industri perfileman melayu sekarang

3 comments

dulu, aku berharap filem-filem melayu akan naik setaraf dengan filem-filem barat. tapi sekarang aku jadi takut. memang aku akui, industri hiburan Malaysia sekarang dah agak maju.

yang paling ketara adalah animasi/kartun.. daripada kampung boy, sekarang kita dah ada seafood! dan mungkin Malaysia akan muncul dengan animasi 3D lepas ni. siapa tahu? upin ipin pun tak kurang hebatnya sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia dan mungkin negara-negara lain selepas ni.


selain itu, aku juga respek dengan beberapa filem keluaran KRU Studio contohnya cicakman dan merong mahawangsa yang aku lihat sebagai langkah-langkah awal Malaysia dalam penghasilan filem bertaraf antarabangsa. idea kreatif dan segar.
tapi.....

sehubungan dengan kemajuan industri ni, aku menjadi risau. kenapa? sebab aku dapati industri perfileman melayu sekarang mula berjinak-jinak dengan unsur lucah. ayat-ayat aku selepas ni mungkin akan menyentuh beberapa filem, tapi ini semua hanya pendapat aku. k?

Ombak rindu. pergh.. box office siot~.. hmm.. aku tak ulas pasal benda ni pun, semua orang dah tau unsur-unsur yang aku maksudkan dalam filem tu. adegan suami isteri. "alah gary... takder benda la.. jangan besarkan hal kecik la..".. hahaha.. mungkin betul takder apa-apa. tapi filem tu adalah UMUM. mungkin korang nak salahkan mak bapak yang pegi tengok wayang tu bawak anak diorang yang kecik-kecik lagi. tapi macamana yang pegi tengok masa awal-awal pelancaran filem tersebut? diorang tak tahu pun ada unsur-unsur tu dalam filem tersebut.


takder apa nak dimalukan? ok.. kalau macam tu, apesal mak bapak kat rumah tak buat adegan yang ada dalam ombak rindu tu depan mata anak-anak diorang?

kadang-kadang ia juga diterapkan dalam dialog sesebuah filem..

"kalau ya pun, gua tak main la tepi-tepi jalan ni..."

"malam pertama yang ketujuh~..."

mungkin semua ni biasa je bagi korang. alah, biasa la tu. tapi tak nampak ke apa yang sedang berlaku? sedikit demi sedikit rakyat Malaysia telah diterapkan dengan budaya "alah, biasa la tu" dan "be open minded la"..

sumpah aku tak hairan kalau suatu masa nanti akan ada adegan SEKS atau KISS dalam filem melayu. who know? kalau la filem tu diterbitkan nanti, aku akan pastikan aku pegi nonton dulu sebelum korang.

aik?.. apesal?.. kalau filem tu 18SX pun, aku boleh je pegi.. kah3..
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan

  1. a ah, sependapat. lagi2 la tahun ni lembaga penapisan filem dah tak buat kerja..

    p/s: susah betul nak masuk blog ni setelah guna google +, kan? line tak kuat lor nak tarik masuk. ni guna address kat bloglist orang.

    BalasPadam
  2. Ckp pasal ombak rindu.. ada la tgk gx tp novel dia lg best kowt..

    merong mahawangsa tak best sgtlah.. tp bguslah ending dia..

    cicakman mmg da best.. ehhee..

    Taw takpe.. byk sgt aksi2 yg xsenonoh. lg satu, byk da cte hantu2 diterbitkan.. tu psai bdx skunk jdik penakut.. hahaha..

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)