bila izrail menjemput

6 comments

tadi aku nonton berita TV3. korang nonton tak? ada sorang budak meninggal dunia akibat merempuh belakang van penyelenggara yang berhenti di lorong kecemasan. dia dikatakan leka melihat lori yang terbabas berdekatan menyebabkan arwah tidak menyedari van tersebut. 

arwah merempuh belakang van tu dan tercampak ke tengah jalan menyebabkan beliau digilis lori. hhmm.. macam-macam cara manusia meninggal dunia sekarang ni. hhmmm...

apa yang menarik perhatian aku tentang kemalangan ni? biasa la, orang meninggal akibat kemalangan kan?

menurut laporan, kalau tak silap aku la, beliau merupakan student tahun ke-3/4. yang penting tak lama lagi nak graduate la maksudnya kan? masa kemalangan tu, arwah sebenarnya tengah on the way nak pegi ke tempat dia nak praktikal.


benda ni la yang buat aku takut giler sebenarnya. macamana kalau ajal menjemput aku bila aku tak habis study lagi? mak aku dan bapak aku penat-penat cari duit nak masukkan aku kat universiti, belajar bagai nak rak dari sekolah rendah sampai masuk universiti, tapi endingnya, tak sempat nak kerja dan praktikkan semua ilmu tu.

tak sempat lagi berbakti kat mak bapak. yang dah selama ni berikat perut membanting tulang untuk menghidupkan aku. tak sempat nak berbakti kepada keluarga.

yang penting, amal aku macamana? dosa aku banyak ke? boleh diampunkan ke dosa aku tu? atau aku akan diseksa dalam liang lahad aku nanti? adakah kubur aku nanti dalam keadaan baik, atau aku diaibkan saat jenazah aku ditanam?

hhmmm... sesungguhnya mati adalah lebih susah daripada final exam. 


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan

  1. tak kira kat mana pun kita, tak kira apa kita buat, kalau ALLAH nak matikan kita bila2 masa je

    BalasPadam
  2. mati itu tak bisa ditunda walau sesaat pon...
    yup,takut ble fikir bagaimana agaknya cara kte menemui ajal tu...

    BalasPadam
  3. mati tu takkan cepat sesaat dan takkan terlewat sesaat pun..cuma kita tak tahu je bila dan macam mana kita akan menemui ajal nanti...seram bila fikir pasal ni...

    BalasPadam
  4. tak kisah la sempat ke tak berbakti kan, asalkan amalan kita utk ibu n ayah

    BalasPadam
  5. ajal maut tak menunggu kita..

    BalasPadam
  6. renung-renungkan dan selamat beramal :)

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)