memang banyak alasan yang diberi apabila ditanya,"kenapa anda berblog?".. memang wujud macam2 alasan yang kekadang munasabah kekadang macam tak logik..  lantak la... sukati kita la nak buat blog ke tak kan?.. namun ada beberapa situasi yang aq rasakan blog ni merugikan..

1. bila terlalu banyak masa dihabiskan dengan blog..


kekadang dalam sehari tuh boleh habis 8-9 jam jugak la mengadap blog.. kalau korang2 yang ada internet connection yang lajutahapemaktenuktergoleksanasini, best la.. sekali klik je, beberapa saat je dah habis loading.. kalau mangsa broadband cap siput macam aq?.. lepas klik link tuh, pegi makan, buang air besar, lepak2 sejam dua ngan kawan pun belum habis loading.. (tuh dah hyper lembab tuh)..

maka kekadang ada manusia yang cakap..

"alah.. lebih baik aq duduk depan blog daripada buang masa lepak sana sini, hisap ganja, buang anak, buat anak, blablabla..."

aq tau... aq tau....

"tapi kan lebih baik tolong mak ke, abah ke kat rumah atau kat kebun... lepak ngan kengkawan pun sebenarnya digalakkan sebab mampu meningkatkan skil 'public relation (PR)' korang... tapi lepak sekali sekala tuh orait la.."

maka lebih baik aq rasa kalau ada jadual untuk kita.. bila kita sepatutnya berblog.. cari la masa yang sesuai... kekadang mak bapak kesian nak mintak tolong kat kita sebab tengok kita tengah syok gila online..

kalau mengadap blog 24 jam pun tak boleh gak... social life kena jaga... social skill penting..

2. bila blog bayar gaji kat kita..


paham tak maksud aq?.. bila kita berblog ni ibarat makan gaji... ibaratnya blog kita ni bayar gaji kat kita.. bila tak dapat update blog... mula la resah... pening kepala tak tau nak update apa... macam tak siap kerja yang bos suruh siapkan..

apa yang rugi kat situ??... yer la, free2 je kita pening kepala... blog yang pada awalnya ditubuhkan dengan niat kerana minat, akhirnya menjadi beban... kenapa harus menjadi beban?.. tak boleh ke kita update blog bila kita nak je?..

kalau la sehari kita tak update, tetiba ada 1346 message kat facebook kita, diorang tanya,

 "apesal hari ni tak update?"..

perghh.. kalau macam tuh aq pun runsing bila tak update blog... ni tak, takder pun sebenarnya orang kesah kita update blog ke tak, kita je yang gelabah sangat... kalau dah terdesak sangat nak update sampai buat entri macam ni;

"hari ni aq masak nasi... ok tu je la.. takder idea nak update apa hari ni..bye.."


tak boleh jugak... kesian orang loading blog kita lama2, last2 tuh je yang kita update.. tak kesian ke kat mangsa broadband cap siput macam aq?.. tak kesian ke?.. T^T.. lama tau nak loading blog tuh... walaupun update pasal diri sendiri, update la panjang sket.. berbaloi gak tunggu loading lama2 tuh..

so, jangan la berblog macam orang makan gaji... bila ada idea, update je la... ni nasihat kat orang yang tak pandang trafik la... kalau korang mementingkan trafik kat blog korang, teruskan... semua orang ada keutamaan dalam berblog kan?..

3. bila blog menjadi 'batu api' perbalahan dan fitnah..


perrgghh... rugi2... buat blog ni sebenarnya boleh buat kawan serata dunia... macam aq, sekurang-kurangnya aq kat UniMAP nanti, aq dah kenal sorang senior aq iaitu abang freaky.. kah3... all thanks to blog!! kalau bukan sebab blog, sampai skarang la aq masih tak bertegur sapa dengan miirah walaupun dah lama tau kewujudan masing2... hahaha...

maka amat rugi bila kita menjadikan blog sebagai 'gelanggang gusti'.. aq juga sebenarnya tak gemar membaca entri berunsur gossip artis sebab aq rasakan seperti kita berniat untuk menjatuhkan artis tersebut.. biarkan dia..

