diari perjalanan #1

12 comments

hahaha... macam nak buat cerpen la pulak... pukul 11.55 p.m pada 31 ogos 2011... bermulanya detik 12 tengah malam,makin dekat la countdown aq nak tinggalkan rumah tercinta aq ni... dah 4 bulan aq stay sini sambil ngadap blog buruk aq ni..

khamis aq bertolak ke KL, jumaat kakak aq balik kota kinabalu sebab nak sambung study dia kat UMS... hari ahad lak adik aq balik ke Lahad datu untuk sambung skola dia kat asrama penuh... kakak aq yang 1st lak tak dapat beraya kat rumah tahun ni sebab suami dia ada kursus (askar laut)..

tinggal la mak aq ngan atok aq yang sakit tuh ditemani oleh encik kitting.. hhmmm.. can't do anything 'bout it.. aq memang dah tak tinggal lama kat rumah sejak tingkatan 1... tingkatan 1 sampai 5 kat asrama penuh.. lepas SPM lak masuk PLKN kat Selangor... balik dari PLKN tak sampai 2 bulan dah masuk matrikulasi labuan... kali ni la paling lama aq stay kat rumah.. 4 bulan je pun.. huhu~..

barang belum packing habis lagi ni... selipar belum masuk lagi.. laptop dan segala alat eletronik pun belum sumbat lagi.. charger fon, cecair contact lens... benda2 kecik je, tapi takleh tinggal... raket tenis ni agak2 nak bawak ke tak yer..? hhmmm...

berat lak hati aq nak tinggalkan rumah ni... selama ni aq takder kat rumah, adik-beradik aq tolong mak kat rumah.. skarang, takder sorang pun lagi nak tolong mak... selama 4 bulan ni pun, aq dah cuba yang terbaik untuk tolong mak.. kalau ada yang tak siap lagi, sori yer mak..?


mak pulak sakit sekarang ni... demam... aduss.. macamana aq nak bertolak dengan hati yang tenang ni..? mak, sembuh la cepat... huhuhu... tadi suami mak aq@asip datang sekejap je... nak jumpa aq katanya.. tak sampai 5 jam, dia dah bertolak pulang ke Lahad Datu (LD)... hhmmm...

aq selalu tengok orang yang nak pegi universiti, bapak diorang hantar sampai ke airpot.. aq lak, bapak aq tak hantar pun.. terkilan?.. boleh la... tapi apa boleh buat... dia tinggal tempat lain... kerja melambak pulak.. dah la raya pertama pun tak datang...

aq sambil baring ni mata dok melilau.. pikir apa benda tak masuk dalam bagasi ni... takut tertinggal pulak.. naya karang.. bukan dekat wo.. nak pegi perlis tuh... at least kat sana nanti tak la kelam kabut nak beli barang semua...

kepada geng2 Tawau, sori la... aq tak join pagi tadi... aq ingat nak spend time sikit ngan family... maklum la. sok dah nak bertolak... sori sangat2.. 

kepada bakal student UniMAP dan senior2 kat UniMAP, i'm coming~~... hehehe.. kalau terserempak ngan aq, jangan la sombong2 lak yer~.. huhuhu... tak kenal??.. aduih.. haa.. ni muka aq... ce cari nanti, kot2 terjumpa.. keh3..


eh!! err... samurai tuh aq tak bawak pegi perlis tau... hehehe...


haa... ni la muka aq latest.. hehehe.. kalau korang tak pasti orang yang korang nampak nanti aq ke tak, korang cakap,

"ko gary ke?.. cuba buat muka yang macam kat blog tuh"

haa.. maka aq buat la gaya muka tersebut.. amacam?.. hahahahahaha... kepada warga SABAH, kalau aq balik sabah nanti cakap loghat semenanjung, korang tampar aq laju2 okeh?.. hahahaha... bah, sudah2 la layan ngarut ni... 

kepada blogger sekalian, aq mungkin tak balas komen korang sampai la aq tamat orientasi kat universiti nanti... kalau korang nak datang lepak kat blog aq, terserah.. thanks sangat2 aq ucapkan sebab sudi datang... insyaallah, bila dah selesai orientasi nanti, aq akan keep up balik ngan komen korang...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

12 ulasan

  1. fuhh..jauh perjalanan ko tu gary..dari Sabah ke Perlis..

    selamat berorientasi..hee (^^,)

    BalasPadam
  2. wow, dia buat entri pagi-pagi buta la! haha :D *padahal saya ni pun tak tidur lagi, sibuk blogwalking :p* eh, ayah sibuk eh? alahai. sabar tau.

    saya harap mak awak cepat-cepat sembuh. tak ada la awak risau sangat
    kan? hehe. saya lebih kurang macam awak la. benda-benda lain dah siap. cuma benda-benda kecik je belum selesai. huuu..

    eh, sabah eh? baru perasan. haha :D

    p/s: selamat menempuh alam universiti tau. cari abang saya yang ambil kos mechanical engineering. haha

    BalasPadam
  3. hmm..slmt jalan n slmt smpai gary ^_^

    BalasPadam
  4. wah2..smgt mau pg blajar sdh r..hihi..
    ala, sis pun semua sis bwt sdri time reg dulu..terbang sdri jgk..
    sbr la na..hihi..
    yg pnting setel hal2 reg dan dpt study ok la tue..hik2..

    btw, Slmt Hari Raya..hihi

    BalasPadam
  5. gud luck!!!!!!
    hehehehe..

    cian ko x dpt beraya ngn ayh ko huhuhuh

    BalasPadam
  6. welcome to unimap :)

    dr sy yang takde kaitan langsung ngan unimap
    keh keh

    BalasPadam
  7. alamak taiko nak datang unimap dah. heehe

    BalasPadam
  8. smoga slamat dalam perjalanan.. jumpa di sana r k.

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)