sedih kejap bila dah tukar domain

10 comments

hhmm.. memang tak disangkal lagi yang aku dah lama nak berdomain sendiri. malah menyimpan hasrat untuk mempunyai hosting sendiri. lepas aku beli domain tu, memang tak habis-habis senyum la. happy sakan la..

tapi senyuman tu cuma bertahan selama sehari. gembira tu memang la gembira, tapi...
alexa rank
dah penat-penat kumpul 154 sites yang link ke blog aku, tiba-tiba semuanya hilang. ranking yang selama ni penat aku naikkan, dah jadi 'no data'. hhmm.. masa aku buat kajian tentang membeli domain ni, memang la aku tau yang alexa rank akan mula dari awal balik. tapi aku tak tau la sedih macam ni pulak..

mengenangkan semua yang pernah aku buat, segala yang aku dah usahakan, hilang macam tu je. setahun lebih kot aku nak nak bagi naik rank alexa tuh.. huhu~.. setiap kali tengok website alexa, dan tengok rank blog aku 'No Data', aku jadi sedih pulak.. hhmmm.. somehow semangat berblog dah turun sikit sebab takder kayu ukur untuk aku uji prestasi blog aku selain daripada melalui trafik.
pagerank
kehilangan alexa tak la berapa sedih jika dibandingkan dengan kehilangan pagerank. pagerank ni bukan senang nak dapat wo.. somehow dengan pagerank 1 tu, ada la jugak entri blog aku masuk kat page 2-3 kat google search tuh.

dulu, bila aku taip 'BLOG GARY!!', terus je keluar nama blog aku kat first page google search tuh. sekarang jangankan kat page 1, batang hidung pun tak nampak. aku sayang giler ngan pagerank aku tuh tau.. sekarang kena start dari awal balik. yang aku tau, aku nak dapat pagerank 1 tu pun susah sebab aku tak reti main SEO.
kesimpulannya,
kalau rasa-rasa nak beli domain tu, beli la awal-awal. tak payah tanguh-tangguh. memang aku tau korang tak harapkan pagerank. tapi somehow kalau korang dah lama berblog, walaupun blog personal, pagerank dan alexa rank korang akan naik. sampai satu masa korang ambil keputusan untuk serius berblog dan nak beli domain, nyesal wei.

kena start dari awal la gamaknya. huhu.. tapi aku hepi sikit sebab dah semakin banyak keyword yang encik google tarik masuk ke blog aku.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 ulasan

  1. chill bro... nanti dapat la balik semua tu. awal2 memang macam tu..

    BalasPadam
  2. tkpe la gary. tiap sesuatu ada kebaikan n kelemahan tersendiri. InsyaAllah gary still TOP . :)

    BalasPadam
  3. dun wory..nnti naik baliklah tu..

    BalasPadam
  4. sbr gary,
    bwa relax dlu, kalau rasa semangat hilang, slow2 dlu. nnti naik la blik tu

    BalasPadam
  5. waa congrats for the new domain!!! hehe...xpa la, pasni bleh kumpul lg..hee...

    BalasPadam
  6. sekejap jer tu...nanti naik la semula..

    BalasPadam
  7. ala sabar je la.. nnt kau punya pagerank ngn alexa kau lagi cepat naik dari org yg guna blogspot..

    BalasPadam
  8. kelas ko Jah..

    untunglah dapat pakai domain sndiri. kak sha belum sampai masa. haha~

    BalasPadam
  9. eh..pagerank tue nda jgk amik ms lm..
    lps sis tukar mmg no data..tp lm2 nek jgk..rasanya depends kot dgn visitors blog.. :)

    BalasPadam
  10. xpe..pelan2 kayuh..sikit2 lama2 jadi bukit ;)

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)