kelebihan mempunyai domain sendiri

12 comments

sahabat blogger aku, Zwan Sabri cadangkan aku buat entri pasal kelebihan domain berbayar dan cara mendapatkan domain sendiri. aku dah buat entri tentang macamana nak beli domain di netkl untuk blogspot. sekarang aku nak share sikit kelebihan mempunyai domain sendiri..

1) url blog lebih mudah diingat : 

-yerla.. berbanding nama blog panjang-panjang, url blog yang lebih pendek adalah lebih mudah diingat. 'garyasip.com', senang nak ingat kan? tapi bagi aku, ni cuma kelebihan yang tersangat kecil, sebab beza dia tak banyak pun. sebelum ni nama domain aku 'garyassip.blogspot.com'. sama je. kalau korang ingat 'garyasip' tu, rasanya nak ingat 'blogspot' tu takder masalah.. huhu~..

2) membantu meningkatkan SEO blog

- bagi blog yang mementingkan SEO dalam blog, memiliki domain sendiri adalah langkah pertama untuk dilakukan. untuk mendapatkan SEO yang lebih mantap, guna la wordpress. aku tak la nak memperkecilkan blogspot, tapi memang tak disangkal bahawa wordpress adalah medium yang sangat efektif jika korang nak tarik SEO dalam blog kerana wordpress mempunyai banyak plugin yang membantu dalam meningkatkan prestasi SEO blog.

anda pengguna blogspot dan tak nak buat 2 blog? nak tumpukan pada 1 blog sahaja? jangan risau, netkl menyediakan pakej 'myWordpress' untuk memindahkan blog korang dari blogspot ke wordpress.

so, kenapa aku masih menggunakan blogspot? sebab aku sayang template aku.. lama nak design wei!! huhuhu~.. 

kalau korang cari apa-apa kat google, 90% blog yang muncul pada page pertama adalah blog yang menggunakan domain sendiri kan? sebab blog yang menggunakan domain sendiri lebih mudah terindeks di google.

3) menunjukkan kesungguhan blogger tersebut dalam berblog

- blog yang mempunyai domain sendiri menunjukkan blogger tersebut serius dalam berblog. serius terhadaap blognya. bersungguh-sungguh dalam dunia blog. kalau dia tak serius, takkan dia sanggup bayar kan? usaha ni dapat menarik pihak pengiklan untuk meletakkan iklan di blog korang.

4) pelaburan masa akan datang

- pada satu ketika nanti kalau korang dah tak berminat nak berblog, korang boleh jual domain korang pada harga yang lebih tinggi. hanya perlu pastikan domain korang tu unik.. hehehe~.. netkl juga menyediakan service untuk tolong korang menjual domain korang.

5) hak milik penuh ke atas blog

- baru-baru ni aku baca entri seorang blogger tentang beberapa entri dia hilang. ini adalah disebabkan domain 'blogspot' tu adalah hak milik blogspot. so, dia ada hak penuh untuk delete mana-mana entri korang ikut suka hati dia.

kalau ada domain sendiri, korang memiliki hak penuh terhadap blog korang dan blogspot tak boleh delete mana-mana entri kita. kalau nak lebih selamat, beli la hosting sendiri.

untung la kalau entri je dia delete.. kalau dengan blog korang sekali dia delete? hancusss~.. insyaallah kalau la pendapatan aku dah stabil esok-esok, aku ingat nak beli hosting gak.. amin~..

6) lebih selamat

-sebab ada ID protection.

7) mengelakkan blog anda diblock di tempat kerja atau sekolah

- sekiranya tempat kerja atau sekolah korang block internet daripada mengakses blogspot, sebarang blog yang menggunakan '.blogspot.com' tak dapat diakses. kalau blog korang ada domain sendiri, boleh je akses kat mana-mana.. :)
sebab aku guna domain berbayar
lepas masuk universiti, aku sedar yang aku dah tak boleh tumpukan sangat kat blog ni. bukan faktor masa, tapi faktor mood, persekitaran dan juga komitmen. aku sayang blog ni, dan aku tak nak blog ni mati. kalau pun aku rajin blogwalking masa dah start kuliah nanti, aku tau tak ramai blogger yang online atas faktor sibuk dengan sekolah, universiti, kerja dan lain-lain. so peluang nak mendapat kunjung balas dalam sehari adalah sangat nipis.

so, aku mula beralih kepada SEO. mengharapkan trafik walau seciput daripada pengguna internet yang berlegar di alam maya ni. so walaupun aku tak online sangat tapi asalkan trafik aku tak mencecah sifar. mungkin bila dah start semester nanti, sehari atau dua hari sekali je update.. huhu~..

diharapkan plan aku berjaya. lagipun aku ada ramai senior kat universiti aku yang mengutamakan SEO dalam blog. boleh la berguru sikit dengan mereka.. hehe..

so tunggu apa lagi? jom beli domain kat netkl!! :)
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

12 ulasan

  1. oh bru pham..hehe thnks gary ^_^

    BalasPadam
  2. amboi, dah maju sekarang. aku jela masih seperti dulu. haha

    BalasPadam
  3. den pun baru jer berdomain sendiri nih...hehe

    BalasPadam
  4. sy pon nk tukar lah..tks gary..suka statment # 3 tu

    BalasPadam
  5. tunggu dapat duit cashout dulu bro.. huhu.. aku cadang mau bli domain + hosting huhuhu.. kalau x pun beli domain + guna free hosting.. ('',)

    BalasPadam
  6. banyaknye kelebihan dia.. btw, thanks sangat2 atas perkongsian ni.. :)

    BalasPadam
  7. bes nie..tp x sure lg nak beli domain sndri ke x..

    BalasPadam
  8. heee..tue dia smgt trusss..hehe :)

    BalasPadam
  9. mmg banyak kelebihannya kalau ada domain sendiri ni...:D

    #aq pun tak tahu bila nak tukar ke domain sendiri ni..haha~

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)