On Air : kejam ke?

10 comments

sekarang orang dah cakap-cakap pasal rancangan kat Astro Ria iaitu On Air, rancangan realiti tv yang mencari pengacara yang berbakat untuk menceburi bidang penyiaran. terdapat 3 juri, 2 juri tetap iaitu Aznil Nawawi, Suhaimi Sulaiman dan 1 juri jemputan yang setakat ni diambil alih oleh Datin Normala Samsudin, Dang Suria, Sarimah Ibrahim dan Wan Zaleha Radzi.
persoalan aku : kejam ke rancangan ni?..
hhmmm... kalau diperhatikan, kebanyakan kontroversi yang timbul adalah hasil komen daripada Dang Suria. komen beliau memang menyengat la. setakat yang aku nonton ni, dia dah cakap "lose some weight" kepada seseorang peserta berbadan besar serta "jujur katakan, awak tak hensem". perghh.. 

kejam ke?.. bagi aku? tak kot. sebab, bagi aku, peserta yang datang untuk ujibakat tu datang diatas keputusan mereka sendiri, keberanian mereka dan mereka sepatutnya lebih tahu tentang kemungkinan mereka ditolak, malah diberi kritikan sedemikian rupa.

Dang Suria banyak memberi komen mengenai rupa fizikal serta penampilan peserta di kaca tv. mungkin itu memang tugas beliau dalam mengadili ujibakat tersebut. mungkin kita rasa bakat yang ada sudah mencukupi, rupa fizikal tak penting. tapi juri yang dipilih pastinya adalah juri professional, bukan main kutip tepi jalan je. bagi aku, mereka lebih tau ciri-ciri pengacara yang akan survive dalam bidang pengacaraan ni.

bukan Dang Suria je yang reject peserta. juri yang lain pun reject peserta. komen yang diberi oleh diorang ni baru sikit. realiti dalam bidang ni mungkin lebih kejam berbanding komen-komen pedas yang diorang terima sekarang.

kalau diorang tak boleh terima komen pedas sekarang pun, macamana kalau tiba-tiba diorang jadi kontroversi suatu masa nanti dan terima kritikan ramai orang? memang goyang habis la. aku lebih respek peserta yang tak layak, tapi keluar dengan senyuman.

yang kes seorang pakcik serang Aznil pun satu hal. tau la sayang anak buah, tapi patut ke dia marah Aznil sebab tak bagi anak buah dia lulus ujibakat tu? dah anak buah dia tak layak, nak buat macamana? malu la. aku yang umur setahun jagung ni pun boleh fikir. 
kesimpulan
bagi aku, satu je.. tak nak kena kritik, tak payah datang ujibakat. dok kat rumah, nonton on air sambil baring makan keropok sudah. aman~..

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 ulasan

  1. dang suria kejam gileee kot.ayt ptot bagi belapik la kalau yer pon ape yg die ckp tu betol.huhuh

    aznil pon reject org.tapi,ayt belapik gak.ptot dorg kejam bile peserta yg tanak trime kritikkan.yg tu ptot buat ayt pedas.hee

    BalasPadam
  2. rasanya bila dah terpilih dan dlm proses pembelajaran boleh kot didik dgn komen2 pedas..tp stakat uji bakat mcm tak sesuai sbb tujuan utama pun nak uji bakat yg mereka ada.. just pendapat.. :)

    BalasPadam
  3. tu la...aq pun ada jugak tertengok on air ni..kadang2 aq sendiri geleng kepala..macam ni pun nak datang audition...huuhu...lepas tu juri kritik sikit..tak boleh terima...aiyoo...

    BalasPadam
  4. betul tu.. kalau rasa hati xcukup kuat terima kritikan baik xyah dtg. lagipun xkan la juri nak amik org yg xde package kan?

    BalasPadam
  5. ini gary kat running man tu yea?? hehe

    BalasPadam
  6. kena berperasaan gak kot. yang ciptakan dia tak ensem bukan manusia, Allah kot. kalau macam tu, diorang kena la buat ujibakat untuk YANG HENSEM DAN YANG CANTIK. yang dtg bersandarkan bakat mereka, kesian

    BalasPadam
  7. @faridah nazurah boleh je kalau dia nak amik yang xde package. kena hapuskan trend yang lawa n ensem, diorg berbakat

    BalasPadam
  8. but still, ayat bertapis lah. don't ever judge someone from their outer appearance. muka x lawa pun lepas mekap lawa, kan? x kesah kalau dia nak kata "pegi lose weight" etc.. cer ckp "dik, kalau awak kurus sikit mesti cun dik. cuba lagi lain kali, ye?" kan sedap didengar tu.. kan? kan? just giving my personal opinion..^^

    BalasPadam
  9. tu baru cket kot kritikan...
    nnt da btol2 jd pengacara msty lagi teruk kena...
    hadap jela,nk sgt jd pengacara kn?heee~

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)