adakah korang selamat daripada tindakan undang2 sebagai seorang blogger?..

15 comments
jom la vote aq dalam pertandingan blog kreatif... jom la... dah vote?.. boleh vote lagi la... huu... huuu... klik kat sini yer~


dari jurnal akademik
"BLOGGING-ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES?"
yang ditulis oleh Sabrina Mohamed Hashim, Peguambela dan Peguamcara di Abdul Raman Saad & Associates.
Monkey Icon

Menurut beliau, perkembangan Internet di Malaysia telah menyebabkan penulis blog (blogger) bertambah dan mereka ini terdedah kepada risiko perundangan sivil dan criminal seperti :

  1. Hak Cipta (Copyright)
  2. Tanda Dagangan (Trademark)
  3. Fitnah (Defamation)
  4. Hasutan (Sedition)
Monkey Winks
haaa??? whatthehellicopter??

1. Hak Cipta
Hak cipta digunakan untuk melindungi hasil kerja seseorang sama ada bertulis, lisan atau visual dan bertujuan untuk mengekalkan keaslian daripada disalin tanpa kebenaran. Perlindungan hak cipta merangkumi kerja-kerja yang berikut :

  • (A) karya sastera, seperti karya tulis, novel, kod sumber dalam program komputer dan laman web dan kandungan dalam pengeluaran multimedia;
  • (B) karya muzik dan dramatik, seperti skor muzik, drama, dan skrip televisyen;
  • (C) karya seni, seperti gambar, patung dan imej, dan
  • (D) rakaman suara dan filem, seperti (seluloid tradisional dan pelbagai format video), nota, kaset dan CD muzik, drama atau ceramah.
Monkey Emoticons 
karya muzik okeh.. yo...yo...

Beliau menegaskan bahawa membuat posting berkaitan gambar, rekabentuk, gambar produk yang dilindungi oleh hak cipta adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara yang sama berlaku apabila pemilik blog menawarkan rakaman suara dan fail audio yang boleh dimuat turun, pastikan tidak melanggar hak cipta fail tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa syarat untuk menulis posting agar tidak melanggar hak cipta.
  1. Cipta gambar, garfik, kod dan perkataan sendiri.
  2. Gunakan lesen hak cipta yang dibenarkan dalam skop yang telah dipersetujui
  3. Gunakan gambar percuma di Internet selagi tidak melanggar terma yang digariskan oleh pemilik asal.
Monkey Icon
sebaiknyer guna gambar sendiri... 
2. Tanda Dagangan
Tanda dagangan memberi hak kepada pemilik cap dagangan untuk mengelakkan orang lain menggunakan logo, slogan atau identiti mereka untuk tujuan lain atau mengelirukan pengguna.

Para blogger dikira menyalahgunakan tanda dagangan apabila menggunakan logo atau identiti pemilik tanda dagangan lalu dibawa ke laman web lain, bukannya laman web rasmi pemilik tanda dagangan. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan pengguna. Oleh yang demikian, pemilik blog mesti menulis penafikan bahawa laman blog mereka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan identiti yang dibawa oleh penulis dalam tulisan mereka.
Monkey Icons Yoyo...

3. Fitnah
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) diperkenalkan untuk membendung bahan cetak dan penyiaran daripada melakukan fitnah dalam penerbitan mereka. Fitnah yang dibuat oleh penulis terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Dalam penulisan blog, akta ini tidak boleh disesuaikan kerana hanya digubal untuk penerbitan buku dan penyiaran. Namun para penulis blog haruslah berhati-hati ketika menulis berita agar tidak memfitnah pihak lain.
Monkey Winks...

4.Hasutan
Penulis blog yang menjurus kepada penyebaran maklumat tidak benar, tidak lengkap atau mengelirukan mengenai perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan keagamaan atau kandungan yang boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap kerajaan atau penguasa. Penulis boleh dikenakan tindakan dalam Akta Hasutan 1948 sekiranya tulisan mereka di'quote' di dalam akhbar atau buku seperti berlaku kepada Raja Petra.
Monkey Winks...

97.45% dicopy paste daripada blog ni!!
notakepalalutut : sebagai langkah mengatasi masalah ni, aq dah letak disclaimer kat blog aq... tengok kat bahagian bawah skali blog aq... korang da?..
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

15 ulasan

  1. uish...ada gak risikonya ek?

    jemput join segmen simple saya..

    SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...

    BalasPadam
  2. erm lalu gak bace psl benda ni kat paper.. tapi tak pernah tahu yg details mcm yg gary punye ebtry ni..

    risau gak kalo tersalah langkah dalam blogging.. x pasal2 kuar nama kat paper.. harap2 disimpangkan..huhu

    BalasPadam
  3. baca entry nie tringat masa bek law dlu..da gak bljar hak cipta

    BalasPadam
  4. demm...bahayala pulak...jom delete blog :P

    BalasPadam
  5. hehe, aku dah lame letak disclaimer XD

    BalasPadam
  6. Cakap je la gary. Nanti dia mesti terharu. =P

    BalasPadam
  7. adoii mai undang2 la pulak..haishhh~ susah betul nk blogging pon..huhu

    BalasPadam
  8. nanana , itu laa , hehehe lau letak gmbr , letak caption courtesy . haha

    BalasPadam
  9. selalunya kalau carik gambar memang google je. kalau nak lindung hak cipta gambar yang dibuat sndiri, kena lah buat watermark. baru lah takde orang curi gambar tu buat mcm gambar sendiri ;)

    BalasPadam
  10. aaaa~ keen rasa, setakat ni keen xwat entry2 yg bleh disaman.. tp, tatau la klu org fikir lain.. huhu~ T_T

    alaaa.. xbuat lg la disclaimer tu.. T_T

    BalasPadam
  11. kena tangkap ngan ISA(ikut suke aku)
    msk lokap pastu kne belasah smpi lebam!!!

    BalasPadam
  12. xmau la paleknya aq blogging ni..takut!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  13. huishh , susah pulak macamni . takut tersalah step bila berblog ni ..

    BalasPadam
  14. wah bagus entry ni..blh jadi panduan..jgn asyik syok beblog tapi tak tahu undang2..kan kan..

    BalasPadam

nak tanya soalan tapi takder akaun blogger dan lain-lain? boleh tanya soalan kat fanpage Blog Gary!!™ :)