Apa Itu Niche Blog

3 comments
apa itu niche?
dalam bahasa mudah, niche ni adalah sesuatu yang spesifik atau pengkhususan dalam sesuatu perkara 
apa itu niche blog?
niche blog ni pulak adalah blog yang diwujudkan khusus untuk sesuatu perkara. contohnya, blog tutorialuntukblog. blog ini diwujudkan khusus untuk memberikan tutorial-tutorial tentang blog seperti widget, tips penulisan dalam blog dan sebagainya. blog lyssa faizureen? bukan.. kan beliau kata, "bukan sekadar blog tutorial". blog tu campur entri personal dan tutorial. so tak boleh dikategorikan sebagai niche blog.

ada macam-macam niche blog kat alam maya ni. ada yang khusus menceritakan tentang pelajaran, keibuan, mahupun perubatan. malah, aku pernah jumpa blog yang khusus untuk menceritakan tentang ikan keli. ramai juga blog yang dibuka khusus untuk perniagaan mereka seperti menjual baju, kek dan sebagainya.

yang pastinya, niche blog ni hanya menumpukan kepada satu perkara. kalau dia cerita tentang haiwan, tentang haiwan je la. takder la tiba-tiba buat entri tentang sayur, atau entri tentang tuan blog tu tengah bosan lak.. hahaha..
kelebihan niche blog
1. sentiasa mempunyai idea untuk menulis entri

-kita akan sentiasa mempunyai idea untuk menulis blog. kerana kita hanya menumpukan penulisan kepada satu topik, dan tak perlu pening-pening sebab tak tau nak update pasal apa..

2. pembaca yang sekepala.

-niche blog juga mempunyai pembaca yang sekepala. contohnya, blog tentang keibuan. semestinya para pembacanya adalah daripada kalangan ibu bapa. oleh yang demikian, blogger boleh bertukar pendapat dengan pembacanya dan berkongsi info baru. pasti seronok.

3. menarik perhatian pengiklan.

-blog niche lebih menarik perhatian pengiklan. contohnya, blog tersebut khusus untuk teknologi dan gajet terkini. so, pengiklan dan blogger yang mempunyai niche yang sama akan berminat untuk meletakkan iklan mereka di blog tersebut.

4. menarik perhatian search engine terutamanya google.

-sebab google suka jika sesuatu blog mempunyai keyword yang berulang-ulang.
nak buat niche blog? nak buat pasal apa?
buat la pasal sesuatu yang menjadi kepakaran korang. kalau bagi blogger yang telah bekerja, korang mempunyai kelebihan untuk mewujudkan niche blog. tulis saja tentang pekerjaan korang; kelulusan yang diperlukan, bidang kerja tersebut, kelebihan bidang tu dan lain-lain. 

student pun boleh je buat niche blog. pasal design, seni, muzik, pelajaran, fesyen dan lain-lain. bagaimana kalau tak ada kepakaran? boleh je study melalui online. zaman sekarang ni, korang search je kat google. macam-macam ada. tapi awas, jangan jadi copycat. fahami la topik tu, dan luahkan dalam ayat korang dan pemahaman sendiri. niat tak menghalalkan cara tau.

kalau ada modal, boleh la upah penulis yang lebih arif tentang topik yang korang nak. korang rasa aku mengarut? tengok blog ni. beliau mengupah penulis untuk menulis dalam blog beliau. 
kesimpulan
so, itu la serba serbi mengenai niche blog. harap korang paham la penerangan aku ni. sekurang-kurangnya korang ada pendedahan sikit mengenai niche blog ni. jangan tulis niche blog tentang porno sudah. dosa~..

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan

  1. aku belum ada idea lagi dalam part niche ni bro.. spesifik gila ko terangkan, dulu2 ak baca ni dkt blog si jery pendek jak dia terangkan.. hoho

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)