blog; kerugian atau sebaliknya..

28 comments

memang banyak alasan yang diberi apabila ditanya,"kenapa anda berblog?".. memang wujud macam2 alasan yang kekadang munasabah kekadang macam tak logik..  lantak la... sukati kita la nak buat blog ke tak kan?.. namun ada beberapa situasi yang aq rasakan blog ni merugikan..

1. bila terlalu banyak masa dihabiskan dengan blog..


kekadang dalam sehari tuh boleh habis 8-9 jam jugak la mengadap blog.. kalau korang2 yang ada internet connection yang lajutahapemaktenuktergoleksanasini, best la.. sekali klik je, beberapa saat je dah habis loading.. kalau mangsa broadband cap siput macam aq?.. lepas klik link tuh, pegi makan, buang air besar, lepak2 sejam dua ngan kawan pun belum habis loading.. (tuh dah hyper lembab tuh)..

maka kekadang ada manusia yang cakap..

"alah.. lebih baik aq duduk depan blog daripada buang masa lepak sana sini, hisap ganja, buang anak, buat anak, blablabla..."

aq tau... aq tau....

"tapi kan lebih baik tolong mak ke, abah ke kat rumah atau kat kebun... lepak ngan kengkawan pun sebenarnya digalakkan sebab mampu meningkatkan skil 'public relation (PR)' korang... tapi lepak sekali sekala tuh orait la.."

maka lebih baik aq rasa kalau ada jadual untuk kita.. bila kita sepatutnya berblog.. cari la masa yang sesuai... kekadang mak bapak kesian nak mintak tolong kat kita sebab tengok kita tengah syok gila online..

kalau mengadap blog 24 jam pun tak boleh gak... social life kena jaga... social skill penting..

2. bila blog bayar gaji kat kita..


paham tak maksud aq?.. bila kita berblog ni ibarat makan gaji... ibaratnya blog kita ni bayar gaji kat kita.. bila tak dapat update blog... mula la resah... pening kepala tak tau nak update apa... macam tak siap kerja yang bos suruh siapkan..

apa yang rugi kat situ??... yer la, free2 je kita pening kepala... blog yang pada awalnya ditubuhkan dengan niat kerana minat, akhirnya menjadi beban... kenapa harus menjadi beban?.. tak boleh ke kita update blog bila kita nak je?..

kalau la sehari kita tak update, tetiba ada 1346 message kat facebook kita, diorang tanya,

 "apesal hari ni tak update?"..

perghh.. kalau macam tuh aq pun runsing bila tak update blog... ni tak, takder pun sebenarnya orang kesah kita update blog ke tak, kita je yang gelabah sangat... kalau dah terdesak sangat nak update sampai buat entri macam ni;

"hari ni aq masak nasi... ok tu je la.. takder idea nak update apa hari ni..bye.."


tak boleh jugak... kesian orang loading blog kita lama2, last2 tuh je yang kita update.. tak kesian ke kat mangsa broadband cap siput macam aq?.. tak kesian ke?.. T^T.. lama tau nak loading blog tuh... walaupun update pasal diri sendiri, update la panjang sket.. berbaloi gak tunggu loading lama2 tuh..

so, jangan la berblog macam orang makan gaji... bila ada idea, update je la... ni nasihat kat orang yang tak pandang trafik la... kalau korang mementingkan trafik kat blog korang, teruskan... semua orang ada keutamaan dalam berblog kan?..

3. bila blog menjadi 'batu api' perbalahan dan fitnah..


perrgghh... rugi2... buat blog ni sebenarnya boleh buat kawan serata dunia... macam aq, sekurang-kurangnya aq kat UniMAP nanti, aq dah kenal sorang senior aq iaitu abang freaky.. kah3... all thanks to blog!! kalau bukan sebab blog, sampai skarang la aq masih tak bertegur sapa dengan miirah walaupun dah lama tau kewujudan masing2... hahaha...

maka amat rugi bila kita menjadikan blog sebagai 'gelanggang gusti'.. aq juga sebenarnya tak gemar membaca entri berunsur gossip artis sebab aq rasakan seperti kita berniat untuk menjatuhkan artis tersebut.. biarkan dia..