sepasang artis bercerai, so??.. pakcik aq pun bercerai gak... ko tak nak masukkan dalam blog ke?.. akhil khay kahwin lagi, so?? bapak aq pun kahwin lagi... siap kahwin 3 lagi... ko tak nak masukkan dalam blog?..

mereka pun manusia jugak... tak lepas daripada salah.. cuma mereka kerja sebagai artis... so, nilai dan sentiasa la update dengan hasil seni mereka, bukan urusan peribadi mereka...

bila gossip tuh tak betul, apa jadi??.. haaa... dah jadi fitnah... fitnah tuh besar dosanya korang tau tak?.. bayangkan dengan fitnah tersebut korang dapat 358 pageviews... Astaghfirullahalazim... kalau makcik sebelah rumah yang memfitnah, setakat 10, 11 orang yang dengar tak jadi kes sangat kot... korang dah menyebarkan FITNAH!!!

kesimpulan

tapi biasa la manusia... kerana minat kadang2 kita sanggup mengorbankan apa saja.. aq pun minat berblog, macam korang jugak... tapi jangan sampai kita diperhambakan oleh blog... biar kita yang kawal blog, jangan blog yang mengawal kita~..

notakepalalutut : suka pulak aq buat entri panjang skarang ni... huhuhu~
Read More

sedar atau tak, dah berapa lama korang aktif kat dunia maya ni?.. setiap benda kat dunia maya ni memang ada risiko yang tersangat besar.. kerana dunia maya, ada orang yang kena saman sampai berjuta-juta... malah ada yang meringkuk dalam penjara... 

"tak percaya la.. takder bahaya pun.. ko saja panaskan topik untuk buat entri..."

tak percaya??... cis... ni contoh2 berdasarkan pengetahuan aq.. cuba bidas kalau berani... hehehe...

1.  kes adinda Evans (maaf.. tak berniat untuk mengungkit kes yang sudah lerai.. sekadar contoh).. kerana 'keberanian' beliau (tapi aq anggap tuh 'kebodohan'), akhirnya beliau terperangkap disebalik jari-jemari beliau sendiri... please... jangan anggap semua orang mampu terima pendapat korang... tak semua orang jahat.. yang alim pun ada... yang konon2 alim pun ramai... 

rambut sama hitam, hati lain2.... berfikir la sebelum bertindak... pastikan kita membuat kenyataan di alam maya dalam keadaan waras tanpa sebarang gangguan emosi... jangan sampai minat akhirnya memakan diri.. kalau dah sangap sangat nak jadi artis, banyak lagi cara lain...


2. disaman kerana menyebarkan fitnah... well... kebanyakan blog politik... aq tak banyak nak ulas pasal yang ni... sebab aq tak berapa join perjuangan parti politik ni... tapi, sebaiknya patuh la kat undang2 dalam berblog ni... ingat duit nuffnang korang tuh mampu ke bayar saman korang?... huhuhu....

3. isu bertudung vs tak bertudung... gara2 minah tak bertudung tuh buat persoalan berani mati, akhirnya beliau  terjerat dengan kata2 sendiri... persoalan agama ni, jangan dicabar... sama macam kes adinda evans tadi... hhmmm... 

akibatnya, komen2 tersebut di 'printscreen' oleh para blogger... dan diletakkan di blog mereka... bayangkan la wahai 'Tini Pinky', kau dikutuk di setiap pelusuk Malaysia!! tahniah!! engkau telah aq nobatkan sebagai artis.... kah3...

