budak yang reti cakap bahasa korea dan mandarin selepas kemalangan disampuk 3 jin?

7 comments
pulak dah... hahahahaha.. betul-betul nak buat aku tergelak. ada tengok tv3 tak sebelum ni? kat berita TV3 pukul 8 malam baru-baru ni, dilaporkan seorang budak boleh bertutur bahasa korea dan mandarin setelah terlibat dalam satu kemalangan.

semasa temuramah, budak tu cakap dia hanya mampu bercakap bahasa korea dan mandarin sehingga pukul 11 pagi.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.- aduhaimedia.com

then bila wartawan datang ke rumah dia sebelum pukul 11, tak boleh pulok dah cakap korea dan mandarin. then keluar dalam berita TV9 hari ni, "misteri pelajar mampu bercakap bahasa asing selepas kemalangan terbongkar, disampuk 3 jin"..
dari sudut aku;

what-the?? sori la kalau korang telan bulat-bulat cerita ni. tapi aku tak boleh hadam dowh cerita ni. mengarut siot. aku tau memang ada sindrom ni. kalau tak silap aku, Foreign Accent Syndrome (FAS) dan ada gak orang di negara lain yang menghidap sindrome ni terutamanya selepas kemalangan.

aku dah dekat-dekat nak percaya sebenarnya, tapi syarat dia banyak sangat. sebelum pukul 11 la, (wartawan datang sebelum pukul 11, tak boleh pun cakap korea?) kena tido lepas subuh. 

bagi aku, syarat-syarat tu diwujudkan untuk back up/alasan kalau la tiba-tiba orang media datang nak dengar dia cakap korea, boleh la jadikan alasan,

"alah.. saya tak tido la lepas subuh tadi... mak saya ajak mengaji sampai siang.."

bertambah pula keraguan aku, bila semua doktor pakar tengah sibuk bincangkan pasal hal ni, kejap ada darah beku, kejap takder, tiba-tiba pulak sebab dia adalah kena sampuk jin?? 3 ekor jin?..

hmm.. pasal darah beku tu? alah... toksah percaya sangat sistem perubatan negara kita ni.. aku tak la kutuk negara kesayangan aku sendiri. tapi benda ni jadi kat kakak aku.

doktor kata kakak aku ada darah beku kat area perut dia. apalagi, kena operate la. kos dah keluar banyak, tiba-tiba doktor bagitau benda tu bukan darah beku, tapi darah haid kakak aku. masa tu kakak aku tingkatan 1, tak period lagi. so 'darah beku' tu sebenarnya just darah haid kakak aku yang tak pecah lagi...

jadi macamana pesakit FAS kat luar negara tu? kena sampuk jugak ke? kena sumpahan kum-kum ke? kena sampuk jin mana? jin blackmetal?
so?

sori la.. selagi aku tak tengok depan mata aku, aku susah nak percaya kot. terpulang la. setiap individu ada pendapat sendiri. ni pendapat aku. kalau aku tengok depan mata pun, belum tentu aku percaya.  Wallahualam.. 

kalau benda ni betul, aku terima kesilapan aku dalam meragui fakta.. pendapat kita berubah mengikut perkembangan pengalaman dan pengetahuan kita. apa pula pendapat korang?
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 ulasan

  1. secara jujurnya, aku memang tak caye benda nih.. ala sekarang ni cerita korea berlambak la kat tv.. maybe dia tu fast learner, so bile tgk je drama tu dia pun dok mengikut..

    tapi mungkin jugak kuasa ALLAH.. ntahlah

    BalasPadam
  2. disampuk 3 jin?
    jin korea,jin cina n jin ape lg sekor agaknya?
    mengarut jela..aishh...
    wallahualam.

    BalasPadam
  3. hehe..tau takpe..agak tak logik mende nih.. tapi tak mustahil , kuasa Allah kan ? tak siapa tau. # jgn ada kpop fans yg tetibe buat accident sebab nak cakap korea da la. tskk ! -.-

    BalasPadam
  4. percaya pasal FAS tapi pasal pukul 11 dan tidur tu, sangsi jugak.

    Lor, bersimpati pada kakak gary..
    Dr ni sebenarnya nak buat pembedahan pesakit sebagai pengalaman dan uji kaji dia. jadi kita kena bijak sikit. jangan nak ikut je cakap Dr. Kak Sha cakap macam ni sebab dulu ayah Kak Sha masuk hospital sebab darah tinggi. then Dr minta nak bedah bagi kencing ikut karung plastik. Nasib baik ayah tolak. ye la, daripada boleh kencing elok2 nak tukar kepada yg menyusahkan buat apa kan?
    Alhamdulillah, kencing manis turun dengan amalkan air rebusan akar kayu dan daun kayu.

    BalasPadam
  5. haha..betul la tu kot cakap budak tu..agaknye,jin dia yg rasuk..jin kan,mcm2 boleh buat.

    BalasPadam
  6. Aku pown payah nak pecaya jugak tapi aku ambil prinsip nothing impossible.. kalau itu yang ditetapkan oleh Allah, maka takdak yang mustahil.. I'm trying to be positive, HEHE..

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)