sepasang artis bercerai, so??.. pakcik aq pun bercerai gak... ko tak nak masukkan dalam blog ke?.. akhil khay kahwin lagi, so?? bapak aq pun kahwin lagi... siap kahwin 3 lagi... ko tak nak masukkan dalam blog?..

mereka pun manusia jugak... tak lepas daripada salah.. cuma mereka kerja sebagai artis... so, nilai dan sentiasa la update dengan hasil seni mereka, bukan urusan peribadi mereka...

bila gossip tuh tak betul, apa jadi??.. haaa... dah jadi fitnah... fitnah tuh besar dosanya korang tau tak?.. bayangkan dengan fitnah tersebut korang dapat 358 pageviews... Astaghfirullahalazim... kalau makcik sebelah rumah yang memfitnah, setakat 10, 11 orang yang dengar tak jadi kes sangat kot... korang dah menyebarkan FITNAH!!!

kesimpulan

tapi biasa la manusia... kerana minat kadang2 kita sanggup mengorbankan apa saja.. aq pun minat berblog, macam korang jugak... tapi jangan sampai kita diperhambakan oleh blog... biar kita yang kawal blog, jangan blog yang mengawal kita~..

notakepalalutut : suka pulak aq buat entri panjang skarang ni... huhuhu~
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

28 ulasan

  1. i blog because sharing is a human need , share any kinds of info and story to others, gives me satisfaction ! haha kunun , but the best part is , getting to know the blogger itself! hee ~ meeting new people la ~

    BalasPadam
  2. kalau tiap masa nak update blog pon payah jugak..kena la bahagi masa kan bila masanya nak menghadap blog..

    yang no.3 tu mmg aq tak layan la..buat penat menaip je..hee..

    BalasPadam
  3. aku dah semakin tertekan dengan blog. sepatutnya aku kena santai tp bila fikir nak update, trafik dan income. jadi tertekan. hahaha aku hampir gile

    BalasPadam
  4. @Amiirah-Cassan

    lol..
    kira nak cari blogger ganteng jak tuh..muahahha

    OPPS MAAP TERHACK..

    BalasPadam
  5. aku n blog...aku suka santai je..

    trafik~~pedulik apa aku kalau ciput..
    kalau sekadar pageviews orang tak bagi salam pun...hehhe

    santai je..selalu blogger kata,
    saya bukan nak buat duit dari blogger..
    tapi sudah femes dari atas sampai bawah termasuk sidebar..semua iklan..
    emm aku xnak cakap banyak,,
    bulan ramadan hehhe..

    selamat hari raya gary...

    BalasPadam
  6. mantap seyh...

    hehe

    berblog kena ada tujuan. kena ada misi dan visi.

    tujuan berblog adalah untuk menyebarkan ilmu. bukan sekadar gosip + fitnah..

    BalasPadam
  7. berblog sebab,,,
    dpt kwn baru...
    siyes...
    suka org komen2..huhuhu

    BalasPadam
  8. btol tu, especially point number 3. instead of firing topics that could lead to fitnah, baik la masukkan ilmu yang boleh dikongsi bersama, tambah saham pahala, =)


    btw, i blog because i need to channel my ideas about certain issues, and most probably as an area for self expression, cheers, =)

    BalasPadam
  9. owh..setuju jgk dgn mira..tp sis pn mmg ikut mood jgkla..skrg ni mmg ndada mood lg..hahaha..
    btw, sis pn bb user gary..
    kita sm :)

    BalasPadam
  10. wah, i like this entry la,,, tapi aku suke tgk lelaki blogging,,wakakak, bukan ape, susah woo, at least dia buktikan dia tak buat benda yg buang masa dan xpekdah kat luar.ok dah dijelaskan kat atas,haha..

    tapi betul lah, update bile ade idea jelah kan,tapi ramai org kesah pasal traffic dan nuffnang,kang tak masyuk plak..haha

    BalasPadam
  11. pehhhh
    i like dis!
    huuu..kekadg ase cam kene gak update walau x tataw nk ckp ape
    sbb ape?sebb minat kan?
    huu
    betol2..bia kita kawal blog
    bukn blog kawal kita
    nice gary! =]

    BalasPadam
  12. berbelog kerna ingin mengisi masa lapang di office.. bulih ka? :p

    BalasPadam
  13. tak dinafikan berblog ni memang nak buat side income. dalam masa yang sama dapat berkenlan dan berkawan dengan blogger lain sangat best perasaannya. bole berkomunikasi degan cara yang betul la. jangan men hentam sana sini.