4. kes haram halal... haaa... yang ni aq pernah buat.. pasal starbuck haram tuh.. baru2 ni pasal kes simplysiti haram pulak (yang ni aq tak buat da..) haish... aq kalau pasal sebar benda halal haram ni, aq memang undur diri.. maaf la, jujur aq katakan... aq malas nak siasat dan aq takut menyebarkan sesuatu yang aq sendiri tak pasti kebenarannya...

tak takut ke weyh??.. korang sebenarnya dah berpakat menyebarkan fitnah tanpa disedari... dalang sebenar perbuatan terkutuk tersebut ketawa je sebab berjaya tipu ramai orang... apa yang terjadi kat dunia maya ni sebenarnya 'berantai'.. 

korang sebar pasal benda tuh, then akan ada orang yang sebar gak benda tuh sebab terbaca 'fakta' yang korang sebarkan.. dan akhirnya?.. BOOMM!!! panazzz.... benda yang tak betul korang sebar... then bila dah sedar bahawa benda tuh tak betul, mula la gelabah dan padam entri tersebut sebab nak cover malu... kah3... manusia2..

banyak lagi la.. kalau aq list kat sini, sampai esok pun tak habis... huhu~..

"so?.. apa la point ko tulis entri panjang2 ni?.."

well, sedar la wahai bangsa ku... start je jari korang bergerak kat atas keyboard laptop/komputer, segala-galanya mempunyai risiko... ko tulis entri kat blog pasal ko sakit perut pun, ko berisiko mendapat komen seperti ini ;

"hoi!! sakit perut pun nak cerita ke??... **** la..." 

"kambing aq pun sakit perut wei... takder la kecoh macam ko.."

"***** **** ****** ***** *****!!!" (ni dah terlebih kasar dah ni...)


hahaha.... korang still bebas meluahkan pendapat mahupun rasa korang... just jangan buat sesuatu yang akhirnya akan membuatkan korang menangis tak sudah... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian?.. too late...

notakepalalutut : aq pun tak terlepas dari kesalahan2 tersebut... sama2 la kita muhasabah diri...
Read More
pendek vs panjang (tolong jangan fikir bukan2.. XP)

well, dah banyak pendapat yang aq baca tentang yang mana satu better, entri pendek atau entri panjang... hhmmm...rasanya tak salah kalau aq pun nak luahkan pendapat aq tentang perkara ni...

well, bagi aq dua2 tak salah kalau kita merujuk kepada jenis pembaca yang datang ke blog kita... bagi aq, terdapat 5 jenis pembaca... mungkin dalam skop korang lagi luas.... tapi yang aq terpikir cuma 5 jenis ni;

1. pembaca yang membalas kunjungan...


well, of course mereka terdiri dalam kalangan blogger.. korang datang komen entri mereka, mereka datang komen entri korang... mungkin terdapat segelintir antara mereka yang memang baca entri korang sampai habis... SEGELINTIR.... sebab believe it or not, mereka memang nak blah cepat sebab banyak lagi blog lain yang perlu mereka terjah...

kebanyakan mereka hanya mencari point2 tertentu yang boleh dijadikan komen... malah terdapat komen yang tak masuk akal dan jauh menyimpang dari tajuk (nampak sangat tak baca).. kalau tak nak baca pun, agak2 la... biar la komen tuh ada sangkut2 sket ngan entri...

kebanyakan pembaca jenis ni lebih suka kalau entri korang pendek.. tak payah dia pening2 nak komen.. sebab bagi mereka (pengkomen bijak), entri panjang biasanya mempunyai maksud tersirat tertentu.. so, mereka tak nak nampak bodoh dengan memberi komen yang bodoh dan tak berkaitan...

contohnya: kat awal2 entri dia cakap macam ni..

"bestnyer... hari ni bapak aq belikan aq iphone... memang dah lama aq nak.."

dan ditengah-tengah entri tuh rupanya;

"tiba2 aq terbangun... aduh.. mimpi rupanya... hahahaha..."

tetiba ada orang komen;

"wah... best la... bapak awak beli kat mana iphone tuh?.."

hahaha... nampak sangat dia tak baca habis.... so, entri pendek akan mengelakkan beliau terjebak dengan jerat entri tersebut... hahahaha....

yang penting dia cari point untuk komen, thats more than enough... aq selalu gak tergolong dalam kalangan pembaca ni... yer la... aq pun manusia gak... tak la mulia sangat... sebab banyak gak kunjung balas yang aq belum buat... T^T..

