tingkatkan trafik blog dengan busuk.org

9 comments
sebagaimana kita sedia maklum, ada pelbagai cara untuk kita tingkatkan trafik blog kita iaitu dengan ping entri ke laman-laman sosial seperti facebook, twitter, google+ dan sebagainya. kita juga tau bahawa blogwalking merupakan antara cara untuk tingkatkan trafik blog.

selain ping entri ke laman-laman sosial, kita juga boleh ping entri di laman perkongsian lain seperti busuk.org.
apa itu busuk.org?
busuk.org ni adalah satu laman perkongsian artikel untuk blogger, sama seperti Apesal.com dan ohbelog.com. laman perkongsian, dalam kata mudahnya ialah, tempat korang boleh lepas gian untuk ping entri. hehe.. korang boleh ping entri kat sini.
so, apa kelebihan busuk.org?
1. membantu untuk tingkatkan trafik blog melalui permainan SEO.

sebelum ni aku ada post entri tentang perjalanan aku balik ke Perlis. then, aku ping entri tu kat busuk.org. lepas ping, 10 jam lepas tu aku try search kat google dengan kata kunci 'ke Perlis'. aku tak target entri tu masuk dalam page pertama carian google, sebab entri tu hanya entri personal. tapi

tingkatkan trafik blog
klik gambar untuk zoom

memang masuk dalam page pertama. aku ingatkan benda ni mungkin mampu bertahan dalam sehari je la. so, aku try cari entri aku tentang freebies : background iklan yang aku ping dalam 5-6 hari lepas dengan kata kunci 'background iklan'. hasilnya?

tingkatkan trafik blog dengan busuk.org
klik gambar untuk zoom

juga masih terdapat di page pertama google. hal ini secara tidak langsung membantu dalam meningkatkan trafik blog kita. oleh itu, selain daripada memperolehi trafik daripada balasan blogwalking rakan blogger, kita juga dapat menarik trafik melalui enjin carian.

2. sistem 'double trafic'

nama 'double trafik' ni aku bantai je. hahaha.. tapi ni adalah petikan yang aku petik daripada laman web busuk.org

"bagaimana widget ini berfungsi? - widget ini akan memberikan pulangan trafik kepada anda yang telah menyumbang trafik kepada artikel user lain.. dalam erti kata lain, sekiranya kami mendapati anda telah memberi 1 trafik kepada artikel lain, kami akan memberikan 2 trafik kepada anda.. sekiranya 5, kami beri 10 kepada anda.."

so, secara tidak langsung, korang dapat meningkatkan trafik blog dengan mengiklankan entri blog lain. sharing is caring bukan? :)
"betul ke boleh tingkatkan trafik blog dengan busuk.org ni?"
klik gambar untuk zoom

gambar kat atas menunjukkan trafik yang disumbangkan oleh busuk.org kepada blog aku sepanjang 2 hari. memang la tak sampai 1000++, tapi at least dia ada menyumbang dalam trafik blog aku. sikit ok la daripada takder.. 
"saya nak pasang widget busuk.org, tapi widget ni merosakkan design blog saya. tak nampak cantik la.."
ini la ayat aku masa mula-mula nak pasang widget ni. tapi tengok penyelesaian aku:


aku letak background untuk widget tu. macamana caranya? sama saja seperti cara letak background untuk iklan. cuma perlu design background tersebut, kod iklan ganti dengan kod widget busuk.org dan ubahsuai lebar dan tinggi mengikut lebar dan tinggi gambar.
"ambil masa lama ke nak daftar busuk.org ni?"
tersangat la sekejap. korang hanya perlu login menggunakan akaun twitter atau facebook! sekali klik, korang dah boleh sertai warga busuk.org, letak widget dalam blog, dan mula ping entri anda! :)
penutup kata
saja nak kongsi info. why not give it a try? try la pasang seminggu dua, dan lihat hasilnya. kalau korang tak puas hati, remove je la widget tu. belum cuba, belum tahu.. :)

notakepalalutut : apesal aku gigih sangat promote busuk.org ni?.. =.=" 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

9 ulasan

  1. dari busuk.org juga tapi tak dapat begitu ramai pembaca >.<

    BalasPadam
  2. busuk.org ni mmg sedikit sbyk sumbangkan trafik kat blog..hee~

    BalasPadam
  3. Memang banyak trafik kalau guna ping tool ni. =) Kak Sha guna Apesal.com.

    Kak Sha dah daftar busuk.org sekali dgn Apesal.com. tapi tak faham dgn busuk.org ni.. tak tahu nak ping entri kita macam mana. So, biar je la terabai tanpa kasih sayang. Haha.

    Minta tolong Gary, ajarkan boleh tak?

    BalasPadam
  4. macam best jer.. nk tryla nnati.. :)

    BalasPadam
  5. rase cam nak try jee.. hihihi ;)

    BalasPadam
  6. busuk org terbaek :)


    wah lama x masuk sini, dh ada domain sndri yaaa gary :)

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)