    Gary ni selalu wat entry yang memikir. bagus.

    BalasPadam
  14. hihi schaze berbelog sbb suke2 je..

    sometimes rasa nak share kegembiraan, kebengangan, kesedihan dgn member2 and dgn my cousins.

    so thats y bukak belog sbb niat nak sharing :)

    update pun suke hati je.

    even ade idea tp malas nak update..

    =,="

    BalasPadam
  15. sy blog sbb minat sy dlm writing & reading..sy suka exchange pendapat ngan org lain, cari banyak info & dengar kisah suka duka yg bg sy pengajaran,,& dpt jumpa kwn2 baru.
    lebih2 lg org yg jarang travel mcm sy ni, so blogging pun kira mcm travel la juga.. :)
    so sy blog sbb minat ja la..bukan sbb duit & popularity..asalkan blog ni x melalaikan sy & x sentuh isu2 sensitif, sy rsa x rugi pun blogging...klu mcm yg gary sebut d atas ni, mmg konfim rugi la..hehehe..

    BalasPadam
  16. haha,, kire ok la kalo lmbt tahap cipan tp msih leh bkk blog..
    kalo tibe2 kuar this webpage is not available, mmg sngal huhuhu..

    BalasPadam
  17. suka entry ni
    tapi aku main blog ikut miod jugak
    kalo ade mood, adalah 2-3 entri sehari
    kalo x tgulah esok lusa baru update..hehe

    BalasPadam
  18. huu aku tgolong la dlm org yg resah kalo tak update skali sehari..n tensen ble takde idea..

    hoo~

    BalasPadam
  19. betulbetulbetul..agak kurang gemar dengan belog gossip..

    BalasPadam
  20. dulu blogging sebab personal je. skrg ni je serious sikit berblogging. :P

    BalasPadam
  21. hahaha macam akak la, da takde idea, p letak masak ape arini.. bile tgk balik entry tu, adoiii, senak perut hahaha

    BalasPadam
  22. like this entry! kan betul! let we control the blog, but dont let them control us ^^

    tp mmg betul gak ba, kalau x berblog..rs cam bsalah sgt sbb mende tu dah cam FB...mesti update! =)

    BalasPadam
  23. sy b'blog sbb sy suka meluahkan ape yg t'buku di hati sy n ape yg t'lintas di kepala otak sy.
    So,ble sy da tlis dlm blog tu,org bley la bce n seterusnya fhm sy.
    Skema ta jwpn sy???heeee
    *follow u.

    BalasPadam
  24. Betul tu blog sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Hehe entah baru-baru ni boleh rasa tertekan. Isk pelik. Selalu Kak Wina tak bermasalah. Mungkin terlalu lama tumpu pada blog. Apabila mengalih perhatian pada perkara lain, baru rasa kurang tekanan.

    Gary, Kak Wina rasa penulisan awak semakin lama semakin baik. Teruskan dengan peningkatan kualiti dan kuantiti pos. Tak rugi Kak Wina datang sini :) Betul tu jangan buat pengunjung/pembaca sakit hati tengok pos kita yang secoit. Eh, Kak Wina minta maaf kalau pos Kak Wina tak seronok :)

    -wina1979-

    BalasPadam
  25. best ... banyak yg boleh dipelajari melalui blog ...antaranya setting XML blog bagi yg suka edit2 ...

    BalasPadam
  26. haha, aku berblog sebab nak jajah bumi.

    p/s : mood aku ke laut sekarang

    BalasPadam
  27. hmm..kdg2 best..kdg2 tak best..kesimpulannya, blogging kdg2 terapi minda hehe

    BalasPadam
  28. blogging tuk curahkan idea dan asah teknik penulisan. :)

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)