2. pembaca yang minat dengan penulisan korang...

yang ni adalah golongan pembaca yang minat stail penulisan korang... mereka akan baca setiap ayat korang, teliti setiap huruf korang dan hanya berhenti minum setelah ayat korang mencapai titik noktah!! hehehe... untung la kalau ada pembaca camni kat blog aq..

yang ni pun sebenarnya tak kesah entri korang panjang atau tak... bagi mereka, entri korang memang super best... mungkin entri korang pendek, tapi berjaya membuat beliau gelaktergulinggulingsampaikesempadanthailand.... mungkin entri korang panjang tapi setiap perenggan korang mampu menarik minat beliau untuk terus membaca dan menyelesaikan persoalan yang tersirat disebalik entri tersebut...

tapi mungkin pembaca sebegini lebih gemar korang buat entri panjang2... sebab mereka tak puas membaca hasil nukilan korang.. bagi diorang, membaca entri korang adalah satu kepuasan yang maksima!! (ni dah melebih ni..)

3. pembaca yang kenal/rapat ngan korang

yang ni terdiri daripada kengkawan, keluarga mahupun aweks awok2 korang... hahaha... secara ringkasnya, mereka ni 90% akan baca entri korang sepertimana pembaca golongan kedua.... yer la... diorang akan lebih feel membaca entri korang sebab diorang kenal korang...

so, ibaratnya mereka tahu 'nada' dan 'intonasi' yang digunakan kat dalam satu entri tuh... mungkin mereka mahu cuba mengenali korang dengan lebih mendalam... luahan korang kat blog akan membantu mereka kenal hati budi dan tahu perasaan korang...

so, mereka juga tak kesah entri korang panjang atau tak... mereka memang suka baca entri korang... huhuhu...

4. pembaca yang mencari informasi...


orang yang tiba ke blog korang hasil pencarian kat google... mana la tau kan rezeki korang bagus, tanpa korang sedari (chewah ayat) rupanya entri korang berada antara top carian google...

contoh la dia search kat google "cara menghilangkan sakit kepala ketika sedang berpuasa pada hari yang ke 21".. hah!! ngam2 korang je yang buat tajuk pelik camtuh... sekali dia masuk blog korang, korang tulis camni;

"nak hilangkan sakit kepala??... hentak je kepala korang kat dinding... HAHAHAHA"

TAMAT

WTF!!! dah la lama gila aq loading blog ko sampai anak kambing aq pun dah beranak empat, cenggini je ko tulis???... saitan!! (syaitan ataupun setan, pilih la yang mana korang rasa sopan.. XP)

maka beliau yang dah memang sedia pening kepala akan menghentak kepala beliau kat dinding simen  rumah beliau sehingga beliau arwah... haa.... tak sempat sambut raya... saper nak jawab??..

maap dah lari dari tajuk... main point is, mereka nak korang buat entri panjang... sebab tujuan mereka nak cari maklumat yang lebih mendalam tentang topik tersebut... huhuhu....

5. haters A.K.A anonymous...

hahahaha... golongan ni peduli hapa entri korang pendek ke panjang, memang dia akan kutuk kaw2... huahahaha... no kompromi...

kesimpulan...

tak salah buat entri panjang ataupun pendek.. terpulang kat korang.... jangan sekat idea korang... kalau rasa2 idea korang tuh perlu diekspresikan secara panjang lebar, JUST DO IT!! cuma jaga batas... kurang pendek takper asalkan jangan kurang ajar... hehehe....

notakepalalutut : ada pembaca jenis lain lagi ke?.. huhuhu...
Read More

pergh... sekali lagi entri seorang blogger terngiang-ngiang kat kepalahotak haku... setelah membaca hasil nukilan zulkbo mengenai widget follower sudah tidak releven lagi, aq asyik terpikir benda tuh dan akhirnya aq ambik keputusan untuk bertukar pendapat dan pandangan aq dalam blog picisan aq ni...

