat, kalau korang bayar melalui mesin ATM, simpan resit tu sebab korang perlu beberapa detail dalam resit tu seperti tarikh dan masa.. :) lepas dah bayar melalui online atau mesin ATM,

 kat client area, klik 'open ticket'


klik 'sale'


isikan maklumat yang diminta dan tekan submit.


apa yang perlu korang isi?..

a) nama dan email dah diisi secara automatik sebab korang dah login, so abaikan part tu.

b) subject : nombor invoice korang. tulis macam ni ; invoice : nombor invoice korang

c) related service biarkan 'none, priority? bagi high je. haha..

d) kat message, isi maklumat ni;
1. nama akaun :
2. nombor akaun :
3. tarikh :
4. masa : 
5. jumlah :
nama akaun tu bermaksud bank yang korang guna untuk bayar domain tu bank siapa? kalau bank korang, bagi la nama penuh korang. kalau bank bapak korang, letak la nama penuh bapak korang dan sebagainya. tarikh dan masa tu adalah tarikh dan masa korang membayar, bukan masa korang isi ticket ni. kalau korang bayar melalui ATM, ada la tarikh dan masa pembayaran kat resit tu kan? jumlah tu jumlah yang korang bayar.

dah siap!! sekarang, korang hanya perlu tunggu balasan tiket tersebut, sama ada domain korang dah diaktifkan. jangan lupa cakap terima kasih kat diorang tau.. :)


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 ulasan

  1. wahh..dah ada domain sndri..

    BalasPadam
  2. terima kasih gary!!!


    alif pun baru siap register domain nih...

    berapa hari ek activation process???

    BalasPadam
  3. ada full tutorial ni..kena bookmark ni...hee~

    BalasPadam
  4. @alif ismail : 15-20 minit dah boleh guna domain tu.. tapi dia kata ambik masa 6-7 jam untuk aktif sepenuhnya..

    BalasPadam
  5. Owh.. Thanks ye.. Bte, nak tanya, bila kita dah tukar ke domain sendiri, follower yang follow kita sebelum ni boleh detect kita lagi tak? Sebelum ni aku penah tukar domain sendiri tapi yang free punyalah, tapi poblemnye bila follower aku dah x boleh nk update dengan aku punya entry baru.. then trus aku tukar ke blogspot blk.. so, kalau kita bwat domain sndiri under netkl ni, follower still dpt detect kita lg la ek?

    BalasPadam
  6. @ZWAN SABRI : salam~.. kalau kita tukar ke domain sendiri, follower kita masih boleh detect kita. domain tu tak mengganggu feed blog kita. lepas aku tukar domain, aku pegi blog2 yang letak aku dalam bloglist diorang. dan still dapat detect entri terbaru aku... :)

    BalasPadam
  7. er..ape kebihan pkai domain ek?awat x terus pkai yg free ni aje?hehe
    just wondering lorh >,<

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)