persoalan utama;

adakah widget follower masih boleh digunapakai?...

berbalik kepada kegunaan widget tersebut... apa kegunaan menatang tuh?... widget follower tuh sebenarnya adalah untuk  pembaca blog agar sentiasa update dengan hasil penulisan tuan blog.. maka bila follower tuh ramai, mula la membuak-buak hormon kegembiraan kita dan membuatkan kita melompat bintang 18 kali... (ke aq sorang je yang buat camtuh?)... hahahaha...

maka untuk mengekalkan kegembiraan tersebut, mula la wujud gejala, "u follow i, i follow you, you unfollow me"... hahahaha... aq rasa tak salah perbuatan terkutuk tersebut, sebab aq pun mengamalkannya... alah..  logik la... aq ikut perkembangan blog ko, ko ikut la perkembangan blog aq... ingat senang ke nak loading butang follow ko tuh?... sama2 la menyumbang trafik...

so, kenapa benda tuh dipersoalkan??...

1. well, perhaps blogger2 baru still boleh view dashboard diorang dan update dengan blog yang diorang follow.. tapi cuba tanya blogger yang dah follow lebih 800-900 blog... kebanyakannya mempunya masalah tersebut:

klik gambar kalau tak nampak

masalah ni membuatkan kebanyakan blogger terpaksa membuat bloglist di blog mereka.. tapi tak semua blogger masukkan semua blog yang mereka follow ke dalam bloglist tuh... kekadang letak yang selalu singgah blog diorang atau peserta segmen bloglist (macam bloglist aq... keh3)...

2. sekarang blogger baru 2 bulan pun dah boleh dapat follower 2 ribu... apa yang diperlukan hanyalah internet connection yang mantap!! (aq pakai broadband je~.. T^T).. aq pernah gak buat entri bertajuk follower ramai; rajin blogwalking atau entri berkualiti? (entri first aq kat blog ni..huhu...)

blogger yang femes sekarang ni pun pada satu masa dulu mengamalkan 'i follow u, u follow i"... mustahil la masa diorang baru buat blog dulu, follower diorang terus melonjak ke 10,000... kecuali la mereka penyanyi, pelakon atau sewaktu dengannya...

ARRGGGHHH!!!!

hehe... saja nak tarik minat korang untuk baca... keh3... bila aq masuk satu blog tuh, aq nilai pembaca dia melalui.....


fanpage..

yup... fanpage... pernah tak korang dapat komen kat shoutbox "hai... saya like fanpage awak... jom like fanpage saya.. ^^.." hahahaha.... aq tak tau la kalau korang dapat, tapi aq tak pernah... follower beribu, tapi yang like fanpage 2-3 orang je... kah3!!

fanpage menunjukkan berapa ramai yang suka blog anda, penulisan anda.... mereka ikhlas menekan butang like (ikhlas kan3?..) ... itu aq suka pasal butang like fanpage ni... korang dah letak ke??... haish... buat cepat!!!

bila dah ada fanpage, korang ping la setiap entri korang kat page korang tuh.. so blogger yang online facebook boleh la sentiasa update ngan entri korang... sama la macam fungsi dashboard...

alaa... freaky buat fanpage lebih lambat dari aq... tapi penge'like' beliau lagi ramai dari aq skarang.... huhu... so lambat cepat tak kisah.... yang penting, bila korang nak mula kalau bukan sekarang??..

tapi kenapa aq still letak widget tuh??...

sebab, aq pernah jumpa blogger yang takder facebook.... so nak tak nak, letak je la widget tuh... tak semua orang ada facebook kan?..

notakepalalutut : freaky, boleh tak aq buat segmen 'seminggu 100 penge'like' kah3..
Read More

hehehe.. blogwalking sana sini skarang ni, ramai gak orang yang buat tutorial dalam blog mereka...  aq pun ada page tutorial... tapi mostly tutorial tuh aq bagi link je... keh3... kekadang rajin nak buat tutorial, kekadang malas lak.. huhu...

tapi memang tak boleh disangkal... page tutorial aq tuh, setiap hari mesti ada orang view... paling minimum 8 page view... dan selalu aq perhati blog tutorial ni, follower dia giler beribu beraban... dasyat2...

dan pernah aq buat tutorial pasal macamana nak buat iklan churp2/says.my floating kat sidebar... dalam masa sehari je, entri tuh dah masuk top 10 most popular post dalam blog aq ni... giler2...

maka aq mencuba untuk merajinkan diri aq nak buat tutorial... hahaha... tapi kekadang tuh ada yang panjang sangat, tak larat aq nak menaip.. last2 aq bagi je link kat page tutorial tuh... puas hati... kah3...

so, jana pageview blog korang dengan menyediakan page tutorial macam yang aq buat at atas tuh... tak payah nak buat tutorial... bagi je link... hehe...

tapi semua pun win-win situation... kita dapat pageview, tuan punya tutorial pun dapat trafik... sama2 untung ma... hahaha... kita promote link dia dah kira bagus+mulia sangat dah tuh... keh3...

notakepalalutut : layout blog aq berubah lagi... hehe... selamat menyambut ramadhan dan hari kemerdekaan!!
Read More
Seorang perempuan Colorado yang mengakui bahwa puteranya yang berusia 13 bulan maut karana tenggelam di tub mandi sementara dia asyik “ber-Facebook ria” 
.
Dia berkata anaknya dibiarkan bermain di dalam tub mandi sementara dia sibuk melayan game “cafe worLd” di Facebook. Anak lelakinya yang bernama Joseph itu dibiarkan selama 10minit dan setelah itu dia sedar yang anaknya telah lemas..
Dia bergegas menelefon 911 dan anak lelakinya itu dikejarkan ke hospital melalui udara ke hospital Denver setelah paramedik gagal menyelamatkannya berikutan keadaan Joseph yang sudah tersangat lemah…
.
Namun joseph tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia… berikutan kes itu,shanon telah didakwa dan dia mengaku bersalah diaatas kesalahan itu… Dia dikenakan hukuman 10tahun penjara.

ni la rupa cafe world tersebut...

hhmmm... bahana facebook... tau la nak main game.. tapi jaga la anak tuh... jangan sampai dah terhantuk baru terngadah... sekarang anak dah takder... ha, main la game tuh puas2...

budak2 kecik ni bukan tau lagi erti bahaya... semuanya dianggap 'kawan'.. so, sebagai ibu bapa, korang (bukan aq, aq belum kawen) mesti la sentiasa alert ngan apa yang anak2 korang buat... hhmmm...

sedih la bila ada kes2 macam ni... hhmmm...

notakepalalutut : aq tak pernah main game kat facebook.. 
Read More

sebagaimana kita tahu, blogger menyediakan static page untuk pengguna sekalian.. contohnya kat blog aq ni, aq ada page 'artwork', 'tuan belog', dan 'tutorial' kat atas tuh... kat bawah header tuh la...  

tapi macamana nak link benda tuh ke website lain??... ok2... contohnya, korang nak buat 'my other blog'.. macam mana nak buat, bila orang tekan 'my other blog' tu, dia akan terus pegi ke blog korang yang lain tu?

so, macamana nak buat menatang tuh??

1. login ke blog korang > design > edit HTML > tick expand widget >  download full template (sebagai backup kalau2 benda nih tak jadik)

2. cari kod kat bawah ni (tekan Ctrl dan F serentak)

</head>

 3. copy code ni :

<b:if cond='data:blog.url == &quot;http://garyasip.blogspot.com/p/tumblr.html&quot;'>

<meta content='0;url=http://garyasip.tumblr.com' http-equiv='refresh'/>

</b:if>

dan paste code tersebut DI ATAS/ SEBELUM kod kat step nombor 2 tadi...

penerangan kod :

a) yang warna hijau tuh, korang ganti ngan url page korang...
b) yang warna biru tuh, ganti dengan url website yang korang nak pegi tuh...

dah, tu jer~..

sori la... page tuh memang loading lama sket, pastuh baru korang akan redirect ke targetted website tuh... aq tak tau macamana nak bagi dia laju.. korang tau??.. sila share kat ruang komen yer~.. hehe...

notakepalalutut : ada tumblr tak?.. jom follow tumblr aq... hehehe...
Read More
tutorial ni aq tak tau menjadi atau tak kat denim template... hehehe...

nak share sikit apa yang aq tau hari ni... aq ada jumpa tutorial tentang benda ni... tapi ada sesetengah tutorial, signature tuh kita kena letak setiap kali kita nak post entri... lebih kurang macam gambar... leceh la... setiap kali nak buat entri kena letak menatang tuh...

so aq nak buat tutorial untuk benda ni... dengan cara ni, setiap kali korang post entri, automatik signature tuh akan muncul kat bawah entri korang... ok, here we go...

1. login ke blog korang > design > edit HTML > tick 'Expand Widget Templates' > Download Full Template (sebagai backup kalau2 benda ni tak jadi kat blog korang)..

2. copy code ni : 

<data:post.body/>

3. tekan button Ctrl dan F serentak, pastuh tekan Ctrl dan V serentak  (paste)..

4. korang akan jumpa kod tuh.. dia akan highlight ngan warna oren (aq tak tau kalau ada kaler lain)..

klik gambar kalau tak nampak

5. copy kod ni dan paste di BAWAH/SELEPAS kod kat step no. 2 tadi..

<div class='separator' style='clear: both; text-align: right;'><img border='0' src='URL GAMBAR KORANG'/></div>

penerangan kod : 
a) yang warna merah tuh korang ganti ngan link gambar yang korang nak jadikan signature... tak tahu macamana nak dapatkan link gambar?.. klik sini..
b) yang warna oren tuh, korang boleh edit mengikut kesukaan korang.. korang nak signature tuh terletak kat sebelah kiri (left), kanan (right) atau tengah (center)...

6. preview dulu... kalau dah okeh, klik save... done!!!

ada sesetengah blog, setiap gambar dia ada border sekeliling gambar tuh.. benda tuh mungkin akan membuatkan signature korang nampak hodoh...  so apa yang perlu korang buat??... klik sini...

selamat mencuba kepada yang berminat!! X)

notakepalalutut : zzzzZZZZ... 
Read More
sengal dengan border yang wujud kat sekeliling gambar kat entri korang?.. usah sengal lagi!! (macam iklan kat tv).. kali ni aq nak share macamana nak remove border tuh..

tapi benda ni untuk default template je... template yang mesra 'template designer' tuh... huhuhu~.. kalau denim template tuh, aq tak tau... ada cara, tapi kod dia lain la.. hehe... ok, here we go...

1. login ke blog korang > design > edit html > tick 'expand widget templates' > download full template (backup kalau2 benda ni tak menjadi)..


2. copy kod ni :

.post-body img, .post-body .tr-caption-container, .Profile img, .Image img,

3. tekan button Ctrl dan F serentak, pastuh tekan Ctrl dan V serentak  (paste)..

4. lepas korang jumpa kod tuh, cuba korang scroll sikit ke bawah korang akan jumpa kod ni :

-moz-box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
  -webkit-box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
  box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);

klik gambar kalau tak nampak



5. dengan segala hormatnya korang delete je kod kat step nombor 3 tuh... pastuh preview... kalau okeh, save ler~.. done!!

selamat mencuba!! X)

notakepalalutut : seriously, aq suka border tuh... huhuhu...
Read More
ok... sesaper yang nak mohon biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB), boleh la start mohon sekarang... biasiswa ni hanya untuk pelajar IPTA...


so, kepada sesiapa yang nak mohon, boleh la klik gambar kat atas tuh k?... baca dulu syarat2 permohonan ni... hanya terbuka kepada 4 jurusan.. (jurusan aq tak tersenarai~.. T^T)


notakepalalutut : aq tak tau bila tarikh tutup~.. XP
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama